Aku memegang batu nisan itu.Bertafakur seketika.Memejamkan mata dengan hati yang sedih.Amat sedih.Sha,kenapa sha pergi?Tak pasal-pasal author kena marah. Err..huhu..
"Maaf Sha.Maafkan Afiq.Afiq salah.Afiq tak patut terima Sha.Afiq sepatutnya sedar,kehidupan Afiq selalu terdedah pada bahaya.Maaf sebab libatkan Sha." gumam hatiku.
"Ya,Afiq.Sha suka Afiq." kata Sha sambil tersenyum.
Kata-kata itu.Senyuman itu.Ungkapan itu.Hati ini sakit.Sakit Sha.Tenanglah di sana.Afiq selalu doakan Sha.
Aku bangun.Membetulkan hoodieku untuk melindungi mukaku.Aku merenung seketika kubur itu.Kemudian aku melangkah pergi."Selamat tinggal......Puteri Aishah." bisikku
***
2 bulan kemudian...
Suasana di disko itu sangatlah huru hara.Terkinja sana terkinja sini.Pergaulan bebas sana sini.Mahram bukan mahram semua di redah.Arak diteguk seakan air masak je.
Aku mengeluh.Melihat air di dalam gelas itu.Tak! 2 bulan dah aku elak.Aku takkan menyerah.Aku menyandar di kerusi itu.Menguap seketika.Aku segera menjeling jam tangan.2 pagi dah.Hmm..
"Biyyy,whats happen to u?Lets enjoyyy." kata seorang wanita.
Aku menoleh.Lisa.Lisa Nur binti Hairee.Anak Dato Hairee.Duduk kat london bape tahun entah.Halal haram semua ke laut.
"Emmm. I not in such a mood." ujarku sambil menutup muka hoodie ku.
Lisa kemudian berlalu pergi.
Ok.Sekarang ni aku TERpaksa kerja bawah uncle.Memang aku tak suka.Macam-macam benda aku buat.Kutip hutang,belasah orang,rampas kawasan dan lain-lain.Tapi gaji tak yah cakap ahh.Baru dua bulan kerja gaji dari RM50k dah naik RM100k.Haihh..gila betul.Aku duduk sebumbung dengan Uncle dan Lisa.Cumq aku takut dengan Lisa je.Dia ni liar sangat.Haihhh..
Oh ye,aku pun terpaksa ubah penampilan.Rambut aku ala-ala korea dipotong.Aku biarkan botak.Lepastu aku bela jambang.Haihh..ini semua gara-gara Dato Hairee.Palsukan kematian aku.Macam mana entah dia buat.Aku nak tanya pun malas. Yang aku pelik,takkan polis dan doktor boleh teripu.So nak tak nak terpaksa la ubah penampilan.Haihh...
"Botak!"
Aku menoleh.Ahh ye.Aku menggunakan nama panggilan.Semuanya sebab nak sembunyikan identiti aku.
Kelihatan Shark memapah Lisa.Aku segera membantunya dan meletakkan Lisa ke kerusi.Aku kembali menguap.Waduh..Mengantuk siak."Dah Afiq. Lu balik la.Bawa balik Lisa ni.Mabuk teruk ni minah ni." ujar Shark.
Aku mengangguk tanda faham.Aku kemudian memapah Lisa menuju kereta BMW ku.Selesai memakaikan tali keledar,aku menghidupkan enjin lalu mula bergerak.
Aku menguap.Rumah uncle tak de la jauh sangat.Cuma aku dah mengantuk sangat je ni.Sesekali rasa nak terlelap.Nasib baik tak banyak kereta pagi tu.
Tiba-tiba aku dipeluk.
"Afiqqqqq..."ujar Lisa sambil merapati ku.
"Lisa,lepas.I tengah drive ni.Lepasss!" kataku separuh menjerit.Ahhh ini tak membantu.Lisa terlalu mabuk.
"Lisa,Stop!!!"kataku sambil cuba menepis pelukannya.
Tiba-tiba seekor kucing lalu menyebabkan aku terpaksa berhenti.
"Eeettttt!" kereta ku berhenti.Berasap kereta kerana berhenti mengejut.
Lisa kembali pengsan.Aku membetulkan kedudukan Lisa.Melihat Lisa mengigil kesejukan,aku membuka jaket dan selimutkannya.Selepas semua okay,aku kembali memulakan perjalanan.
"Sha....." bisikku.
***
Aku merenung dokumen itu.Dokumen mengenai orang yang aku cari selama ini.Tak sangka dia seorang pembunuh bersiri.Agaknya kalau aku dapat kepala dia ni,mesti ramai yang nak.Haha.Memang syaitan mamat ni.Heh!Tapi aku bukan lagi Afiq yang dulu.Aku sekarang ada kuasa.Aku tersenyum kecil.***
Inspektor Sani POV
Dah 5 bulan aku kat JB.Kes 10 tahun lepas aku kena handle? Lawak. Kalau kes tu baru jadi tadi,sekarang aku dah settle kan.Lol.
"Tuan Inspektor,sila ikut saya."
Aku mendongak lalu segera bangun.Aku mengekori orang itu.Kemudian kami menuju ke satu bilik.Bilik mayat.
Orang itu menarik satu laci.Laci yang muat untuk meletakkan satu jasad manusia.Aku segera memakai penutup mulut dan sarung tangan yang diberikan.
"Memang pelik,Inspektor.Saya tak jumpa kesan calar atau apa.Nak kata lemas,paru-paru dia masih elok.Ini hasil analisis kami." kata Doktor Herul sambil menyerahkan dokumen itu.
Aku mengangguk sambil menyambut dokumen itu.Aku merenung mayat itu.Memang pelik.Dijumpai di longkang.Tapi punca kematian masih jadi tanda tanya.Ahhh,dah lah dia satu-satunya saksi kes aku.Takkan mati dah.
Aku memegang mayat.Memegang bibirnya,memeriksa matanya,tangan..semua lah aku periksa.Ada satu benda yang menarik perhatian aku.
"Emm doktor boleh tak saya tengok sampel dan result darah mangsa." ujarku.
Doktor Herul mengangguk dan segera mendapatkan apa yang dipinta.Aku dengan pantas mengeluarkan handphone dan mengambil gambar.Aku terpaksa.Memang polis dilarang untuk mengambil gambar menggunakan handphone peribadi.
Selepas 30 minit memeriksa,aku akhirnya keluar.Ok now,aku kena pergi rumah mangsa pula.
Bersambung...
***
Jangan lupa drop komen dan vote. Thanksss ^.^
YOU ARE READING
Dendam
Random10 tahun berlalu selepas tragedi itu menimpa aku.Aku harus bangkit!Aku harus bangkit demi maruah keluarga.Syaitan itu takkan aku biar hidup lama. Darah dibayar dengan darah.Itulah kehidupan.Setiap manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diberik...