Bab 4

111 16 17
                                    


Kringggggggg!!!

Jam locengku memekik kuat.Aku terpisat-pisat bangun.Aku masih separa sedar.Aku mengintai jam.

"Alamakkkkk!!!Aku dah lambat!!!"
Aku segera bangun.Mencapai baju kemeja dan seluar slackku.Ahh! Tak sempat nak mandi dah ni.Satu badan aku spray deodorant.Haaaa..mampus aku kalau bos dah sampai ni.

***

Aku memecut laju.Sampai satu persimpangan 4,lampu isyarat bertukar merah.Aku akur dan terpaksa berhenti.

"Alaaaaa,lamanya trafik ni.Aduhhhhhh!"

Tiba-tiba !!!

"Tolong!!!!!!!! Saya kena ragut!!!"

Aku terpandang ke sisi jalan.Alamak,apa pulak jadi ni.Peragut ni awal-awal pagi dah buat kerja!

Aku tak fikir panjang.Lantas aku memecut mengejar peragut itu.Bosss!Maaf aku lambat,terpaksa menyelamatkan dunia.Ceh wah!

"Hoiiii!!!Berhenti!!!"

Peragut itu terkejut mendengar teriakanku.Dia cuba untuk lolos dengan memasuki ke kawasan perkampungan.Aku tetap mengikutinya.

Aahhh! Menyerah sajalah!

"Ini tak boleh jadi.Makin jauh,makin susah aku nak deal ngan mamat ni." Bisik hatiku.

Aku membuka helmet ku.Aku menukar gear dan memecut laju.Sampai betul-betul di sebelah peragut tu.Aku menghentak helmetku di kepalanya.

Peragut itu terjatuh.Aku dengan pantas membrek dan berhenti.Aku mendekati peragut itu.Peragut itu mengerang kesakitan.Yelah terjatuh dari motor yang sedang pecut.Mana tak sakit.

Aku tersenyum kecil.Aku mengambil handbag yang diragutnya tadi.Pehhhh,handbag Prada tu.Pandai betul mamat ni pilih mangsa.

"Kau tahu bro?Sudahlah buat kerja macam ni.Menyusahkan oranglah." Sempat lagi aku menceramah mamat tu.
Lalu aku segera bergerak kembali untuk memulangkan handbag minah tadi tu.

***

"Handbag aku kena ragut!Kau faham tak!Dalam tu ada benda paling penting dalam hidup aku."

"Ya cik,tapi kami tak sempat bertindak.Dia buat kerja sepantas kilat."

Aku segera mendekati perempuan tadi.Ada beberapa orang abang sado bersama dia.Ada dalam tiga orang,dan semua berpakaian serba hitam.

"Errr..Assalamualaikum."aku memulakan bicara.

Perempuan itu menoleh.Aku terkedu seketika.Allah! Cantiknya.

"Waalaikumsalam.Ya ada apa?"

Aku segera menghulurkan handbagnya.

"Errr..nah,ini handbag awak.Saya dah settlekan dah mamat tadi tu.Err..cuba lah cek kot2 ada barang tak cukup ke."

Perempuan itu membuntangkan matanya.Dia segera mencapai handbagnya dan memeriksa segala isinya.Selepas seketika,dia menghela nafas lega.

"Fuhhh..nasib baik awak kejar mamat tadi tu.Thanks!" Kata perempuan itu.

Mukaku kemerahan.Lawanya dia ni.Aduh.

"Baiklah saya kena pergi dulu.Saya dah lambat ni.Jumpa lagi ya cik....."

"Dewi.Dewi Iman." Jawabnya sambil tersenyum.

Aku menundukkan kepala dan segera menghidupkan enjin.

"Kejap,apa nama awak?"

"Saya?Saya Afiq."

***

Aku memandu perlahan.Akibat berbakti,aku lewat.Haihhh..pukul 10 dah.Dua jam aku lambat.Sampai di perkarangan pejabat aku ternampak ramai orang berkumpul di hadapan pejabat.

Aku segera mematikan enjin dan mengunci lalu menghampiri pejabat.Aku ternampak kelibat Kak Saleha.Mukanya serius membaca sesuatu.

"Assalamualaikum,Kak Saleha.Apa dah jadi ni?"

Kak Saleha memandangku.Dia menyerahkan aku satu kertas.Aku menyambut lalu membacanya.

"Notis pemberitahuan! Syarikat ditutup!"

Aku ternganga.Syarikat ditutup? Apa? Apa maksud dia?

***












Hai,readers.Haha..Maaf cerita ni slow sikit.haha..Tak pe.Its worth to wait.Ini baru permulaan kan.So just gi with the flow ok?

Thanks for reading !

Jangan biar dendam menguasaimu.

DendamWhere stories live. Discover now