Bab 21

5K 238 30
                                    

ARIANA membelek sehelai dress labuh yang bercorak bunga bunga kecil berwarna merah jambu dan bertanahkan biru gelap. Lalu tangannya mencapai pula sehelai blouse berlengan panjang dan berjalan menuju pada pekerja yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

"Hmm yang dua ni saiz S ada tak?"tanya Ariana sambil menghulurkan baju ditangannya.

"Ada ada. Nanti saya pergi ambilkan ya"ujar gadis bertubuh genit itu sebaik sahaja melihat tag yang terdapat pada baju baju itu.

"Okay. Thanks ya"ujar Ariana sebelum gadis itu berlalu pergi.

Ariana menunggu seketika. Telefon bimbitnya dicapai. Ada satu mesej diterima. Dari Qayyum. Dia dan Qayyum berpisah sebaik sahaja mereka habis menonton wayang. Qayyum ke kedai Skate Shop manakala Ariana ke butik pakaian.

Qayyum
Ada mana?

Laju Ariana menaip diskrin telefon bimbitnya. Membalas mesej sahabatnya yang mungkin sedang mencarinya ketika ini.

Ariana
Kat Stylo. Kau?

Qayyum
Ok. Otw..

Sebaik membaca pesanan mesej itu, Ariana terus menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar yang dipakai.

"Miss, ni yaa. Miss nak cuba ke?"sapa gadis genit tadi sambil menghulur 2 bungkusan plastik padanya.

Ariana menyambut sambil tersenyum kecil. "Ehh tak tak. Nak bayar terus "

"Okay. Counter kat sana ya miss"ujar gadis itu sambil menunjuk ke arah kaunter pembayaran yang terletak berhampiran pintu masuk kedai

Ariana mengangguk perlahan.

"Anne!"

Ariana yang baru sahaja ingin berlalu ke kaunter, berpaling. Pantas dadanya diusap. Terkejut dia dengan sergahan Qayyum yang entah muncul dari mana.

"Ishh kau ni. Terkejut aku!"tempelak Ariana. Geram.

Jejaka itu hanya tersengih  menampakkan giginya yang cantik tersusun. Ariana mendengus perlahan sambil menggeleng kecil.

"Kau nak buat iklan ubat gigi ke kat sini ke?"tanya Ariana sarkastik.

"Haha. Kau beli ape tu?"tanya Qayyum cuba mengalih topik. Malas melayan bebelan sahabatnya itu.

"Hmm dress je. Kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi bayar"ujar Ariana lalu terus berlalu pergi tanpa menunggu balasan dari sahabatnya itu.

Sebaik sahaja membuat pembayaran, Ariana segera mendapatkan Qayyum yang sedang berdiri di luar butik pakaian itu. Lelaki itu sedang leka memandang skrin telefon bimbitnya

"Dah jom! Kau tak beli pape ke?"tanya Ariana melihatkan tangan Qayyum yang kosong tanpa barang.

Qayyum tersengih. "Tak ada lah. Tak lawa pula tadi aku tengok"komen Qayyum perlahan. Lebih kepada bergumam sendiri.

Ariana menjongketkan keningnya sebelah. Tahu sangat dengan sahabat baiknya itu. Seorang yang sangat memilih.

"Hmm so now kau nak pergi mana?"

Qayyum menggaru dagunya yang ditumbuhi kumis nipis itu. "Hmm aku tak ada. Kau?"

"Tak ada jugak. Dah jom lah balik. Aku lapar ni"ujar Ariana.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now