treize

12 1 0
                                    

Hilang petah
Senyum yang kau balas lemparan batu
Sabar yang kau balas pijakan bertubi
Budi yang kau balas makian demi caci

Hilang rasa
Aku letak kau tinggi dari matahari
Peduli segala cebisan hati
Itu laku mu
Aku endah tunduk kutip semua
Cantum satu persatu
Walau rupa tak secantik dulu
Nah ambil lah
Untuk kamu

Celaka lah aku
Tidak punya segala yang kalian mahu
Jauh dari segala yang kalian impi
Aku juga punya mimpi
Tapi mimpi tidak mahu beralih
dari alam sana
Dia tahu
Disana lebih sani

Bukan mahu aku hidup dalam kesialan
Hidup aku dah sial
Jangan tambah dengan hina
Sedar tak?
Tinggal secebis di tangan kamu
Itu punya aku
Rasa ku masih ada

SCRIPTURIENTWhere stories live. Discover now