part 26

23K 684 52
                                    

"Huh? Apa dia?" Soal aku semula.

"Awak pun tak faham ke?" Soal dia semula.

"Ish diam lah! Tak faham tu senyap sudah. Kejap lagi aku terangkan la" marah pak tam

"Yang kau nak angin sangat kenapa?" Soal aku semula. Tak tentu pasal nak marah orang. Tasha membuat muka tanda 'tak pa tak pa biarkan dia'.

Manusia manusia ni mesti bergaduh ni..

Aku memeluk tubuh sambil memandang prof zita.

"Semasa kamu melakukan aktiviti bla bla bla" prof zita memberi taklimat. Aku mengeluh. Benda yang sama jugak dia bagi taklimat. Aku duduk mencangkung. Tak larat lah.

"Aisyah, bangun lah. Kang prof marah" pesan tasha.

"Biarlah dia. Dahtu kenapa bagi taklimat benda yang sama?" Soal aku.
Tasha memeluk tubuh.

Terdapat 5 atau 6 orang pandang sekilas ke arah aku.

"Kumpulan 7! Kenapa ada 2 orang saja? Mana sorang lagi?" Soal prof.

Aku menelan air liur. Hah padan muka! Tak nak dengar cakap tasha lagi...

Aku bangun perlahan lahan sambil melemparkan senyuman kelat. Muka prof zita serious saja...

"Saya ada dekat sini" kata aku.

"Kenapa kamu duduk?" Soal prof zita serious.

"Saya...saya... saya sakit perut ya sakit perut" kataku sambil memegang perut aku.

"Dahtu? Kamu nak gali lubang dekat situ ke? Pergi lah tandas" kata prof. Semua pelajar gelak.

Aku saman pelajat pelajar yang gelak tu...

"Oh ha ya" aku cepat cepat melangkah ke tandas. Aku bukan menuju ke tandas tapi ke cafe...

** di cafe

"Aduhh malunya" kata aku sambil menutup muka dengan kedua dua tapak tangan.

PAKK!!

"oh lakiku handsome" aku termelatah sebaik saja terdengar seseorang menepuk meja yang aku duduk.

"Aku handsome?" Soal danish.

Tabahlah hati..

"Tak reti nak bagi salam ke apa?" Perli aku. Aku memicit micit perut ku.

"Kau tersilap makan ke?" Soalnya prihatin.

Aku menggeleng kepala.

"Ke..... kau....ehem?" Soalnya.

Ehem? Maksud dia bendera merah ke?

"Apa ehem ehem? Ni nak?" Marah aku sambil menghulurkan penumbuk ke arahnya. Dia ketawa.

"Kau okay ke tak ni?" Soalnya semula. Dia bangun lalu duduk di sebelah aku. Aku jadi tidak selesa.

"Err.. okay okay. Awak jangan lah duduk rapat rapat sangat. Nanti apa orang kata. Fitnah pulak yang jadinya" pesan aku.

"Kita dah kahwin so what?" Katanya sambil menayangkan muka selambanya tu.

"Err.. saya dah tak sakit perut. Okay bye" kataku sambil mengangkat punggung. Dengan pantas, tangan danish menyambar tangan aku. Aku terduduk semula.

"Dengar cakap aku. Kalau kau sakit jangan terlibat dalam aktiviti ni" pesannya.

"Sebab apa?" Soal aku.

"Sebab..." dia mendekatkan mukanya ke arah muka aku. Dengan pantas aku memandang ke hadapan. Aku menelan air liur.

*muah

Dia... bibir dia...pipi aku...

Dia beredar dari situ.

Cekodok basi tul

Aduh, tiba tiba sakit perut betul. Aku berlari ke arah tandas.

** selesai melabur di tandas

Aku memandang cermin. Memegang pipi, mangsa ciuman.

"Cium? Saja saja ka nak cium aku?" Soal aku dalam diam.

Nasib baik tadi tak da siapa siapa. Aku mengeluh. Aku berjalan menuju ke tapak

** di tapak

"Lamanya kau melabur aisyah" usik tasha. Aku mencubitnya.

"Auuwwww" dia mengaduh. Aku melihat ke arah pak tam. Kelat saja mukanya.

Apahal mamat ni?

"Eh tasha, sini jap" aku memanggil tasha. Aku membuat gaya nak bisik.

"Kenapa dengan pak tam? Period ke?" Soal aku. Wajah tasha berubah menjadi wajah orang bersalah. Tasha memandang ke arah pak tam. Kemudian, dia menyuruh aku undur ke belakang. Aku akur.

"Tadi, masa on the way nak berhimpun sini... tali kasut tak terikat. Lepastu, fahmi ternampak. Dia suruh aku berhenti jap then dia ikat tali kasut aku. Aku dah cakap jangan jangan biarkan tapi dia nak buat jugak. And at that time, pak tam ternampak" mukanya sayu saja.

Parahnya cerita...

"Tabahlah duhai hati" pesan aku.

Aku ni bukannya expert pun dalam bab cinta mencintai dan dicintai ni.

"Macamana nak pujuk dia?" Soalnya.

Pftt, hahahahah

"Huh? Pujuk?" Soalku. Aku tersenyum. Aduh!

"Err.. bagi hadiah?" Soal aku. Tasha menggeleng.

Ish dia ni.. tadi suruh bagi tips. Dah bagi tips, tolak pulak tips aku...

"Apa kata kau merajuk balik?" Aku cadangkan kepadanya.

Okay sejujurnya, ni tips merapu..

"Berkesan ke?" Soalnya semula.

"Huh? Err... berkesan..kot" perkataan 'kot' tu aku perlahankan sikit.

"Terima kasih sifu"

"Pelajar boleh duduk dalam kumpulan. Cari tempat yang sesuai" pesanan prof zita. Aku menggenggam tangan tasha.

Kes ciuman tanpa izin tu aku lupakan buat seketika..

"Kita duduk sini. Tunggu prof zubair kejap" pesan pak tam dengan tegas. U memandang wajah tasha. Dia memandang ke arah pasir.

"Pak tam" aku memanggil pak tam

"Apa?" Dia menyahut. Tapi agak kasar.

"Tadi kau cakap nak terangkan kalau kami tak faham" kataku.

"Malas aku" katanya selamba.

Eii, mamat ni kang...

"Kau tak kesian ke dekat tasha? Dia pun tak faham jugak" kataku. Dia mengeluh dua kali.

"Kita kena masak sendiri" sambil menayangkan muka kelatnya.

Nasib aku lah sekumpulan dengan budak bergaduh ni..

"Eh prof zubair dah datang"

Prof zubair melangkah ke arah kami dengan dua beg plastik.

Dia menghulurkan beg plastik ke pada aku dan tasha.

"Pak tam, mari ikut saya cari kayu api" arah prof.

"Baiklah" pak tam akur.

Aku tersenyum.

"Korang duduk sini senyap senyap. Jangan nak menggatal pulak" aku ketawa selepas pak tam memberi pesanan. Eleh, jealous tu bagitau jelah.

"Baik boss"

Tbc

Thank you readers. Almost 100k viewers. Thank you readers yang support story ni. I will do my best sehingga habis cerita ni. Silalah campak comment dekat comment box :^) negatif pun tak pa

As usual, sorry for any typing error..

"Pensyarahku suamiku" (SLOW UPD) Where stories live. Discover now