Sha POV
Aku berdiri lemah.Angin yang bertiup kencang di atas parking lot Aeon itu seakan menolak tudungku.Telefonku dikeluarkan.Aku menatap wajah orang itu.Orang yang aku sayang.Aku anak tunggal.Mak dan ayah mati masa aku masih kecil.Aku tak pernah rasa disayangi macam ni.Mataku berkaca.
"Kenapa selalu macam ni?Kenapa Afiq tinggalkan Sha?Kenapa Afiq pergi dulu?" bisikku sambil mengetap bibir.Sikit demi sikit air mataku jatuh.Hati aku belum boleh move on.
"Ikmallll,Afiiiqqq!! Itu Afiq!" ujarku sambil menunjuk ke jasad manusia di bawah longkang itu.
Aku mengetap bibir bila mengingati kejadian malam itu.Aku nampak Afiq yang pucat.Kaku.Mata terbeliak.Mulut terbuka.Air mataku semakin laju mencium bumi.Tatkala aku masih bersedih,Hujan mula turun.Bumi juga menangis bagaikan memahami perasaanku.
"Maaf,cik.Kami tak dapat selamatkan dia.Afiq Azmi bin Hisham sah meninggal dunia 8 jam lalu." ujar doktor yang bertugas malam itu.Aku terduduk.Ikmal pula menekup muka.
Cinta itu kadang bukan untuk dimiliki.Mungkin betul ungkapan tu.Aku tak layak untuk Afiq.Aku..aaa..aku tak layak.Guruh mula berdentum.Hujan semakin lebat.Namun,aku tak hiraukan itu semua.
Aku mendongak ke atas.Membiarkan hujan membasahi muka dan tubuhku.Alangkah indah kalau aku dijodohkan dengan Afiq.Meniti hari tua bersama.Tatkala kedut dimuka semakin rakus menular.Bermain dengan cucu yang ramai.Aku nak semua tu.Aku nak rasa semua tu dengan Afiq.Dia saja dalam hati aku.
Aku tersenyum kecil.Orang hidup takkan hidup balik.Itu selalu yang aku dengar.Mak,ayah...Sha tak kuat.Sha rindu mak,ayah...dan Afiq juga.Kenapa hidup Sha macam ni,Mak ayah?
"Mungkin salah satu cara aku pergi ikut mereka." bisik hatiku.
Aku meletakkan telefon pintarku di sebelah.Aku mula membuka langkah.Sampai di hujung parking lot itu.Aku medepakan tangan sambil memejam mata.
"Mak,Ayah,Afiq...Sha datang" lalu aku membuka langkah.
Dummmmm!!!
Pandanganku kabur.Darah mula membanjiri tubuhku.Aku tak mampu bergerak lagi.Menanti saat-saat malaikat maut menarik nyawaku.Kereta-kereta mula mengerumuni ke tempat itu.Melihat apa yang berlaku.
"Ada orang terjunnn dari parking lot atas!!!" jerit seseorang.
Aku tersenyum kecil.Mataku semakin lama melihat ke atas.Saat pengakhiran seorang manusia.Derita saat kematian.
Ya,Puteri Aishah sah mati kerana terjun bangunan.
***
Afiq POV
Aku masih di sini.Sudah tiga hari mengikut perkiraan aku.Hawauuu betul lah.Apa diorang nak.Semalam aku dah pura-pura baru sedar.Diorang hanya bagi amaran jangan cuba lari.Itu aku tahu lah kalau tak sia-sia je dorang tangkap aku.Bila aku tanya siapa bos dorang.Senyap.Tak de jawapan.Haaaa..pening aku la.
"Ayahanda,dia ada dalam tu."tiba-tiba aku terdengar suara lelaki di luar.
Aku meneguk air liur.Ok sapa tak gentar nak jumpa ketua dia.Entah apa dia nak?Aku bukan ada duit pun.Kerja pun cashier je.Awek pun tak de.Ehh..Shaaa..apa khabar dia sekarang agaknya ya? Hmm..
"Eekkkk"pintu kayu dibuka.
Seorang lelaki masuk sambil diiringi oleh beberapa orang lagi.Bos dia kot.Aku tak berapa nampak sebab lampu kalimantang tak cukup terang nak suluh muka dia.
