"Kau rasa, dia dapat tak ambil gambar samseng tadi?" Soal Zelo memecah kesunyian. Mereka masih menunggu Chanyeol sejak tadi. "Kalau dia gentlemen, mesti dapat punya. Bukan susah pun." Jawab Ren selamba.
Tiba-tiba pintu diketuk. Zelo segera membukannya. Chanyeol terus meluru masuk dan menuju ke arah Hongki lalu menghulurkan telefon bimbitnya.
"Nah, ambil ni. Bukan susah pun cabaran kau ni. Siap dapat ambil side profile lagi." Lagak Chanyeol. "Siapa kata susah." Ujar Hongki lalu menghulurkan kembali telefon Chanyeol setelah melihat buktinya.
"Tidak dinafikan lagi. Kau memang berani. Esok aku belanja ais krim... guna duit kau." Usik Chunji. "Kurang asam punya budak..." Hongki segera menamatkan perang dunia diorang berdua. "Dah. Dah. Sekarang giliran yang terakhir, iaitu Chunji." Hongki memandang ke arah Chunji.
"Aku pun nak dare juga. Tak nak aku kalah dengan Chanyeol ni." Ujar Chunji. "Baiklah, kau kena nyalakan semua lilin yang ada kat dalam rumah ni. Senang kan?" Hongki menghulurkan sekotak mancis kepada Chunji.
"Er... senang. Lilin eyh? Ba... baiklah. Aku pergi. Aku pergi ni." Baik Chunji mahupun Chanyeol. Mereka berdua hanya berpura-pura berani sedangkan di hati penuh dengan ketakutan. "Jumpa nanti." Ucap Chunji pada rakannya sebelum menutup pintu dan mula mengatur langkah.
Chunji menuju ke arah sebuah bilik kecil yang sudah terbuka pintunya. Kelihatan sebuah beranda di hujung bilik tersebut yang tersusun kemas perabotnya. Hanya sarang labah-labah serta habuk yang telah memenuhi ruang tersebut. Chunji mendekati meja di sisi katil yang terletaknya sebuah album lama. Chunji melabuhkan punggungnya di atas katil lalu meniup habuk di muka depan sebelum membukanya. Hanya beberapa keping gambar lama yang disimpan. Tiba-tiba, Chunji teringat akan cerita yang diberitahu oleh Hongki mengenai rumah agam ini. Mengenai sepasang suami isteri.
Satu-persatu muka surat diselaknya. Tangannya berhenti di atas gambar seorang perempuan yang sedang menggendong seorang bayi. Di belakang perempuan itu, berdirinya seorang lelaki. Terasa seperti cerita Hongki ada benarnya. Selama beberapa minit Chunji telah meneroka setiap sudut bilik tersebut, sehingga terlupa tujuannya. Tiba-tiba...T.B.C.
