Dengan malas gila, aku bangun dari katil dan menuju ke pintu. Walaupun jaraknya tak sampai 2 meter. Aku rasa macam nak merangkak ja bukak pintu tu lahai malas gila.
"Assalamualaikum" suara gadis memberikan salam di luar rumah. Aduh!
"Waalaikumusalam, err ya ada apa ya cik?" Aku menjawab salamnya sesudah membuka pintu. Macam familiar ja muka ni. Erm, oh! Mak cik kafe.
"Cik aisyah, ada orang kirimkan ni untuk cik aisyah" katanya sambil menghulurkan bungkusan kecil dengan kertas minyak lahai tak sweet langsung!
"Dari siapa?" Tanyaku. Mak cik hanya mengangkat bahu sambil senyum. Aku membalas senyuman. Dia meminta diri untuk ke cafe. Aku menutup pintu dengan minda yang penuh dengan persoalan.
"Kenapa weh?" Soal munirah. Aku berjalan duduk disebelahnya.
"Ni ha.. mak cik cafe cakap ada orang bagi benda ni kat aku. Agak agak kau apa benda dalam ni?" Soal aku.
"Mana aku tau, kau bukalah" katanya. Aku menggeleng kepala.
"Dah kenapa tak nak buka?" Soal munirah
"Macamana kalau dalam bungkusan ni ada bom ka? Ada katak ka?" Tekaku. Munirah memberikan renungan menyampah.
"Kau ni, dari kecik ke besar... dari single mingle hingga sekarang tak habis habis dengan perangai drama queen kau ni. Bukak jalah" marahnya. Aku hanya tersenyum. Memang benar, dari dulu lagi aku memang suka berprasangka buruk
"Bismillahirahmanirahim" aku melafazkan bismillah sebelum membuka.
"Coklat?" Kata aku dan munirah serentak. Kami saling pandang antara satu sama lain
"Haaa kan aku dah cakap. Kau suka sangat fikir yang bukan bukan. Tak baik kau tau tak?" Tegur munirah. Aku hanya menggaru kepala sambil tersenyum seperti kerang busuk tapi wangi sikit lah HAHAHAHAHHAAHHAH okay tak kelakar.
"Aik? Takda card?" Tanya aku. Munirah terkejut.
"Meaning, husband kau lah yang hantar ni?" Kata munirah. Aku apa lagi? Lagi mau tanya? Tersenyum macam kerang busuk la
"Eh? Macamana kalau bukan dia?" Soalnya semula. Terus, terus mati senyuman aku. Aduh perempuan ni...
"Kau sendiri pesan kat aku supaya berfikir positif la apa la but now siapa yang fikir bukan bukan? Kau saja laaa buat aku takut" marah aku. Aku mencapai telefon aku di meja. Mencari nombor telefon dr danish. Dan terus menekan punat call .
Tuttt!!~ tutt!!~ tutt!!~
"Aduh angk-.. hello assalamualaikum, awak" baru sahaja mahu merungut, talian itu terus disambung.
"Ya my one and only sayang, ada apa apa yang boleh saya bantu anda?" Soalnya. Ish dia ni...
"Awak ada send apa apa dak dekat saya?" Soal aku.
"Apa apa? Apa apa tu apa, sayang? Can you tell me straight to the point and dont make things complicated. Abang tak faham lah sayang oi" keluh dr danish.
Ish orang tua ni...
" awak ada send kotak ke hadiah ke apa apa kat saya? Ada ke tidak? Just answer me" kataku.
"I guess no. Ah, really no" kataya yakin. YA ALLAH YA RAHMAN YA KARIM
"Okay bye assalamualaikum" hendak saja aku mematikan talian tetapii...
"Sayang" panggilnya dihujung talian.
"Why?" Soal aku.
"Nak kiss" pintanya dengan suara comel. Meremang bulu roma aku ya Allah
DUGAAN APA NI YA ALLAH...
"Jangan mengada ngada eh? Saya nak letak ni" katanya dan terus mematikan talian tu. Fuh, kalau lama lama boleh kena kencing manis aku.
