Chapter 4

55 2 0
                                    

"Ok, kita mula dari sebelah sini." Hongki menuding ke arah Zelo di sebelah kanannya. "Truth or dare?" Soal Hongki. "Truth, dare, truth, dare... truth, dare, truth," Zelo mengira satu-persatu dengan jarinya. "Aku pilih truth." Ujarnya. "Beritahu kitaorang, apasal kau jarang lepak ngan kitaorang semenjak dua ni? Kat kelas pun asyik tidur je. Cuba cerita." Soal Hongki bertubi-tubi. "Soalan lain ada tak?" Soal Zelo teragak-agak.
"Ini truth or dare. Bukan kuiz ler." Selit Bomi. "Time is running..." Hongki menunjukkan jam tangannya pada Zelo. Melihat rakannya ternanti-nanti jawapan, dia semakin gelisah untuk menjelaskan. Namun, akhirnya, dia terpaksa menjelaskan yang benar. "Sebenarnya... aku... dah couple ngan Lizzy." Perlahan nada suara Zelo. "What! Lizzy?! Minah diva kat sekolah kita tu! Habis tu, kenapa..." kata-kata Bomi dimatikan oleh Hongki. "Tak kisah dia couple ngan Lizzy. Tapi apa kena mengena dengan soalan aku tadi." Soal Hongki.
"Lizzy cakap, kalau nak couple dengan dia kena selalu ikut dia keluar and pergi shopping. Semua aku kena bayar. Sebab tu, aku selalu kerja siang malam untuk cari duit lebih. Barulah Lizzy sayang kat aku." Jelas Zelo.
"Zelo-ya. Cinta itu apabila orang itu terima kita seadanya. Bukan kerana rupa mahupun wang. Don't force yourself for kind of love. Just be yourself." Chanyeol meletakkan tangannya di bahu Zelo yang masih diam tertunduk.
"Bomi, tak nak apa-apa ke?" Selit Hongki. "Aku... minta maaf Zelo. Sebab bersangka buruk pasal kau. Aku ingat kau dah tak nak kawan dengan kitaorang semua." Bomi meminta maaf pada Zelo. "Tak. Aku yang sepatutnya minta maaf. Sebab tak beritahu pasal semua ni kat korang. Sorry..." Zelo membuat memek muka manjanya.
"Ok, semua dah jelas. Sekarang kita beralih kepada L pula." L terbangun dari lamunannya. Belum sempat Hongki menyoal, L sudah menjawab. "Dare. Aku pilih dare." Semua sedikit terkejut dengan jawapan L. "Okey... sungguh gentleman. Disebabkan tadi aku tengok kau asyik tenung Eun Ji sampai tak dengar kitaorang cakap, aku nak kau bangun sekarang." Arah Hongki. L bangun dan berjalan ke arah Eun Ji tanpa disuruh. "Sekarang, aku nak kau..."belum sempat Hongki menghabiskan kata-katanya, L telah mengucup dahi Eun Ji yang sedang enak tidur. "L...!!" Mereka semua terkejut dengan tindakan L sebentar tadi.

T.B.C.

Truth Or Dare (C)Where stories live. Discover now