"Woah~ sejak bila kau suka kat dia?" Soal Bomi teruja. L hanya tersenyum dan menimbulkan tanda tanya pada rakannya. Dia kembali duduk di kerusinya semula. "Aku dah agak dah. Kau memang suka kat dia sejak masa dia masuk sekolah hari tu." Chunji menepuk bahu L.
"Macam mana kau tahu?" soal L. "Aku tengok dari cara kau pandang dia pun, aku dah dapat tangkap. Kau layan dia tak sama macam kau layan perempuan lain." jawab Chunji. "Ok, sekarang giliran Bomi. Truth or dare?" Soal Hongki. "Truth lah." Jawab Bomi. "Chunji dan Ren, yang mana satu kau suka?" Soal Hongki. "Apa ni, Hongki..." selit Chunji sedikit tidak selesa dengan soalan tersebut.
"Game ni ikut rule aku. Suka hati aku lah. Lagipun, soalan tu tak susah pun." Jawab Hongki. "Dua-dua aku suka." Tiba-tiba Bomi menjawab. "Maksud kau?" Soal Hongki. "Dorang kan kawan aku. Mestilah aku suka dorang. Aku selesa kawan ngan dorang." Jawab Bomi. "Wow! Nice answer. Tapi aku sedikit kecewa sebab aku dah lama nak tahu kau sebenarnya suka kat siapa antara dorang berdua yang masing-masing suka kat kau." Ujar Hongki.
"Hongki..." Chanyeol memberi isyarat kepada Hongki untuk berhenti. "Ok, Ok, aku tak cakap. Tapi aku nak tanya. Kau pilih truth or dare?" Soal Hongki pada Ren. "Truth je." Jawab Ren. "Tell us about your fiancee." Soal Hongki mendadak. "What! Mana kau tahu ni?" Soal Ren terkejut. Mereka semua turut terkejut kerana Ren suka berahsia. "Kalau kau tak nak beritahu, biar aku yang beritahu." Jawab Hongki. "Ok, fine! Aku beritahu." Ujar Ren. Hongki tersenyum kerana ugutannya berkesan.
"Sorry Zelo." Ren tiba-tiba meminta maaf pada Zelo sebelum menyambung kata-katanya. "Kenapa?" Soal Zelo pelik. "Lizzy tunang aku. Tapi aku tak suka kat dia. Parents kitaorang yang aturkan semua ni. Sorry." Lagi sekali Ren minta maaf untuk mengurangkan kemarahan Zelo. "It's ok, mungkin... Lizzy bukan cinta aku." Zelo hanya pasrah. "Sorry Zelo-ya, kalau dari awal aku tahu kau suka dia, aku tak kan dengar cakap appa aku. Sorry..." Zelo tidak mampu melakukan apa-apa.T.B.C.