Lelaki itu memberi signal kepada anak buahnya.Alamak,apa dia nak buat ni.Anak buahnya mendekatiku.Aikkk? Dorang buka ikatan aku?
Aku menarik tanganku.Mengurut sikit.Sakit.Kebas.Dah tiga hari terikat macam tu.
"Ahhhhh,Afiq maaf la buat kau macam ni" lelaki tadi bersuara.
Aku masih tak cam.Siapa dia ni?
"Afiq? Tak cam lagi? Ini uncle lah?" kata lelaki itu lalu mendekatiku.
Mata ku membulat apabila melihat muka dia.Apa? Dato Hairee? Kenapa? Tapi kenapa?
"Uncle? Apa semua ni? Kenapa buat Afiq macam ni?" tanyaku.
Orang tua itu tersenyum kecil.Dia mengurut dahinya yang berkedut tu.Dia mengambil kerusi dan duduk di hadapan aku.
"Aku nak kau join aku Afiq.Masuk geng aku."
Hah? Geng? Apa seyh aku tak faham langsung.
"Apa maksud uncle ni? Tak faham langsung." ujarku.
"Masuk geng aku.Buat kerja bawah aku.Gaji aku kasi RM 50k setiap bulan.Kau juga boleh duduk ngan aku." jelas Dato Hairee.
Aku bangun.Baru aku ingat dia ni dulu mafia.Tapi sekarang jadi kongsi gelap pula.Haihh.Pening aku.
"Maaf tapi saya tak berminat." kataku lalu membuka langkah untuk keluar.
"Kau tak nak tahu ke siapa bunuh ibu dan ayah kau? Kau tak rasa nak balas dendam ke?" tiba-tiba Dato Hairee bersuara.
Aku tersentak.Dendam yang patut aku balas.Entah kenapa aku hampir terlupa.Mungkin sebab Sha.
"Aku ada suruh budak-budak aku trace dia.Aku ada semua maklumat pasal dia.Cuma aku rasa kau mesti nak bunuh pembunuh tu kan?" soal Dato Hairee.
Aku kaku.Tak tahu apa jawab apa.
"Juga,aku rasa kau tak nak keluar dulu.Atau orang akan lari bertempiaran kerana ingat kau hantu." ujar Dato Hairee sambil memyerahkan surat khabar kepadaku.
Aku terpana? Hantu? Aku segera baca inti surat khabar itu.Aku ternganga.Apa? Aku? Mati? Oh tidak, aku ada lagi kat sini!
"Seorang lelaki mati dijumpai di longkang berdekatan rumah mangsa. Si mati,Afiq Azmi bin Hisham disahkan mati 8 jam sebelum dijumpai..."terkumat kamit mulutku membaca.
"Rileks,Afiq.Itu semua kerja aku.Jangan risau.Macam mana aku buat kau tak perlu tahu.Kau cuma perlu dengar arahan aku je." kata Dato Hairee pula.
Aku tunduk.Sial! Dia ingat dia ni siapa.Menentukan ajal sesorang? Tak guna.Kalau bukan sebab anak buah dia ada.Aku dah belasah mamat ni.Aku merenung akhbar itu kembali.Aku menyelak muka surat sebelah.
"Seorang wanita dipercayai membunuh diri dengan cara terjun dari parking lot Aeon di Johor Bahru.Punca kematian dikaitkan dengan lelaki yang ditemui dalam longkang semalam.Puteri Aishah binti Syukri sah matu di tempat kejadian....." aku membaca.
Shaaaa...Mataku mula berkaca.
"Tidakkkkkkkkkkkkk!!!!!!!" aku menjerit.
***
Konbawaaa..
Okok maaf sebab matikan watak Sha. :'(
Its okay.Kena move on.
Huhu...Jangan lupa vote dan komen.ok? ;)Arigatouuu...

YOU ARE READING
Dendam
Random10 tahun berlalu selepas tragedi itu menimpa aku.Aku harus bangkit!Aku harus bangkit demi maruah keluarga.Syaitan itu takkan aku biar hidup lama. Darah dibayar dengan darah.Itulah kehidupan.Setiap manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diberik...