Bab 17

8K 310 12
                                    

ARIANA merebahkan tubuhnya diatas katil. Nafasnya dilepas kuat. Lantas matanya dipejam rapat. Arghhh! Gila ke apa? Entah entah aku salah dengar kot?; desisnya. Kakinya dihentak beberapa kali.

Ariana mengiring. Patung beruang yang berada disebelahnya diambil. Dipeluk erat. Perlahan Ariana membuka kembali matanya. Memandang kosong tepat ke dinding biliknya.

"Saya sukakan awak Ariana"

Arghh! Tak tak! Serious aku salah dengar. Tak kan lah budak tu confess kat aku kot? Tiba-tiba? What the...

Langsung tak masuk dek akal. Terus Ariana baring terlentang. Siling biliknya dipandang. Teringat luahan Adam padanya tengahari tadi. Namun Ariana hanya membuat tidak tahu. Seperti tidak dengar apa yang diucapkan Adam. Walaupun hampir tidak kedengaran, namun telinga Ariana dapat menangkap setiap patah yang diucap. Setiap patah.

Teringat riak wajah Adam yang bersahaja memandangnya. Panas terasa mukanya. Malu! Huhhh!! Nafas dilepas kasar buat kesekian kalinya. Matanya dipejam rapat. Mukanya diraup beberapa kali. Berharap apa yang dia dengari siang tadi hanyalah khayalannya sahaja. Hanya mimpi.

---------------

"Kau ni kenapa Adam? Aku tengok lain macam je malam ni?"

Adam mengangkat muka. Botol air ditangannya ditutup. Air didalam mulut ditelan. Lega. Sedikit sebanyak hilang lelahnya.

"Asal?"tanya Ashriq tidak mengerti.

Adam mengangkat bahu. Tanda juga tidak faham apa yang ditanya Nafiz. Peluh yang meniti didahinya dikesat.

"Aku tengok kau macam berkhayal je. Kejap kejap mengelamun. Kejap kejap tersengih. Kau dah kenapa?"tanya Nafiz. Jujur.

"Bila masa pulak aku berkhayal?"tanya Adam. Jelas kerutan didahinya.

"A'ah lah weh. Malam ni pun kau tak perform macam selalu. Selalu elok je kau shoot bola. Malam ni asyik miss je. Kau ada masalah ke?"tanya Ashriq. Menyokong Nafiz. Dia juga sedar akan kelainan Adam pada malam ini.

"Mengarut apa korang ni. Aku okay je lah. Bukan tiap masa pun aku shoot terus masuk"tingkah Adam. Bola keranjang berwarna oren ditangannya dipusingkan.

"Ishh! Memang lah. Tapi kalau kau ada masalah, kau boleh je share dengan kitorang"ujar Nafiz. Kepalanya digeleng perlahan memandang Adam yang duduk bertentangan dengannya.

"Tak ada lah. Aku okay je"jawab Adam mendatar. Matanya tepat memandang gelanggang bola keranjang yang kosong itu.

Teringat wajah Ariana siang tadi. Adam tahu Ariana dengar. Wajah Ariana yang memerah selepas Adam membuat pengakuan berani matinya jelas menunjukkan Ariana dengar dengan apa yang dituturnya.

Adam tersengih. Kepalanya digeleng perlahan. Dia pun masih tidak percaya dengan apa yang dia luahkan tengahari tadi. Malah, Adam sendiri tidak pasti apa yang dirasakan. Tidak pasti tentang gelodak perasaannya. Apa yang keluar dari mulutnya langsung tak terlintas dibenaknya. Diucapkan tanpa sedar. Lantas senyuman terukir dibibir Adam.

"Kau tengok! Kau tengok!"

Suara Nafiz yang agak tinggi menyentak lamunan Adam. Nafiz yang berdiri dihadapannya dipandang. "Kau dah kenapa?"tanya Adam. Agak keras.

"Weh kau dah apahal? Tersengih sengih macam ni? Seram doe!"sambut Ashriq kemudiannya. Kedua lengannya digosok. Berdiri bulu romanya melihat Adam yang tersengih tiba-tiba.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now