Bab 1

23.5K 259 5
                                    

ARIANA menghela nafas berat. Cermin kereta diturunkan kemudian matanya meliar melihat bangunan yang berdiri gah dihadapannya. Perlahan badannya bersandar di kerusi keretanya. Hela nafas dilepas perlahan.

Relax Ana relax. Hatinya bergumam sendiri sambil tangannya mengusap perlahan dadanya.

Cermin kereta pantas ditutup. Radio dimatikan. Diikuti enjin keretanya. Ariana melangkah keluar dari perut Myvi kuningnya. Butang kunci ditekan. Nafas dihela kuat melalui mulut nya seakan memberi semangat untuk dirinya. Langkah disusun menuju ke pejabat guru. Matanya sempat menangkap papan tanda Elk Valley High School itu.

---------------
"Okay miss Ariana, ni kerani sekolah kita, Kak Sarah." kata pengetua sekolah Elk Valley High School, Puan Marliana. "And Sarah, tolong briefing Ariana ya?" sambung Pn. Marliana melontar soalan kpd Sarah.

Sarah hanya tersenyum sambil mengangguk kecil lalu menggamit Ariana untuk mengikutinya. Ariana terus berlalu membontoti langkah Sarah selepas mengucapkan terima kasih kepada Pn. Marliana.

"Ariana ya?"
"A'ah kak. Saya Ariana. Ariana Zahrin" jawab Ariana sambil tersenyum seikhlasnya. Namun debar dihatinya hanya dia seorang je yang tahu. Hampir terkeluar jantung akibat debaran yang dirasa.

Sarah membalas senyum. "Okay. Ini jadual untuk awak. Sebelum saya bawa awak pusing satu sekolah ni, jom saya tunjukkan awak meja dan kenalkan awak pada cikgu-cikgu kat sini."

Arina menyambut kertas yang dihulur Sarah. Lalu langkahnya dibuka mengikut langkah kerani sekolah itu menuju ke bilik guru yang terletak di tingkat satu. Hanya terdapat dua orang guru sahaja ketika kaki nya melangkah masuk ke dalam bilik guru itu. Mungkin cikgu yang lain ada kelas ataupun sedang bersarapan di kantin.

"Haaa kak. Sape ni? Cikgu baru ke?" sapa seorang guru yg berkaca mata dan mempunyai tahi lalat kecik dibawah matanya.

"A'ah cikgu baru. Cikgu Ariana. Ganti si Su tu" balas Sarah

Ariana terus menyambut salam yang dihulur oleh wanita berkaca mata itu. "Saya Ariana. Panggil Ana je"

"Akak Kak Harlina. Panggil Kak Lina je" balasnya mesra. Ariana menghulur senyum menyambut perkenalan itu.

"Ana ni umur berapa? Mcm muda je." tanya Kak Lina
"23 kak"
"Ouhh muda lagi. Rasanya cikgu paling muda dalam sekolah ni. Betul tak kak?" Kak Lina mengaju soalan pada Sarah.

"A'ah betul lah tu. Haaa Kak Wati, ni kenal kan cikgu baru. Cikgu Ana" kata Sarah menggamit seorang wanita yang menuju kearah mereka bertiga.
"Cikgu baru? Cikgu gantikan Su ke? Waaa mudanya. Boleh ke nak handle kelas 6 Ixora tu?" tanya wanita yang dipanggil Kak Wati itu.

Berkerut dahi Ariana. Kenapa?
"In shaa Allah boleh. Ana jangan takut ya? Kalau ada pape, minta tolong je pada kami okay?"

Bertambah kerut yang naik didahi Ariana. Melihat wajahnya yang berkerut itu, Sarah tertawa kecil. "Haha. Tak ada ape lah Ana. Dah jom akak bawa Ana pusing satu sekolah"

---------------
Ariana dibawa mengelilingi satu kawasan sekolah. Makmal sains, makmal komputer, perpustakaan, bilik suka, dan segala bilik yang ada ditunjuki untuk kemudahannya nanti.

Sesampai nya dia dikelas yang hujung pada tingkat 3 itu, Ariana terdengar siulan nakal yang keluar dari kelas itu. Ariana mengalih pandang ke kelas itu. Ada cikgu yang mengajar dihadapan kelas. Kelas itu sangat bising. Seperti tanyangan sarkas. Ade yang menjerit, ada yang menyanyi, ada yang membaling gumpalan kertas keserata kelas. Perlahan kepala nya menggeleng. Seperti yang diberitahu Sarah sebentar tadi, tingkat ini adalah untuk pelajar tingkatan 6 atas. Cuma ade 4 kelas sahaja ditingkat ini. Dianthus, Aster, Peony dan Ixora. Pantas kepalanya didongakkan ke atas pintu kelas itu.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now