Pintu Mc'Donalds ditolak.Hembusan sejuk pendingin hawa mencengkam tubuhku.Aku melangkah masuk.Segera aku beratur untuk memesan makanan.Tak ramai sangat orang malam tu.Sampai giliranku,aku memesan set big mac.Aku agak kelaparan memandangkan seharian tak makan.Dulang Mc'Donalds ku tatang ke meja.
Aku memilih untuk duduk di atas.Sampai di atas aku memilih meja di hujung,jauh dari orang ramai.Dulang ku letak di atas meja.Aku melabuhkan punggunku.Walaupun aku pernah lihat video memualkan tentang fries itu tapi bau fries itu berjaya juga membangkitkan seleraku.Aku mencicah fries dengan sedikit garam.Entah kenapa kemasinan fries itu membuatkan ia lebih sedap.
Aku menjeling jam tanganku.Pukul sembilan lebih dah.Namun,masih tak kelihatan batang hidung orang yang aku cari.Mataku ku kalih ke luar tingkap.Kereta diluar mulai sibuk.Jalan di hadapan Smart itu mulai penuh.Pergi ke pasar mungkin bisikku.
Mataku ku kalihkan pada permainan kanak-kanak.Beberapa orang kanak-kanak bermain dengan riang.Malam hari tidak menghalang mereka untuk terus aktif.Aku tersenyum kecil.Seronok jadi budak,tak perlu fikir apa-apa pun.Kita dengan dunia kita je.
"Botak!"
Namaku dipanggil.Aku menoleh.Seorang lelaki yang memakai jaket menghampiri aku sambil memegang Oreo Mc'flurry.Lelaki itu duduk di hadapanku.Aku menyedut air coca-cola bagi membasahkan tekak sebelum mula bicara.
"Lambat kau wan?"
"Maaf,aku balik lambat tadi.Bos la,tak pasal-pasal banyak pulak surat kena hantar." kata Shazwan dengan sedikit keluhan.
Aku mengangguk tanda faham.Tahu benar tentang selok belok kerja mat despatch ni.Kerja yang pernah aku buat dulu.Zaman sebelum jadi samseng.Haha..Samseng sangat ke aku sekarang ni?
Melihat aku diam,Sazwan bersuara lagi."Jadi,ada apa kau cari aku ni?"
Aku temanggu sebentar.Shazwan mula menikmati aiskrimnya.Aku berdehem sebentar sebelum bicara.
"Kau berhenti je la kerja.Kau kerja ngan aku je." kata ku.
Shazwan terkejut.
"Kerja ngan kau?Nak buat kerja apa?Jadi maid?Ehhh takkan lah!" tanya Shazwan.
"Bukanlah."
"Dah tu?"
"Macam ni.Aku akan bagi 100k sebagai permulaan.Lepas..."
"Uhukk!Uhukk!Uhukk!"Shazwan tersedak.Habis ais krimnya terkeluar dari hidung.Bajunya kotor terkena aiskrim yang jatuh.Aku segera menyerahkan tisu.
"Kau ok,bro?"
Shazwan menekup mulutnya.Dia menunjuk pada arah toilet.Aku angguk tanda faham.Dia bangun dan menuju toilet.5 minit lepas tu,dia kembali ke mejaku.
"Kau ok?"
Shazwan mengangguk sebelum tergelak kecil.
"Sorry la.AKu terkejut tadi.Emm...100k?are u serious?Tapi kerja apa kau nak suruh aku buat ni?Jangan la kerja bukan-bukan weh." kata Shazwan.
"Yelah.aku nak terangkan la ni.Kau tu tersedak pulak tiba-tiba.Tak macho langsung.*aku mennyerahkan sebuah dokumen pada Shazwan.* Ini hah!Aku nak kau siasat mamat ni.Aku nak tahu rutin harian dia.Semua la.Aku nak kau follow dia dalam 2 minggu cukup ah." jelasku.
Shazwan menyambut dokumen itu dan mula menelitinya.Dia terangguk kecil tanda faham.
"Emm..kalau da abis kerja ni.Aku dapat bape?"
Aku tersenyum kecil."Aku bagi kau 500k."
Shazwan angguk kecil sambik tersengih busuk.
"Baiklah bos!Saya ambil.Cuma siapa mamat ni? Kenapa aku kena follow mamat ni?"
Aku tersenyum kelat.Entah kenapa fries di dalam mulut ku terasa tawar.Garam pun gagal membangkitkan nafsu ku.
"Aku nak balas dendam demi mak bapa aku."
Shazwan meneguk air liur.Mukanya agak kelat melihat aku seriuus begitu.Aku menelan baki fries yang ada.Air coca cola ku sedut sampai habis.Selesai semuanya,aku tolak dulang aku ke tepi.Fokus ku kembali pada Shazwan.
"Hey,jangan risau.Aku takkan libatkan kau pun la.kau just follow je mamat ni.Tengok dia pergi mana,buat apa semua.Ok?"
Shazwan mengangguk perlahan.Aku mengangguk tanda puas hati.Aku bangun dan muka melangkah pergi.Pintu Mc'Donalds ku tolak.Angin malam Itu sempoi-sempoi bahasa saja.Namun,masih mampu membuat kulit ku tercengkam dengan kesejukannya.Lagi pula aku tidak memakai jaket seperti selalu.AkU melangkah ke arah kereta ku.
"Botak!"
Aku menoleh.Shazwan tercungap-cungap mengejarku.Aku bersandar pada pintu kereta sambil menunggunya.
"Apa jadi yang jadi ngan parents kau?Kena bunuh?"
Aku tersentak.Aku buka pintu kereta dan hidupkan enjin.Aku masuk gear reverse.Aku menurunkan cermin tintedku.
Sambil tersenyum senget,aku berkata "Bila masa pula aku kata perents aku dah mati?"
***
Gomen kudasai!
Wah,lama dah tak update.Haha..Terlebih fokus pada story no 2 pulak...haha..
Sory sory...
So,komen plis? 😂Oh ya.Selamat hari raya pada semua! 😁
YOU ARE READING
Dendam
Random10 tahun berlalu selepas tragedi itu menimpa aku.Aku harus bangkit!Aku harus bangkit demi maruah keluarga.Syaitan itu takkan aku biar hidup lama. Darah dibayar dengan darah.Itulah kehidupan.Setiap manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diberik...