Bab 3

138 17 14
                                    

"Kau lemah Afiq,kau lemah!Hahahahahahaha!!!!" Syaitan itu ketawa.

Aku mengetap bibir.Sial ! Kenapa aku kena ikat ni?Aku memerhati sekeliling.Gelap.Hanya aku yang terikat pada kerusi kayu dan si setan tu je ada kat situ.

"Kau cari apa hah? Cari ibu dan ayah kau ke? Hahahahahahaha....Tak pe.Aku dah tanamkan orang tua tu untuk kau !..Hahahahahaha..!" Ujar Syaitan Itu.

"Kau memang sialllll!!!" Aku mengumpul air liur ku dan meludah ke muka syaitan itu.
Syaitan itu terdiam.Sebelum dia ketawa semula.

"BHAHAHAHAHAHHHAHA.Nah aku rasa baik kau jumpa ibu ayah kau kat neraka!"kata Syaitan itu sambil mengacukan pistol ke dahi ku.

Dummm!!!Sedas tembakan dilepaskan.Pemandanganku menjadi gelap.Aku dah mati ke? Ya Allah,aku bukan hambamu yang baik.Berilah peluang aku bertaubat!

****

Bushhhhh!!!Aku disimbah air.Aku terjaga.Mimpi ke? Aku meraba dahi ku. Fuh tak berlubang Alhamdulillah.

"Kau ni kenapa Afiq? Meracau-racau. Mimpi hantu ke apa?" perli Ikmal.

"Betul,aku nak tidur pun susah , nasib baik hari ni hari cuti.Dah bangun Afiq. Pergi solat subuh! " ujar Malik pula.

Aku hanya tersengih menayang gigi.Takkan aku nak kata mimpi pasal kejadian tu.Lagipun aku tak pernah cerita pun pasal sejarah silam aku kat housemate aku.

Oh lupa.Aku sebenarnya share rumah dengan ikmal dan Malik.Ikmal ni student diploma kat Uitm Pasir Gudang.Last year tak silap aku.Malik pula 3 tahun tua dari aku. Dia ni kaya.Haha... Kerja jadi officer kat sebuah syarikat.Gaji boleh tahan la, 5k sebulan. Belum ditambah bisnes online jersi dia. Sebulan total gaji boleh cecah 8k.Dia ni memang rajin. So aku ngan ikmal selalu pau dia. Haha..tapi dia tak pernah ungkit.

Aku sekali lagi memeriksa dahiku.Rasa macam betul-betul kena tembak beb.Peritdia .Fuh! teramat sangat.Dah lah, baik aku siap-siap.Nak belanja diri sendiri.Haha..ingat nak pergi Aeon.Cari baju sikit.Padahal akhirnya aku akan beli kat pasar malam juga.Haha.tak pelah window shopping pun jadilah.

***

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Tok! Tok!

"Masuk!"

"Tuan"

"Silakan duduk"

"Saya panggil kamu sebab ada
kes ini." Kata Tuan Megat Iskandar sambil menyerah kan fail.

Inspektor Sani menyambutnya dan segera meneliti maklumat kes tersebut.

"10 tahun lepas, Tan Sri Hisham dan Puan Sri Hella dibunuh dengan kejam di kediaman mereka.Dipercayai dibunuh.Suspek dikatakan mempunyai dendam terhadap mangsa." Jelas Tuan Megat Iskandar.

Inspektor Sani terangguk-angguk.

"Tapi tuan tiada seorang saksi sekali pun ke? Lagipun 10 tahun,10 tahun dah usia kes ni. Bukti tempat kejadian mungkin ada dalam fail ni tapi ia bukan mudah kalau hanya menguna deria penglihatan saja." Ujar Inspektor Sani pula.

"Siapa kata tiada saksi? Nah, ini adalah satu-satunya waris mangsa. Afiq Azmi bin Tan Sri Hisham.Dia larikan diri masa kes itu tapi pihak kita dapat trace dia.Juga suspek yang disyaki ada dalam dokumen itu juga" kata Tuan Megat Iskandar.
Inspektor Sani berjeda seketika.Sebelum menarik nafas panjang dan menghembusnya.Dia berdiri dan mengangkat tabik.

"Baik, tuan.Saya akan jalankan tugas ini. Permintaan untuk bertugas undercover, Tuan!" Kata inspektor sani.

Tuan Megat juga bangun dan mengangkat tabik.

"Baiklah, permintaan diterima." Ujar Tuan Megat.

Inspektor Sani kemudiannya keluar.Dia menutup pintu. Inspektor Sani tersenyun kecil.Dia berbisik.

"Menarik! Jb mu tunggu aku datang !!"









****

Nota Kaki - Jangan lupa vote and comment ya? Really need u guys support. Till then, bye. :')

Jangan biar dendam menguasaimu.

DendamWhere stories live. Discover now