Bab 11

7.7K 238 8
                                    

ARIANA melangkah menuruni tangga. Tangannya sibuk mencari kunci kereta di dalam tas tangannya. Ishh mana ni...ahaaa dapat pun!

Lantas langkahnya dibesarkan menuju ke arah kereta kuningnya. Jam ditangan dikerling. 3.16 petang. Waktu persekolahan telah tamat lebih sejam yang lalu. Dia pulang lambat pada harini kerana ada short meeting mengenai hari guru yang bakal diadakan pada 16 mei nanti.

Ariana memandang sekilas kesekeliling sekolah. Sunyi. Hanya ada beberapa guru lagi yang masih belum pulang. Termasuk dirinya. Nafasnya dihela perlahan. Terasa penat tubuh badannya.

"miss Ariana.... Tak balik lagi?"

Ariana berpaling. "Ehh abang Hamid. Hmm nak balik lah ni. Ada short meeting tadi"jawab Ariana sambil tersenyum seadanya.

Hamid yang berkerja sebagai pengawal keselamatan disekolah itu mengangguk. "Ramai lagi ke cikgu yang ada kat atas tu?" soal Hamid.

"Ada beberapa orang lagi. Kenapa? Abang Hamid nak kunci tangga dah ke?"

Hamid ketawa kecil. "Tak ada lah. Kalau ada orang lagi, abang Hamid tak kunci lagi lah"

Ariana tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan. "Tak apa lah abang Hamid, saya balik dulu eh?"

"Haaa okay. Hati hati"pesan Hamid sebelum Ariana meneruskan langkah menuju ke keretanya.

Ehhh?!

Langkah Ariana mati. Dahinya berkerut melihat seorang lelaki yang sedang menyandar pada keretanya. Beruniform sekolah. Kepalanya menunduk memandang telefon yang berada ditangannya. Earphone tersumbat di dalam telinga.

Adam?!

Adam mengangkat wajah apabila terpandang kasut yang terhenti langkahnya. Terus senyuman diberi apabila wajah Ariana kelihatan. Adam berdiri tegak. Tidak lagi bersandar pada kereta Ariana.

"Adam...."

Adam mengangkat kening. Earphone ditelinga ditarik.

"Awak buat apa kat sini? Kenapa tak balik lagi?"soal Ariana

"Tunggu awak"

"Tunggu saya?"

Adam mengangguk.

"Kenapa tunggu saya? Awak ada masalah ke?"

Adam merenung kedalam mata Ariana. Perlahan nafasnya dilepaskan. "Saya rasa awak ada benda nak cakapkan pada saya kan? Ke tak?"

Berkerut dahi Ariana. Sekejap.

"Ehhh jap ... Haaa awak!!"

Memang ada seperkara yang dia perlu berbincang dengan lelaki yang sedang berdiri dihadapannya kini. Satu perkara. Banyak soalan. Dan semestinya menuntut banyak jawapan dari lelaki itu.

"Ya saya?"

Ariana terdiam. Jam dikerling. 3.38 petang. Pantas punat kunci keretanya ditekan. Ariana mengatur langkah menghampiri Adam yang sedang berdiri di hadapan pintu keretanya.

"Masuk. Saya ada perhitungan yang perlu saya buat dengan awak"kata Ariana perlahan. Tegas.

---------------

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now