Chapter 6

45 2 0
                                    

"Ok, jangan stress sangat. Budak Lizzy tu kena bagi pengajaran sikit. Biar dia sedar." Selit Hongki meredakan suasana yang tegang. "Sekarang giliran aku pula. Aku pilih dare sebab aku tak nak jadi macam korang. Merumitkan keadaan je. Cepat Hongki, aku nak buat apa?" Chanyeol tidak mahu rakannya tertekan akibat seorang perempuan yang mempermainkan perasaannya suatu ketika dahulu. "Tak sabar nampak, kalau macam tu, aku kasi kau yang adventure sikit. Ingat tak pasal samseng yang kejar kita tadi?" Ujar Hongki.
"Ingatlah. Kenapa? Kau nak aku belesah dorang ke?" Soal Chanyeol. "Lebih kurang macam tu lah. Tapi yang ini lain sikit. Aku nak kau pergi check out dorang. Aku rasa dorang masih berkeliaran kat luar tu. As a prove, I want you snap a picture of them. Can you?" Soal Hongki. "Hongki! Mana kau dapat semua idea yang merepek ni?" Chanyeol dan yang lain agak terkejut dengan permainan yang dibuat Hongki. "Entah. Aku pun tak tahu. Yang penting seronok." Jawab Hongki. "Dodol punya budak...! Kau seronok, aku merana." Marah Chanyeol. "Tak kan takut kot..." Hongki menduga. "Takut? Mana ada takut. Aku cuma... risau tak ada orang yang nak jaga korang bila aku pergi." Chanyeol berdalih.
"Ye ke?" Bomi mengecilkan matanya melirik ke arah Chanyeol yang acapkali menelan air liurnya. "Ok. Ok. Aku pergi." Chanyeol bangun dari kerusinya lalu berjalan menuju ke pintu. Pintu dibuka perlahan lalu kakinya melangkah keluar sebelum menutup semula pintu tersebut. Dia bersandar di pintu beberapa saat untuk menenangkan diri. Diperhatikan keadaan sekeliling yang gelap. Hanya beberapa ruang yang diterangi cahaya bulan dari jendela. Akhirnya Chanyeol memberanikan diri untuk melangkah.
"Ish, Hongki ni! Kalau ikutkan hati, aku dah tenyeh-tenyeh muka dia." Omel Chamyeol dalam hati.
Tanpa disedari, Chanyeol sudahpun berada di pintu utama rumah agam itu. Dia membuka pintu lalu menapak keluar. Dia meyorok di balik semak saat terlihat tiga orang samseng tadi sedang berkeliaran di hadapan rumah agam itu.
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan." Chanyeol bergerak di dalam semak mendekati pintu pagar untuk menangkap gambar samseng tersebut. Setelah itu, dia dengan perlahan kembali masuk ke dalam rumah agam tersebut dengan gembira kerana misinya terlaksana dengan jayanya.

T.B.C.

Truth Or Dare (C)Where stories live. Discover now