"Omma harus pergi. Jangan lupakan omma ya." pelukan dileraikan sebelum wanita itu keluar dari jasad Eun Ji. Eun Ji yang rebah disambut oleh L. Chunji memegang bahu Bomi dari belakang. Gadis itu berpaling memandang Chunji. Air matanya mengalir deras.
"Chunji... " Bomi memeluk Chunji. "Mana kau tahu yang tadi tu mak Bomi?" soal Ren.
"Ni. Aku ambil kat bilik tadi." Chunji menghulurkan sekeping gambar dan sekeping keratan akhbar lama.
"Gambar ni. Bukan ke perempuan yang kita jumpa tadi tu?" Chunji menganggukkan kepalanya.
"Dah, jom keluar dari sini. Tinggalkan je samseng ni." L bangun dan memapah Eun Ji berjalan. Zelo menggalas beg Eun Ji. Chunji memimpin tangan Bomj lalu berjalan mengekori Chanyeol dan yang lain.
"Diorang dah keluar." jerit seorang lelaki saat mereka melangkah keluar dari rumah agam tersebut. Kelihatan beberapa penduduk tempatan berkumpul di depan pagar. Terdapat juga kereta polis dan ambulan.
"Sila duduk di sini." seorang jururawat mengarahkan L membawa Eun Ji kepadanya untuk diberi rawatan.
"Parah luka ni. Sepatutnya dia tak sedarkan diri sekarang ni. Kuatnya stamina kawan awak ni." ujar jururawat tersebut sambil membalut luka di kepala Eun Ji. Mereka semua berdiri di hadapan Eun Ji.
"Mana Hongki?" Eun Ji menyoal setelah melihat tiada kelibat Hongki dihadapannya. "Dia terus balik tadi. Katanya ada hal." jawab Zelo.T.B.C.
