Selamat Ulang Tahun,
yang pernah ku panggil semesta,
yang nilai nya pernah sama tinggi langit dan matahari.
Selamat,
mendapatkan apa yang diimpi,
dan apa juga yang hati mau.
Semoga,
jalan mendapatkannya langsung terbuka.
Semoga juga,
tak akan kecewa dengan jatuh nya melutut ke bumi.
Kerana bintang juga tak bercahaya,
saat hari lagi siang.
Selamat Hari Lahir,
buat kamu yang kejauhan.
Aku pasti dimarah Tuhan,
Tuhan punya ribuan bintang di langit,
tapi aku curi satu -- Kamu.
Dimarah juga lumayan,
bintang nya menyenangkan.
Terima kasih.
Tuhan, aku pulang semula ya?

YOU ARE READING
SCRIPTURIENT
Puisi[ scrip-tur-ee-ent] 1. n. One who has a passion for writing 2. adj. Having a consuming passion to write by : ungr8tful