3 tahun kemudian
Sora bangun dan bersiap siap. Setelah selesai bersiap. Ayahnya memanggil manggil nama Sora dari jauh."Sora! Sini kejap appa nak cakap sikit.. sikit je" Mr. Park memanggil anaknya Sora.
"Nae appa? Ade benda yang penting ke appa nak cakap kat Sora?" Tanya Sora hairan.
"Penting! Tapi appa bukan nak cakap sekarang... nanti tengah hari datang pejabat appa okay?" Mr. Park memberi pesanan ringkas kepada Sora. Maklumlah, Sora ni kalau dengar pesanan penjang² nanti dia lupa.
"Okay appa, omma mane?" Tanye Sora.
"Omma siram pokok bunga kesayangan dia" jawab Mr. Park sambil tersengih sengih.
"Ouh, Sora nak keluar sekejap dengan kawan. Annyeong appa" Sora melambaikan tangannya sambil tersenyum manis.
Mr. Park hanya membalas senyuman anaknya yang manis seperti coklat itu.
Kini, Sora sudah pandai memandu dan mempunyai lesen memandu.Sora memasang lagu kegemarannya ketika memandu. Semasa memandu, dia terfikir kenapa ayahnya menyuruh dia datang ke pejabatnya.
"Penting sangat ke?" Sora tertanya tanya. Jika ikutkan hatinya, malas sungguh hendak ke pejabat ayahnya.
Sora berhenti di depan lestoran kepunyaan omma kei. Dia meletakkan keretanya berhampiran dengan lestoran.
Perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam lestoran itu.
"Hi! Sorry late... ayah aku panggil aku tadi tu lambat sikit. Jangan marah eh" Sora membuat muka tidak bersalahnya itu.
"Kau ni sama je macam Hyerin asyik lambat lambat lambat! Aku tunggu sini nak dekat 1 jam dengam Momo. Kalau ikutkan hati dah lama aku blah" marah Kei.
Momo tidak marah kepada Hyerin dan Sora. Kerana dia tahu mereka berdua mungkin ada hal yang tidak boleh dieelakkan.
"Yang kau marah² ni kenape? Masalah kecik je jangan besar² kan sampai mahkamah boleh?" Jawab Hyerin yang tidak berpuas hati akan sikap kawannya kei.
"Kau melawan cakap aku! Ni benda betul la ada aku reka cite? Aku lagi tua so kau tak boleh lawan cakap aku! Pahamm!!" Jawab Kei separug menjerit.
Hyerin yang sudah tidak tahan dengan perangai Kei yang asyik marah terus beredar dari restoran kepunyaan omma kei. Kei hanya mengetap bibir menahan geram.
Sora dan Momo hanya menikmati makanan yang sudah terhidang di atas meja.
"Kei! Makan la... esok² Hyerin okay la tu." Pujuk Sora. Momo hanya mengangguk tanda setuju.
"Arraseo" jawab Kei sepatah.
Setelah mereka bertiga selesai menikmati makanan. Mereka bertiga bercadang untuk menghabiskan masa dengan membeli belah.
"Ahh kei! Kenape diam je dari tadi? Bosan la... asyik aku dengan Momo je pokpek pokpek dari tadi macam mak senah. "Tegur Sora.
Sora agak risau dengan Kei. Sejak kebelakangan ini, kei selalu marah² dan berdiam diri.
"Errr... tak aniya! Aku cuma tak de mood je" jawab Kei sambil tersenyum menampakkan lesum pipitnya itu. (Ahh cute!╯ 3╰)
"Ada problem share la dengan aku n Sora. Mana la tahu kita orang boleh tolong. Ape gunanye kalau ada best friend tapi tak nak share masalah langsung. Jangan la pendam. Nanti kau stress" jawab Momo panjang lebar.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Heart,You Heart
FanfictionSinopsis- Okay cerita ni mengisahkan tentang perempuan yang amat mementingkan kebersihan dan sombong. Ketika umurnya sudah meningkat dewasa. Beliau telah membuka sebuah restoran yang terkenal dengan resipi turun temurun keluarganya. Min Yongi aka...