10 tahun kemudian..
Pagi itu hujan lebat turun.Membasahi bumi tuhan.Aku hanya termenung melihat keluar.Sesekali angin penghawa dingin menyapa rambut ku.Aku segera membetulkan rambut ku.
"SALEHA!Bungkusan itu sudah hantar ke belum?Bukan aku dah kata hantar segera.Kalau bungkusan tu tak sampai hari ini,aku akan hilang kerja.Kau pun akan hilang kerja!!!"
Kedengaran bos mula mengamuk.Kak Saleha hanya menunduk dan mengangguk.Huh!Tak guna punya orang tua.
Kak Saleha akhirnya keluar dari bilik bos dan menyerah kan beberapa bungkusan dan surat.Aku mendongak memandangnya sambil mengangkat kening.
"Afiq,ini barang untuk hari ni.Kau kena hantar hari ni juga.Yang paling penting bungkusan Dato Hairee harus sampai." Kata kak Saleha.
Aku mengangguk.Tak guna betul lah.Tak nampak ke hari hujan!Basah lah motor aku!Huh dasar!Kak saleha akhirnya berlalu.
Aku menghela nafas.Lebih baik aku gerak sekarang atau orang tua tu mengamuk kat aku.Aku letak bungkusan dan surat elok-elok dalam beg aku.Harap harap la tak basah.
Aku kena selasaikan sebelum pukul 5.Ada 3 penghantaran ke Masai.1 ke Pasir Gudang dan 2 ke Tebrau.Harap sempat lah!
Selesai memakai baju hujan.Aku menghidupkan dan mula bergerak.Hujan tidak menunjukkan sebarang tanda mahu berhenti.Aku mengetap bibir.
Kalau lah aku tak lari dulu.Kalaulah mak dan ayah tak mati.Kalaulah aku kuat dan mempunyai kuasa dulu.Huh!Sungguh tak patut bagi seorang anak Tan Sri melakukan kerja mat despatch.
Aku mengetap bibir.Tak guna dah mengeluh.Ini jalan aku pilih.Tak de jalan lain dah.Tragedi 10 tahun lepas kembali mengetuk pintu hidup ku.
10 tahun lepas...
"ini...i..ni...i..ni..DARAH!" jeritku.Di dalam gelap itu aku nampak tubuh ibu dan ayah ku di siat dan di sembelih!
Dummmm!!!Kilat menyambar!
"TIDAKKKKKKKKKKKK"jeritku.Aku jatuh.Mataku menjadi kelabu.Kepalaku menjadi pusing.Aku terpandang pada sepasang kaki.Segera aku melihat wajahnya.
"Kauuuu...Apa kau buat kat sini hah,Syaitannnnn...Sial kauu!!!"Aku berlari dan menghayunkan penumbukku.
Dushhhh!Aku tumbang.Syaitan itu terlebih memukulku.
"Kau lemah Afiq.Kau lemah!!!HAHAHAHAHAHAHA!" kata Syaitan itu.
Aku mengenggam penumbuk.Lalu bangkit untuk menumbuknya.
"Kau sialllll!!!" Jeritku.
Dushhhhhhhh!!!Sekali lagi pergerakan ku terlalu lembab.Kali ini syaitan itu tumbuk aku dengan lebih kuat.Aku tumbang buat kali kedua.Mataku menjadi kabur.Hanya suara Syaitan itu menguasai suansana diiringi petir.
Aku kembali ke realiti.Sejak hari itu.Aku bersumpah.Dendam ku akan ku balas!
YOU ARE READING
Dendam
Random10 tahun berlalu selepas tragedi itu menimpa aku.Aku harus bangkit!Aku harus bangkit demi maruah keluarga.Syaitan itu takkan aku biar hidup lama. Darah dibayar dengan darah.Itulah kehidupan.Setiap manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diberik...