Bab 16

7K 273 20
                                    

Ariana memandu perlahan menghampiri pondok pengawal. Tingkap keretanya diturunkan. Keretanya diberhentikan. Dari jauh kelihatan seorang pengawal yang mengangkat tangan ke arahnya. Ariana turut mengangkat tangan, membalas sambil tersenyum. Batang penghadang diangkat lalu Ariana memandu masuk kekawasan elit itu.

"Assalamualaikum" kata Ariana sambil melangkah masuk.

Salamnya di sambut oleh Yanti yang membukakan pintu untuknya.

"Duduk lah cik Ariana. Nanti Adam turun. Saya nak ke dapur buatkan air jap"kata Yanti mesra

Ariana mengerling jam ditangan. 9.40 pagi. Harini dia awal. Sengaja Ariana bergerak awal dari rumah untuk mengelak dari kesesakan lalulintas. Ntah dah bangun ke belum budak tu; bisik hati Ariana.

"Nak ikut akak pergi dapur boleh? Saya bosan lah duduk sini sorang sorang"ujar Ariana sambil tersengih lebar.

Nak ajak Yanti duduk bersembang dengannya diruang tamu ini adalah mustahil. Tidak pernah Ariana melihat pembantu-pembantu di rumah ni duduk berehat, ada sahaja kerja yang mereka lakukan.

"Ehh tapi kat dapur tu kotor cik Ariana"kata Yanti serba salah. Masakan dia ingin membawa tetamu anak majikannya itu duduk melepak didapur.

Ariana tersenyum manis. Terserlah lesung pipit dipipi kanannya. Langkah Yanti diikuti menuju ke dapur. Ariana duduk di kaunter dapur. Air fresh orange yang dihidang Yanti sebentar tadi diminum sikit. Yanti sedang sibuk menyediakan bahan untuk masakan tengahari nanti.

"Ehh Ariana! Kenapa duduk kat dapur ni?"

Ariana berpaling. Memandang Datin Sakinah yang melangkah masuk ke ruang dapur. Pantas Ariana bangun dari duduknya dan menyalami tangan Datin Sakinah.

"Saja auntie. Bosan duduk kat depan tu sorang sorang."jawab Ariana sambil tersenyum.

Datin Sakinah membalas senyum sambil mengangguk. "Adam tak turun lagi ke Yanti?"

"Belum lagi puan"jawab Yanti.

Datin Sakinah mengangguk perlahan. Wajah Ariana dipandang. "Ariana dah sarapan? Jom kita sarapan"ujar Datin Sakinah. Tangan Ariana digamit.

Ariana tersenyum. Sebenarnya Ariana sudah bersarapan mee goreng dirumahnya terlebih dahulu sebelum bergerak ke rumah agam ini. Namun langkah Datin Sakinah diikuti juga. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari iya dok?; bisik hatinya.

"Yanti, awak panggil Adam turun ya."arah Datin sakinah sebelum berlalu ke ruang makan.

"Duduk Ariana. Jemputlah makan. Ambil je apa yang Ana nak makan ya?"pelawa Datin Sakinah.

Ariana mengangguk lalu melabuhkan punggung disebelah Datin Ariana. Dua keping roti dan sedikit kari daging diambil. Datin Sakinah pula mencedok nasi goreng kedalam pinggannya.

"Makan tu je Ariana? Cukup ke?"tanya Datin Sakinah

Ariana mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil. "Cukup je auntie".

"Morning mummy"

Ariana berpaling. Adam.

"Err .. Morning awak"ucap Adam apabila terpandang Ariana yang berada di ruang makan itu.

Ariana mencebik tanpa bunyi. Adam yang melangkah ke kerusi bertentangan dengannya dipandang. Dijeling Adam yang memandangnya sekilas. Boleh pulak kau tegur aku kan budak! Kat sekolah buat menyombong!

"Kenapa tak bersihkan badan dulu sebelum breakfast? Berpeluh peluh tu"getus Datin Sakinah.

Adam tersengih. Badannya sedikit berpeluh selepas melakukan beberapa work out di bilik gym nya. "Lapar"jawabnya sepatah sambil menggosok perutnya.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now