"And?" Munirah sudah menanti nantikan jawapannya. Aku menggeleng kepala.
"Bukan dari dia" aku melihat munirah agak terkejut.
"Then, siapa?" Soal munirah. Aku mengangkat bahu. Sekali lagi, telefon ku menjerit meminta untuk dijawab.
Dr danish la ni...
Tapi sayang, bukan dia yang call. Kali ni dari private number
"Hello, assalamualaikum?" Aku memberi salam terlebih dahulu.
"Hai sayang, awak suka hadiah saya?" Kata seorang laki dihujung talian. Suaranya garau. Ketawanya juga kedengaran. Aku terkedu. Aku melihat munirah seperti menyuruh aku buat loudspeaker . Aku akur.
"Awak ni siapa huh? Jangan nak panggil saya sayang. Saya dah kahwin" jeritku. Aku menjadi emo.
Sumpah takut...
"Kahwin? HAHAHAHAHAHAHAH kisah apa aku? Cinta aku pada kau tak pernah padam walaupun sesaat" katanya. Aku menangis. Aku takut. Munirah terkaku.
Danish, tolong saya danish...
"Kurang ajar punya jantan" kata munirah. Dia merampas telefom dari tangan aku.
"Hei setan, kau nak apa sebenarnya?" Jerit munirah.
"Aku nak aisyah" jawabnya. Munirah terkedu. Aku? Makin rancak lah air mata aku mengalir.
"Kurang hajar kan kau ni? Pergi berambus. Jangan pernah kau kacau aisyah lagi...kalau tak-" tak sempat munirah memberi amaran. Lelaki itu terus ketawa terbahak bahak.
GILA PUNYA JANTAN!!!!!!!!
"Hey woman, kau jangan nak sibuk hal aku lah. Its none of your business. So please tolong belah." sempat lagi jantan tak guna tu memberi amaran. Sempat lagi menghalau munirah. Bertambah panas lah munirah.
"HOI JANTAN TAK ADA ADAB! KAU FIKIR AKU GOYANG DENGAN WARNING KAU? SEKECIL ZARAH PUN TADAK LAH. LAST WARNING DARI AKU, KAU KACAU AISYAH LAGI. YOU ARE SO DEAD MAN YOU ARE SO DEAD! ASSALAMUALAIKUM" marah munirah. Terus munirah mematikan talian tu.
"kurang ajar nak mampus lah jantan ni lahaii" marah munirah sambil menghulurkan telefon aku. Aku mengelap air mata.
"Aisyah, kau kena bagi tau laki kau la" pesan munirah.
"Weh jangan" kataku. Munirah memandang aku sekilas
"Kau jangan buat lawak aisyah. Ni benda serius kau tau? Tolong jangan nak keruhkan lagi keadaan" tegur munirah.
"Aku...Aku takut...Di..Dia ka..kacau Danish"
Tbc
Hut assalamualaikum semua yang dikasihi lagi dihormati,
Ni nak tanya ni, kat sini semua orang malaysia ja ka? (Tolong laa komen kat bawah)
Anyway,
Sorry ngat sebab saya tak update. Gila lama jugak lah. Thanks a lot sebab still support. I love you so much. Tahun ni saya exam. Spm uolls spm. Ketaq habih lutut chekkk ni hahhhh. Semoga saya, nur najihah mohammad arif berjaya dapat 9A dalam spm 2016 in syaa ALLAH. Amin. Terima kasih. Doakan saya ya uollsss? HahahahhaTOLONG COMMENT YA SAYANGS
As usual, sorry for my typing errors and mistakes
YOU ARE READING
"Pensyarahku suamiku" (SLOW UPD)
RomanceNur aisyah umaira. nama diberi oleh keluarga kandungnya. berumur 22 tahun. hidup dengan family angkat. hidup sebatang kara kalau family angkat dia takda. semua family angkat dia sayang akan aisyah umaira kecuali bakal suami dia a.k.a ABANG ANGKAT mu...