Bab 20

4.9K 254 17
                                    

ARIANA melangkah masuk ke dalam bilik guru sambil membawa segelas nescafe panas. Jam didinding dikerling, 7.38 pagi. Masih awal lagi dan kelibat Linda masih tidak kelihatan.

Ariana pantas membuka buka notanya sebaik melabuhkan punggungnya. Beberapa catatan ditulis. Ujian II bakal diadakan pada minggu hadapan. Dan telah bermula minggu yang sibuk bagi para guru untuk menghabiskan silibus serta ada guru yang membuat kelas tambahan.

Tidak terkecuali bagi Ariana yang juga terpaksa membuat satu kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 2 yang diajarnya memandangkan ada penambahan topik yang akan dimasukkan didalam Ujian II nanti.

"Morning Ana! Awal harini?"sapa Linda yang manis berbaju kurung biru gelap.

Ariana melemparkan senyum. "Morning Lin. A'ah, harini Ana awal sikit"jawab Ariana sambil tersengih.

Linda ketawa kecil. Harini dia agak lewat kerana dia berhenti singgah beli kuih dihadapan sekolah sebentar tadi.

"Breakfast dah?"

"Dah"jawab Ariana ringkas. Air nescafe yang telah menjadi suam dihirup perlahan.

Buku notanya ditutup. Buku teks matematik II yang tersusun kemas diatas mejanya ditarik. Ehhh?

Morning sunshine ☀️

Sticky note berwarna ungu cair yang melekat dibuku teksnya ditarik perlahan. Siapa pula tampal ni?; soal Ariana sendiri. Dahinya sudah berkerut seribu.

Pantas Ariana berpusing memandang kearah Linda. Namun Linda tekun memandang skrin komputer ribanya sambil tangan kanannya memegang sebiji karipap yang sudah separuh dimakan. Lin ke?

Pantas otak Ariana menyangkal. Bukan Linda orangnya sebab dia yang sampai dahulu sebelum Linda. Kerutan didahi Ariana bertambah lapis.

"Kenapa Ana?"tegur Linda sebaik terperasankan Ariana yang seperti keras diduduknya.

Ariana menunjukkan kertas kecil ditangannya. Linda membaca tulisan tangan yang tertulis dikertas itu. Perlahan kerutan terlukis didahinya.

"Secret admirer bagi ke?"tanya Linda ingin tahu lalu dia tersengih seperti kerang busuk.

Ariana mencebik bisu sambil mengangkat kedua bahunya. Dia pun tidak tahu. Sungguh dia tidak suka akan kejutan seperti ni. Samada dia dipermainkan atau memang ada peminat misteri yang bagi.

Linda mengekek ketawa melihat reaksi Ariana. Matanya tertancap pada wajah bingung Ariana sebelum meliar memandang kesekeliling bilik guru itu. Hampir kosong bilik guru ketika itu. Hanya ada beberapa orang sahaja. Memandangkan waktu kelas sudah hampir bermula. Lantas matanya dilabuhkan pada wajah seseorang yang dari jauh tersenyum ke arahnya.

"Ana..."panggil Linda perlahan.

"Hmmm?"

"Entah entah sir Iqbal yang bagi kot?"telah Linda perlahan.

"Huhh? Kenapa Lin cakap camtu?"tanya Ariana bingung.

"Tengok tu...."ujar Linda sambil memuncungkan bibirnya kedepan. Ariana berpusing. Wajah Iqbal yang tersenyum lebar dimejanya dipandang. Sebelah tangannya diangkat seakan menyapa Ariana. Ehh?

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now