Bab 16

57 3 4
                                    

"Wan, datang tempat aku dalam masa satu jam. Aku ada kerja untuk kau." Ujarku.

Aku berlalu pantas ke kereta dan beredar dari situ.

***

Someone's POV

Aku memakai shades. Handbrake aku lepaskan dan kereta ku mulai bergerak. Aku keluar dari Daiman Bowling Johor Jaya itu.

Aku membetulkan suhu aircond. Aku agak berpeluh memandangkan baru lepas bermain bowling. Mahu tak peluh, 10 set main. Tangan pun rasa longgar je. Puas dengan suhu aircond aku mencapai Iphone ku.

"Shark...shark...shark.." Bisikku. Aku menyelak files contact aku.
"Ahaa jumpa." Aku terus mendail nombornya.

"Truttt ..truttt..truttt." Panggilan di sambung ke talian.
Lampu isyarat menunjukkan merah. Aku memperlahankan kenderaan dan akhirnya berhenti.

"Truutt..truttt..truttt."

"Haih manalah mamat ni pergi. Aku call tak nak angkat. Bodoh betul lah."

"Truuttt..Hello."

"Haaa HELLO! APA YANG SUSAH SANGAT NAK ANGKAT HAH SHARK?!" Aku menengkingnya.

"Hehe..rilek la..aku ada hal tadi. Ada apa kau call aku ni?" Shark membalas.

Lampu isyarat bertukar hijau dan aku langsung menekan minyak.

"Bedebah! Alasan je tahu. Aku call ni nak cakap yang plan kita berjalan seperti yang dirancang." Jawabku.

Shark ketawa kuat di hujung talian. "Hahaha? Betul kah? Bagus! Lepas ni aku yakin dia akan bertindak." Jawab Shark.

"Haa, aku pun sama. Tengok lah, dia akan call aku dalam minggu ni. Aku jamin." Jawab ku.

"Heh! Bijak bro. Kau memang bijak! Aku suka kerja dengan kau! Baiklah! Lepas kau bunuh dia, aku akan bayar kau dua kali ganda! Kau nak?!" Kata Shark.

Aku tersenyum puas. "Anggap selesai. Aku akan hantar kepala dia pada kau!"

"Tuutt..tuttt..tuutt.." Shark mematikan panggilan. Aku membaling Iphone ku ke kerusi penumpang.

Aku tersenyum lagi. "Afiq, Afiq. Nasib kau sama je macam mak bapak kau Afiq!"

***

Kereta ku memasuk rumah agam Dato Hairee. Motor Kawasaki Syazwan juga sudah kelihatan. Dia masuk dan menghampiri aku.

"Boss, kita nak cakap kat mana ni?" Tanya Syazwan.

Aku memandang ke beranda bilik Dato Hairee. Lalu memandang Syazwan semula.

"Kita bual dekat rumah sewa aku." Jawab aku.

Syazwan mengangkat kening. "Rumah sewa?"

"Ya. Naik motor kau. Aku tak nak benda ni bocor sikit pun. Lagipun, Dato Hairee tu gila. Aku tak percaya kalau dia tak letak sebarang perakam suara atau gambar di kereta aku." Kataku.

"Kalau bukan Dato Hairee pun..mungkin orang lain. Dah jom!" Ujarku lagi.

"Vrooommmm!!!" Syazwan memecut motornya setelah aku bonceng.

***

Lisa POV

Aku menyelak langsir. Ada dua orang lelaki kat bawah. Sorang tu Afiq, sorang lagi aku tak kenal. Hmm...

Aku merenung Afiq. Serius betul muka dia bersembang dengan rakannya. Mungkin lah rakan dia. Tiba-tiba teringat dengan gambar-gambar yang Shark hantar.

'U tengok sendiri. Dia dah ada orang lain. I tak tipu kan?' -Shark.

Ada 5 gambar dia hantar. Kepanasan hati aku bila tengok mereka mesra sungguh. Lagi sakit bila ada satu gambar perempuan tu cium pipi Afiq. Aku menggengam langsir ku kuat. Geram!

Dulu masa zaman remaja Afiq tergila-gila kan aku. Tapi aku yang reject dia. Haha.. Memang padanlah dengan muka aku kan.

"Hmm.. Aku tak kira! Aku kena dapatkan Afiq balik! Kalau tak, aku bunuh perempuan tu! Aku tak dapat, kau pun tak dapat perempuan!" Bisikku.

Lalu ku lihat Afiq beredar dgn rakan nya yang menaiki motorsikal itu.

"Afiqqq.." Bisikku.

***

Afiq POV

Aku menunjukkan ke arah kiri. Syazwan membelok ke kiri. Lalu aku tunjuk ke arah satu rumah teres. Syazwan mula perlahankan motornya. Aku turun dari motor tatkala Syazwan memberhentikan motornya.

Aku buka visorku. "Kita ikut plan tadi." Kata ku kepada Syazwan. Visorku turunkan semula. Ku biarkan saja Syazwan yang bersuara seperti yang dirancang.

Syazwan mengangguk lalu pergi menekan bell rumah. Aku menjeling ke arah jam tangan. "Baru pukuk 9 malam." getus hatiku.

Selepas 2,3 kali menekan bell, sesorang keluar. Dia menyarung selipar sambil membuka lampu garaj. Dia menghampiri dengan muka mamai.

"Ya ada apa yang boleh saya bantu?"

Syazwan mengangguk. "Ya, ini rumah arwah Afiq kan?"

"Ya, ini rumah arwah Afiq. Ada apa?" Jawabnya.

Syazwan menghulur tangan untuk bersalam.

"Maaflah kami datang malam-malam. Saya Syazwan, ini Leman. Kami sepupu Afiq." Kata Syazwan sambil menunjukkan nama Leman kepadaku. Aku menundukkan kepala, menyembunyikan muka ku di bawah helmet.

"Oh ye ke. Saya ikmal. Bekas kawan serumah dia." Kata Ikmal sambil menyambut tangan Syazwan.

"Begini, arwah ada kata. Kalau dia punya harta, dia nak derma pada orang yang memerlukan. Cuma setahu kami yang arwah tak punya banyak harta. Jadi kami ingat nak kemas baju-baju dan barang-barang arwah untuk di derma pada organisasi yang memerlukan." Terang Syazwan.

Ikmal terdiam seketika.

"Bagaimana? Boleh kami laksanakan hasrat arwah?" Sambung Syazwan.

Ikmal tersentak. "Oh, haa masuklah. Saya tak keberatan. Lagipun saya seorang je kat rumah ni. Mari masuk!" Kata Ikmal sambil membuka pagar rumah dan mempersilakan kami masuk.

Syazwan masuk sambil diiringi Ikmal. Aku pun melaksanakan tugas ku.

"Dushhh!"

"Aduh!"

Ikmal tersembam. Aku menghentak helmet ke kepalanya.

"Sorry bro. Kita orang terdesak." Bisikku.

Aku dan Syazwan pun bawa masuk badan Ikmal ke dalam. Aku keluar semula. Melihat kiri dan kanan sebelum aku mengunci pagar dan menutup pintu rumah.

Misi bermula....

***

Ohayo..

MissAizawa nah tag..haha dari hari tu dia dok request sambungan. Sorry pendek 😅

Support and vote this story guys ! 😊

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DendamWhere stories live. Discover now