Bab 12

8.6K 282 10
                                    

"MAMA, Ana pergi dulu yaa!"

Mama yang sedang sedang memotong sayur disinki berpaling. Wajah Ariana yang baru muncul di muka pintu dapur dipandang.

"Nak pergi dah? Tak nak sarapan dulu ke Ana? Baba ada beli nasi lemak. Ada atas meja tu"ujar mama.

Ariana merapati mamanya. Dagunya diletakkan diatas bahu mama. "Tak nak lah maa. Dah janji dah dengan budak tu pukul 10."

"Budak?"

"Ya lah maa. Si Adam tu..."

Mama tersenyum. Dia tahu akan perihal yang satu ini. Ariana ada bercerita padanya. Walaupun pada mulanya Ariana berat hati untuk melakukannya, namun setelah mama memberi nasihat sepatah dua, perlahan anaknya itu mula menerima.

"Pergi lah sarapan dulu. Sempat lagi ni"

"Ana tak nak, biar angah habiskan ma!"

Ariana berpaling. Wajah angah kelihatan. Tersengih memandang mereka. Ariana mencebik. "Makan lah ngah. Bagi gemuk sikit badan tu. Ni macam tiang elektrik bergerak je Ana tengok!"tempelak Ariana. Lalu bergema dapur itu dengan tawanya.

Angah membeliakkan matanya. "Tiang elektrik Ana kata? Ehh punye lah sado angah ni tau!"

"Eeee tengok angah ni maa. Perasan! Sado apanya macam tu. Tulang je Ana tengok! Kan maa kan?"kata Ariana cuba mencari pakatan dengan mamanya.

"E'ehh budak ni!"lantas angah menarik tubuh Ariana. Leher adiknya dipeluk lalu disekeh sekeh kepala Ariana. Perlahan.

"Angah! Rosak lah rambut Ana!"kata Ariana cuba menepis tangan Angah yang menyekeh perlahan kepalanya. Rambutnya diperbetulkan.

Mama ketawa melihat telatah anak-anaknya. Kepalanya menggeleng kecil. "Dah dah! Korang nak gaduh, pergi gaduh kat depan. Gaduh kat dapur ni, nanti satu kerja pun mama tak dapat siap kan!"

Serentak Angah dan Ariana ketawa. Pinggang angah dipeluk. Kepalanya dilentokkan dibahu Angah. "Jom lah angah kita dating kat depan. Nanti mama jelous tengok kita!"kata Ariana lalu ketawa sebelum pergi meninggalkan ruang tamu bersama Angah.

---------------

Jatuh rahang Ariana sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke dalam rumah yang tersergam indah itu. Matanya meliar memandang sekeliling ruang kosong itu sebaik sahaja kakinya melangkah masuk. Hanya terdapat sebuah meja dan pasu besar ditengah ruang itu. Walaupun begitu tetap nampak mewah. Didinding terdapat 4 lukisan di kiri dan kanan.

"Cik Ariana kan?"

Ariana tersentak. Pantas matanya meliar mencari empunya suara. Lantas matanya tertancap pada seorang wanita beruniform kelabu cair yang sedang berdiri, sedang tersenyum kepadanya.

"A'ah saya Ariana"jawab Ariana perlahan. Turut melemparkan senyum.

"Adam tunggu cik tadi. Sekarang dia ada kat atas. Nanti saya bagitahu Adam yang cik dah sampai. Mari cik"gamit wanita itu. Senyum tidak hilang dari bibirnya.

Ariana mengekori langkah wanita itu, menuju ke sebuah ruang yang lain. Sekali lagi rahangnya jatuh. Cantiknya!; bisik hatinya.

Ruang tamu yang berkonsepkan modern contemporary itu sangat memukau pandangan mata. Ruangnya luas, namun tidak sarat dengan pelbagai perabot. Ringkas. Tapi sangat cantik dan tampak mewah.

"Cik duduk dulu ya?"

Ariana mengangguk perlahan. Matanya masih meliar kesekeliling ruang tamu itu. Perlahan punggungnya dilabuhkan.

Tidak lama kemudian wanita yang menyambutnya tadi datang kembali sambil membawa segelas fresh orange lalu pergi meninggalkan Ariana seorang diri.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now