"Terima Kasih.Sila datang lagi."
Kataku sambil menundukkan kepala.Sudah sebulan aku kerja di Aeon Mall sebagai cashier.Semua gara-gara syarikat tempat aku kerja dulu ditutup.Sampai sekarang aku pun tak berapa pasti apa sebabnya.
Sebulan yang lepas,
"Esok,hang datang ambil gaji bulan lepas.Depa kata depa ada buka kaunter nanti" kata Kak Saleha kepadaku.
Aku mengangguk merenung Kak Saleha.Seorang ibu tunggal yang kehilangan suaminya 10 tahun lalu.Dia pula mempunyai 2 orang anak.Huhu..dia juga orang yang bertanggungjawab mendapatkan kerja lepas tragedi ngeriku dulu.Namun,aku tak pernah cerita pun pada Kak Saleha.
"Emmm...jadi,akak sekarang nak buat apa?"tanyaku pula.
Pandangan kak Saleha menjadi agak redup.Dia mengesat peluhnya yang jelas kelihatan di dahinya.
"Hmm..akak rasa akak balik Perlis lah.Tinggal dengan mak abah akak kat sana.Insyallah kat sana nanti ada la kerjanya."
Katanya tanpa memandangku.Aku mengangguk faham.
"Baiklah.Mungkin ini kali terakhir kita jumpa kan?Jadi,saya nak mohon ampun dan maaf kalau2 ada buat silap ke.Dan saya sangat berterima kasih kerana akak banyak tolong saya dulu."ujarku.
Wanita lewat 30-an itu tersenyum lemah.
***
Aku mengeluh.Nasib baik hari ini hari kerja.Kalau tak mesti tak menang tangan aku nak settlekan customer.Aku melirikkan mataku ke jam di kaunter.
Sudah pukul 1 petang.Aku segera meletakkan tanda "counter closed" dan segera keluar.Misi utama tak lain tak bukan,isi perut!
Sampai di arena makan,mata ku melilau melihat menu makanan.Selepas 5 minit,akhirnya Mee Rebus dan fresh orange berada di depan atas meja.
Klukkkk!!!Seseorang meletakkan dulang di depanku.Aku yang sedang ternganga untuk menyuap mee mendongak melihat individu terbabit.
"Ishhh,teruk ahh Afiq ni.Kan Sha dah kata,kita lunch sekali." omel wanita itu.
Aku tersengih busuk.Lantas aku memberinya signal agar duduk.Oh yah, ini Sha ataupun namanya Puteri Aishah.Lawa? Emm..ntah lah.Well she's not my type.
"Laaaa,sha kerja ke hari ni.Tak nampak pun pagi tadi.Manalah Afiq tahu Sha nak lunch sekali." Ujar ku.
Sha memuncungkan mulutnya.Dengan perlahan dia menjamah hidangan tengah harinya.
"Kan sha dah kata semalam,sha masuk noon.Masuk pukul 2.Ni datang pukul satu ni sebab nak jumpa afiq tahu tak." Bebel Sha.
Aku tersenyum lemah.Mee Rebusku dimainkan dengan garpu.Entah kenapa sedikit hilang selera.
"Laaa Afiq ni kenapa tak makan?" Tanya Sha.
"Errrr,Sha.Afiq nak tanya sikit boleh? Tapi jangan marah pula ea." Ujarku dengan nada serius.
Mendengar instonasiku agak serius,Sha turut merendahkan pitchingnya.Tadi kecoh mengalahkan nenek kebayan.
"Emm apa dia!??"
"Err...Sha...Shaaa..."Aku masih ragu-ragu ingin meneruskan ayat.
"Sha apanya Afiq?"tanya Sha yang jelas mula kaget.
"Errr..Sha ni suka Afiq ea?"tanya aku sambil menahan malu.Time tu rasa terjun bangunan lagi indah kot.
Sha terkedu.Lama dia mendiamkan diri.Aku mula risau.Tak bergerak sinci pun.Haihhhh.Aku salah tanya ke.Alamak...
"Errr..Sha sory,Afiq tak tahu apa yang Afiq fikir..Afiq........" ayat ku dipotong.
"Dah dah.Tak pe.Sha tak kisah.Cuma soalan tu Sha tak de jawapan.Emm.." akhirnya Sha kembali bersuara.
Aku menarik nafas lega.Sekurang-kurangnya,dia tak merajuk.Fuhhh...
***
Entah bab ni kurang sikit.Idea ke laut.Hahaha..Keep supporting! Thanks and have a nice day. :')

YOU ARE READING
Dendam
Random10 tahun berlalu selepas tragedi itu menimpa aku.Aku harus bangkit!Aku harus bangkit demi maruah keluarga.Syaitan itu takkan aku biar hidup lama. Darah dibayar dengan darah.Itulah kehidupan.Setiap manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diberik...