Tiba-tiba satu suara memanggilnya dengan perlahan. Lantas Chunji berpaling ke arah suara yang datang dari pintu bilik. Dia mendekati pintu itu lalu mengintai di ruang sebalik pintu yang tidak tertutup rapat. Dia sungguh terkejut kerana terlihat 3 orang sammseng tadi sedang berkeliaran di dalam rumah tersebut, dengan penuh cemas dia menelefon rakannya.
OTP
"Hello, Chunji. Dah mengalah ke?" Suara Chanyeol di hujung talian.
"Cepat keluar dari bilik tu! Samseng-samseng tadi ada kat dalam rumah ni." Panggilan segera dimatikan.
End OTP
"Chanyeol? Asal kau diam. Chunji tengah buat apa?" Soal Ren pada Chanyeol yang baru mematikan panggilan. "Korang semua. Kita kena keluar dari situ cepat." Arah Chanyeol cemas.
"Kenapa ni? Cuba cakap sikit." Soal Zelo. "Samseng tadi. Diorang dah ada kat dalam rumah ni! Kita kena cepat keluar sekarang." Mendengar kata-kata Chanyeol, mereka semua panik. L segera membangunkan Eun Ji.
"Eun Ji-ya. Bangun Eun Ji." Eun Ji bangun dengan muka pucat dan mata yang berat untuk dibuka.
"Eun Ji-ya. Kenapa ni? Kau ok tak?" Soal L cemas. "Zelo, angkat beg Eun Ji. Aku rasa dia demam ni. Badan dia panas." L memimpin tangan Eun Ji. Mereka semua mengekori Chanyeol dari belakang namun terpaksa berpatah balik untuk mencari pintu keluar yang lain kerana pintu utama telah disekat. Tiba-tiba mereka terserempak dengan Chunji. Bomi menjerit akibat terkejut. Dengan pantas Chunji menekup mulut Bomi. Suara Bomi telah didengari oleh samseng tadi. Mereka dikejar lalu terpisah dan berlari ke arah berlainan akibat terlalu panik. L, Chanyeol, Hongki dan Eun Ji telah terpisah dengan yang lain. Mereka bersembunyi di sebuah bilik kecil setelah berlari meninggalkan samseng tadi.
"Eun Ji-ya. Rehat dulu. Kau demam ni." L memimpin Eun Ji duduk di kerusi di bilik tersebut. "Tak apa. Sikit je." Eun Ji terduduk lemah di kerusi.
"Hongki, kau kena tolong kitaorang keluar dari rumah ni. Kau sorang je yang tahu selok-belok rumah agam ni." Pinta Chanyeol. "Kita kena cari diorang dulu." Sambungnya lagi.
"Ok. Jom kita gerak sekarang." Eun Ji bangun lalu mengambil beg galasnya dari Chanyeol. "Eun Ji-ya, tak apa ke ni?" Soal L risau dengan keadaan Eun Ji. "Tak apa. Pening sikit je. Tak payah risau lah." Eun Ji menapak ke arah pintu diekori mereka bertiga.T.B.C.
