-untuk kamu, semesta aku-
kita ditemukan dalam keadaan berdarah
yang pasti, darah aku
kerana luka-luka yang telah dia robek supaya
tidak lagi aku merasa apa-apa
sampai tidak ada sedikit pun sisa-sisa untuk aku titah ke kamu
lalu, kamu bawa beribu cebisan
yang aku tinggalkan di setiap jalan sirat dari dia-ke kamu
cebisan hina itu kamu hulur ke aku tanpa senyumam mesra
jijik, hina
tak siapa pun mahu
termasuk aku
pasti sahaja kamu sama, biar saja darah ini
biar dia terus mengalir
biar satu lautan pun
walau tidak pada zahirnya, terlihat lantang di batinnya
lelah, apa lagi yang dapat aku rasakan?
hati pun dah mati
biar saja makan diri
biar saja jerih sendiri
aku maju, kamu utuh disitu
mematung
tidak pula berganjak seinci pun
tidak juga kamu jatuh saat aku menepismu
akal ku sudah jauh di bawa hasutan
persetankan jasadmu
persetankan baris kalimat mu
persetankan gema tawa
lari semahunya
sampai melutut menyembah bumi
ya selamat kan diri dari kamu, dia dan aku
aku lelah, semesta
apa lagi mahumu?
kenapa aku Tuhan?
dihadapan aku itu cuma ada kamu; dan cebisan itu-punya aku
detik itu kamu tidak lagi mematung
ada segaris senyum
kamu cuba menyambut saat kaki ku tidak lagi terasa di bumi
jatuh kerana tidak mahu lagi berdiri
rasa mati
aku mahu bersandar
berbantalkan kecewa
sedari aku masih lagi bertiangkan dua kaki
cebisan itu ada di tangan ku
jijik
terasa begitu hina tiada harga hingga
sewenangnya dibuang oleh mereka
tiada nilai jauh dari nilai nya semesta
walakin, cebisan itu sedikit berbeza
tiada lagi luka-luka
atau parut merah pekat yang zahirnya menyakitkan
rasa sedikit menyenangkan
mungkin kerana
cebisan itu kini ada dua
satu punya aku; satu punya kamu
kita ditemukan dalam keadaan berdarah
tetapi hilang, setelah aku milik kamu.
YOU ARE READING
SCRIPTURIENT
Poesía[ scrip-tur-ee-ent] 1. n. One who has a passion for writing 2. adj. Having a consuming passion to write by : ungr8tful
