Bab 18

8.8K 272 37
                                    

ARIANA melangkah menaiki tangga. Menuju ke perpustakaan yang terletak ditingkat 3. Sengaja Ariana memilih untuk duduk diperpusatakaan kerana sebentar lagi dia ada kelas di kelas 4 petunia yang terletak ditingkat 2.

Ariana melangkah masuk kedalam perpustakaan. Kosong. Hanya ada seorang pengawas bertugas dikaunter buku. Meja yang terlindung disebalik rak buku dituju. Buku dan beg tangannya diletak diatas meja sebelum melabuhkan punggungnya.

Kertas jawapan Ujian Kilat dibuka. Pen merah dikeluarkan. Satu persatu kertas ujian itu ditanda. Ujian Kilat yang dibuat oleh Ariana sendiri untuk menguji pemahaman dan pengusaan pelajarnya didalam topik tertentu. Laju sahaja pen merah ditangannya berlari diatas kertas.

Bunyi kerusi yang ditarik dihadapannya menganggu konsentrasi Ariana. Pantas Ariana mengangkat kepala. Adam Qaid. Berkerut dahi Ariana memandang Adam yang selamba melabuhkan punggung dihadapannya.

"Ehh budak! Awak tak ada kelas ke?"jam ditangan dipandang. 9.06 pagi. Pukul 11 nanti waktu P&P Ariana dikelas 4 Petunia.

"Tak ada"jawab Adam perlahan. Wajah Ariana dipandang.

"Tak ada? Awak ni biar betul..."ujar Ariana lalu menanggalkan kaca matanya. Wajah Adam direnung dalam. Lalu buku notanya ditarik dan dibuka. Mencari jadual kelas 6 Ixora. Perlahan jarinya dilarikan diatas jadual itu.

"Business Accounting. Haaa ni awak ada kelas pagi ni. 8 hingga 10"kata Ariana. Matanya tepat memandang Adam yang masih memandangnya.

"Memang lah ada kelas tapi madam tak masuk pun"jawab Adam perlahan. Perlahan kepalanya direbahkan diatas meja. Lengannya dibuat alas kepala.

Berkerut dahi Ariana. Madam Asilah yang mengajar subjek akaun perniagaan bagi kelas 6 Ixora. A'ah lah! Kak Ilah tak datang harini! Tapi .. tak kan tak ada cikgu yang relief kelas tu kot?

"Tak ada cikgu yang relief ke?"tanya Ariana kemudiannya.

"Tak ada"jawab Adam sepatah.

Ariana melepaskan nafas. Adam dihadapannya dipandang. "Dahtu yang awak datang library ni kenapa? Nanti pukul 10 ada kelas lagi"tanya Ariana. Masih tidak berpuas hati.

Adam mengangkat kepalanya. Matanya tepat terarah pada Ariana. Senyuman kecil terhias dibibirnya. "Saya nampak awak masuk library tadi. Tu yang saya datang sini"jawab Adam senang hati.

Ariana termangu. Tidak mengerti. Wajah Adam yang tenang merenungnya dipandang sekilas. "Hmm ikut awak lah. Pukul 10 nanti masuk kelas, tau?"kata Ariana. Ada tegas dalam suaranya.

Adam mencemik. "Hmmm tengok lah macam mana."jawab Adam selamba.

Ariana mencebik sebelum memandang Adam sekilas lalu kembali fokus pada kertas jawapan dihadapannya. Perlahan tangannya kembali berlari diatas kertas. Menanda kertas jawapan pelajarnya.

Adam kembali merebahkan kepalanya. Perlahan matanya ditutup. Suasana yang sunyi itu membuatkannya terlelap dengan pantas. Ariana ralit menanda kertas jawapan. Sesekali Adam yang tidur dihadapannya dipandang sekilas. Nyenyak betul tidur!

Adam mengangkat kepala apabila terasa lenguh tengkuknya. Perlahan matanya berkelip memandang Ariana yang seperti tenggelam dalam kerjanya. Tidak menyedari Adam yang sedang merenungnya dalam. Adam menongkat dagunya. Wajah mulus Ariana diteroka.

"Ariana..."

Ariana tersentak. Tangannya terhenti. Pantas Ariana memanggung kepala. Ahh lupa pulak ada budak ni kat sini;bisik hatinya. "Hmmm?"

Adam tersenyum kecil. Lalu menggeleng perlahan. Wajah polos Ariana dipandang tepat. Ariana memandang jam ditangan. 9.48 pagi.

"Hmm nak pukul 10 ni. Awak pergi lah masuk kelas..."ujar Ariana perlahan.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now