Chapter 9

42 3 2
                                        

Mereka berempat berjalan semula ke tempat mereka semua berpecah tadi. Tangga dituruni dengan perlahan dan langkah mereka terhenti saat terlihat kelibat salah seorang samseng tadi. Mereka segera bersembunyi di sebalik dinding yang menjadi pemisah antara ruang. Tiba-tiba, Bomi berjalan mendahului yang lain dan menuju ke arah mereka dan samseng tadi. Samseng tersebut segera sembunyi dan bersedia untuk menangkap mereka. Apabila Bomi makin hampir, samseng tadi mencapai sebatang kayu lalu dihayun ke arah Bomi. Eun Ji yang berada di situ terus melompat ke arah Bomi dan menolak gadis itu. Lalu kayu tadi terkena tepat di kepala Eun Ji sehingga dia rebah. Samseng tadi melarikan Bomi.
"Eun Ji!" L mendapatkan Eun Ji dengan cemas.
"Tepi!" Eun Ji menolak L lalu mengejar samseng tadi. Tumbukan dikenakan di muka samseng tersebut sebelum menarik Bomi.
"Bomi-ah. Kau ok tak?" Soal Eun Ji pada Bomi.
Tiba-tiba, satu hembusan angin yang sangat sejuk meyelubungi mereka semua lalu muncul seorang wanita di hadapan mereka semua. Lagi sekali mereka didatangi samseng yang lain.
"Lari! Lari semua. Chunji, apa kau tunggu lagi tu?! Soal Hongki pada Chunji yang masih berdiri memandang wanita tadi.
"Hongki, dia ni..." perlahan Chunji mengangkat jarinya dan menunjuk ke arah wanita yang berada beberapa langkah di hadapannya. Kakinya seperti tidak dapat bergerak. Samseng tadi menuju ke arah Chunji dan memegang mereka. Wanita tadi telah hilang dari pandangan. Mereka semua tidak dapat melarikan diri kerana pisau telah diacukan ke leher Hongki dan Chunji.
"Jangan apa-apakan diorang. Kau nak aku kan? Lepaskan diorang." Bomi mara ke arah samseng tersebut.
"Jangan Bomi! Pergi! Jangan dekat!" Teriak Chunji.
Tiba-tiba...

T.B.C.

Truth Or Dare (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang