“Apa tunggu lagi. Cepat lah cerita!" Eun Ji melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi di situ setelah menyalakan lilin yang berada di tengah-tengah meja. Cahaya lilin itu telah menerangi seluruh ruang di dalam bilik tersebut.
“Lagi sekali, ayah Bomi nak jual dia kat orang jahat." Jelas Chunji meringkaskan cerita.
“Orang jahat? Yang kejar kita tadi tu?" Soal Chanyeol. “Begitulah nampaknya." Ujar Chunji yang sedang mengunyah gula-gula getah dari tadi. “Hongki, ni rumah kau ke?" Soal Eun Ji memecah kesunyian. “Baru masa ni... memang rumah ni aku punya," ujar Hongki. “Korang nak dengar cerita pasal rumah ni tak?" Sambungnya lagi. Mereka semua hanya memberi isyarat dengan menganggukkan kepala masing-masing.
“10 tahun yang lalu, ada sepasang suami isteri bina rumah agam ni. Diorang dah kahwin selama lima tahun, tapi tak memperoleh seorang anak pun. Beberapa bulan kemudian, isteri laki tu disahkan mengandung. Hidup mereka bertambah ceria selepas anak tersebut lahir. Pada suatu malam, isteri laki tu terjaga dari tidur dan mendapati anak dia hilang. Masa tu, budak tu baru berusia 5 bulan. Mereka berdua telah berusaha mencari anak mereka. Dari berganti hari, mereka masih tidak menemui anak mereka yang hilang. Tidak lama selepas kejadian tu, si suami telah meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Disebabkan tidak dapat menerima hakikat, si isteri telah menghilang serta anak dia masih tidak dapat dikesan. Ada khabar angin mengatakan si isteri tersebut telah membunuh diri dan rohnya masih berkeliaran di dalam rumah agam ni. Siapa saja yang memasuki rumah ini, pasti takkan dapat cari jalan keluar. Mulai dari hari itu, rumah ini telah ditutup. Tiada lagi kisah mengenai rumah ini..." cerita Hongki telah menaikkan bulu roma setiap rakannya di situ.
“Habis tu, kenapa kau cakap ni rumah kau?" Soal Chanyeol. “Ayah aku tak nak aku duduk asrama, so dia belikan rumah ni untuk aku. Tapi aku lagi suka duduk dengan mak cik aku."
“Kenapa kau tak tinggal sini je?" Soalan kerap kali saat Hongki menghabiskan ceritanya. Kali ini dia ditanya oleh Ren. “Rumah ni besar sangat, baik aku duduk ngan mak cik aku. Tak payah nak kemas rumah selalu." Mereka semua tergelak kecil di hujung cerita.
“Korang tak takut ke?" Soalan Hongki telah menghentikan tawa mereka semua. Dalam keadaan yang sunyi, mereka hanya mampu memandang sesama mereka. Tiba-tiba...T.B.C.
