Chapter 1

150 5 0
                                    

"Ok lah, aku balik dulu. Jumpa esok." Chunji meminta diri selepas tamat kelas pada malam itu. "Hello?" Chunji mengangkat panggilan telefonnya. "Chunji, kitaorang dah tunggu lama ni. Kau kat mana?" Kedengaran suara Ren di hujung talian. "Aku baru habis kelas. 'kitaorang' tu siapa? Kejap lagi aku sampai. Tunggu tau." Jawab Chunji yang sebenarnya lupa yang mereka harus berkumpul pada malam itu. "Kat sini ada Chanyeol dengan Eun Ji. L dengan Hongki on the way. Bomi dengan kau je yang belum sampai. Cepat sikit tau." Ujar Ren sebelum memutuskan panggilan. "Ish, budak ni! Suka hati dia je nak putuskan panggilan." Omel Chunji yang sudah berada di depan rumah Bomi. Dari jauh, kelihatan Bomi sedang berlari keluar dari rumahnya. "Chunji, lari! Cepat!" Arah Bomi sambil berlari dikejar tiga orang lelaki di belakangnya. Chunji terus berlari mengekori Bomi tanpa tujuan. Mereka berhenti di tempat rakannya sedang berkumpul. "Jom blah! Cepat!" Ujar Chunji termengah-mengah. "Kenapa ni?" Chanyeol menerpa mereka. Belum sempat Chunji menjawab, tiga orang samseng tersebut sudah pun mendekati mereka.

"Lari je lah! Jangan banyak cakap!" Tengking Bomi sambil meneruskan langkahnya. "Kita nak pergi mana ni? Apa yang terjadi sebenarnya?" Soal L pada Chunji. Mereka semua hanya berlari mengekori Bomi dan Chunji. "Jalan je dulu. Bila dah selamat baru aku cerita." Jawab Chunji lalu menarik Bomi dan menapak dengan laju sebelum samseng tadi mendekati mereka. "Cepat ikut sini." Hongki mengarahkan mereka setelah melalui di sebuah bangunan lama yang ditinggalkan orang. "Yo yo! Wait a second... Macam mana kau ada kunci tempat ni?" Soal Chanyeol pada Hongki yang sedang membuka pintu pagar bangunan tersebut. Setelah pintu pagar dibuka, mereka semua melangkah masuk dengan berbagai perasaan di hati masing-masing. Pintu utama bangunan itu dibuka dengan perlahan-lahan.
"Hongki tempat apa ni?" L menyoal Hongki yang juga sedang melangkah dengan berhati-hati kerana keadaan di situ sangat gelap. Hanya lampu dari telefon bimbit Hongki menjadi penyuluh jalan. "Jom ikut aku pergi sana." Hongki membawa mereka ke sebuah bilik yang dipenuhi dengan barangan antik yang disusun rapi. Mereka semua megambil tempat di kerusi-kerusi yang tersusun kemas di sebuah meja makan yang sangat besar.

T.B.C.

Truth Or Dare (C)Where stories live. Discover now