Aku membuka mata dengan kadar perlahan.Cahaya yang agak terang menyebabkan aku menutup mataku kembali.Seketika kemudian,aku membuka mata lagi sambil menyesuaikan retinaku dengan cahaya di situ.
Akhirnya,mataku terbuka sepenuhnya.Aku memerhati sekeliling.Aku kat mana ni?Haha.jawapan yang takkan ada orang jawab.Ok berdasarkan pemerhatian aku,aku dalam bilik.Ada banyak kotak,besi dan kayu buruk yang bersepah kat situ.Bilik tu pula diperbuat dari kayu.Ok itu je aku boleh nampak.Agak-agak aku kat mana ea ni? Hmmm..
Ahhhhh.Kepalaku berdenyut.Pasti aku dipukul malam tu.Aku cuba mengangkat tangan ku untuk meraba kepala.Namun,tangan ku tak bergerak.Oh..patutlah aku diikat rupanya.Diikat di kerusi kayu kat tengah-tengah bilik tu.Haihhhh.Aku mengeluh.Ok siapa yang buat dajjal ngan aku skarang ni?Siapa pula musuh aku?
***
"Hello,Ayahanda.Kami dah dapat budak tu.Kami letak dia kat tempat biasa.Apa tindakan kami seterusnya?"
Perbualan itu dibiar senyap seketika.Apa pula lah masalah orang tua ni?Aku da buat kerja bagus pun tak puas hati lagi ke.?
"Ehem..baiklah.Kau tunggu aku datang.Dan jangan cedera kan dia walaupun dia melawan.Ingat,dia luka sikit pun kau yang kena Shark."
"Tiit..tiit..tiittt" talian dimatikan.
Shark tersenyum kecil.Heh.Bagero punya orang tua.Kau memang nak kena.Ehh ini Shark la.Tiada sape yang boleh pijak aku macam tu je.Aku tak kira lu abang long ka,lu ayahanda ka.Kau langsi aku pijak.Shark kembali untuk memeriksa keadaan Afiq.
***
Sha's POV
Mataku meliar.Mencari kelibat sesorang.Seseorang yang penting bagiku.Seseorang yang faham perasaan aku.Entah kenapa semalam dia tak datang kerja.Hari ni pun tak datang.Ok itu memang pelik.Bila aku call dia tak jawab.Ohhh Afiq,mana kau pergi?Aku....aa...aku rindu kau.
Aku menjeling kaunter sebelah.Kosong.Haih!Aku seakan masih boleh melihat bayangannya.Senyuman dia.Ketawa dia.Kenapa kau hilang lepas kau kata kau suka aku?Kenapa?ok tak pe malam ni aku pergi rumah dia.Mana tahu dia sakit teruk ke? Hm..
Malam itu...
"Assalamualaikum....Afiqqq? Ohhh Afiq? Ini Sha.Bukalah pintu ni." jerit ku.
Krik krik krik
Ok tak de sapa jawab.Aku kembali periksa alamatnya.Ok betul.Aku yakin sebab aku nampak motor Afiq ada kat dalam.
"Assalamualikum,cik.Ada apa ye datang rumah saya." aku tiba-tiba ditegur.
Rupanya seorang lelaki berusia 20-an menegur.Motornya dimatikan.Dia turun dan menghampiriku.
"Waalaikumsalam, saya cari Afiq.Awak ni siapa ye?" soal ku.
"ohhh, Afiq. Ye dia memang duduk sini pun.Saya ikmal housemate dia.Cuma saya baru balik dari kampung.Kejap eh saya buka pintu.Awak tunggu kejap kat luar" kata Ikmal.
Ikmal membuka pagar rumahnya.Dia kemudian masuk.Aku menunggu dengan sabar.Tolonglah Afiq.Aku harap sangat kau ada.Tidak lama kemudian,Ikmal keluar semula.Dia menghampiri aku sambil mengarukan kepalanya.
"Err..maaf cik.Dia tak de la kat umah." ujar ikmal.
Aku mengeluh.Kenapa Afiq.Kenapa buat Sha macam ni.
"Miowww,miowww,miow" tiba-tiba seekor kucing mengiau.
Aku mencarinya.Hasilnya,ia menujukan aku ke longkang berdekatan.Ewww..bau apa ni? Busuk!
"ikmal,sini jap.Cuba awak tengok apa benda bawah tu."Aku memanggilnya.
Ikmal segera mendekati longkang itu.Dia membuka lampu menggunakan telefon pintarnya.Dia menyuluh.Tiba-tiba mukanya berubah.Pucat.
"Ada apa Ikmal?" tanyaku.
Berulang kali aku bertanya.Namun ikmal tetap begitu.Kaku.Pucat.Ini tak boleh jadi.Aku segera mendekati Ikmal.Mataku meliar mencari imej yang dilihat oleh Ikmal.Hah?Tangan?Kaki?Orang ke bawah tu?Tak.Benda tu kaku.Terlampau kaku.Tiba-tiba Ikmal menyuluh muka benda itu.
"Ahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!" aku menjerit.
***
Afiq's POV
Aku cuba melepaskan diri.Mulanya aku cuba putuskan tali tu dengan kekuatan fizikal je.Ok tak berjaya.Aku memerhati sekeliling.Manalah tahu ada sesuatu boleh digunakan.Namun,tiada apa yang dapat ku fikirkan.Haihhh.Dah lah tak de orang kat sini lepastu....
"Eeekkkkkkkk..." pintu dibuka.
Aku tergumam sebentar.Alamak siapa tu.Aku pura-pura tidur.Menanti siapa gerangan yang akan masuk.
"Hah, tengok dia tak sedar lagi.Huh..lembik betul budak ni." Kata seorang lelaki.
"Haha..berani kau cakap macam tu ek.Agak-agak kalau dia bangun macam mana?" Kata seorang lagi.Ada sorang lagi lagaknya macam bos.
Lelaki itu mencebik sambil memandangku.Alamak.Cepat-cepat aku kembali pejam mata.Lelaki yang berlagak bos itu pula mendekati aku.
Jantung aku berdegup laju.Peluh keringat makin pantas mengalir.Tangan ku basah dek kerana peluh.Kepala ku berdenyut-denyut.
"Hahahahahahaha,bagus korang punya kerja.Dah 2 hari dah mamat ni tak sedarkan diri.Baiklah,korang jaga dia baik-baik.Esok pagi kita kena bawak dia jumpa ayahanda." kata lelaki itu.
"Hah?! 2 hari aku tak sedarkan diri.Tak mungkin!" jerit hatikku.
***
Ohayo ~
Haaa..macam mana ok tak bab ni? Agak-agak apa yang Sha nampak? Agak-agak dapat ke Afiq lepaskan diri?Itu kena tungggu...Haha..Jangan lupa vote ngan komen ye.
Arigatouuu!!!

YOU ARE READING
Dendam
Random10 tahun berlalu selepas tragedi itu menimpa aku.Aku harus bangkit!Aku harus bangkit demi maruah keluarga.Syaitan itu takkan aku biar hidup lama. Darah dibayar dengan darah.Itulah kehidupan.Setiap manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diberik...