Bab 22

4.7K 227 32
                                    

TERGOPOH gopoh Ariana menaiki tangga menuju ketingkat dua. Hari ini dia lewat tiba disekolah kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Jam sudah pun menunjukkan 7.51pagi sewaktu keretanya dipandu masuk ke kawasan sekolah. Namun begitu, hanya terdapat beberapa buah kereta sahaja yang terparkir disitu. Mungkin dorang stuck dalam jammed kot; andai Ariana sendiri.

Ariana mengibas bajunya yang basah yang terkena hujan. Kepalanya mendongak memandang langit yang gelap kerana hujan turun mencurah curah dengan lebatnya sejak subuh tadi. Ariana melepaskan nafasnya laju. Mengah berlari anak menaiki tangga.

Pantas Ariana duduk dimejanya. Meja Linda masih berkemas elok, menandakan gadis tinggi lampai itu masih belum sampai kesekolah. Rambut Ariana yang ditocang satu dilepaskan lalu mengurai rambutnya yang kebasahan. Haih nasib lah badan. Baru je baik demam haritu, dah kena hujan pulak; ngomel Ariana sendiri.

"Ana nak air?"

Pantas Ariana mengangkat muka. Wajah Sarah yang menyapanya terbias dimatanya. Terus bibirnya mengukir senyum.

"Hmm boleh juga kak"kata Ariana

Sarah mengangguk sekali lalu terus berlalu ke bahagian pantry yang terdapat didalam bilik guru itu.

Ariana membuka komputer ribanya. Jemarinya laju berlari diatas papan kekunci komputernya. Ada beberapa kerja lagi yang belum dia siapkan.

"Nah Ana"tegur Sarah lalu menghulur secawan milo panas.

"Thanks akak!"

Sarah hanya mengangguk perlahan. "Hujan lebat betul. Ni pun ramai lagi cikgu tak sampai lagi"ngomel Sarah perlahan.

"A'ah kak. Jalan jammed teruk tadi. Ana ni pun baru sampai"ujar Ariana lalu menyisip milo panasnya.

"Ana ada kelas tak pagi ni?"tanya Sarah

"Pagi ni tak ada. Pukul 10 nanti ada lah"jawab Ariana.

"Haa by the way, tahniah Ana!"

"Huh? Kenapa kak?"tanya Ariana kehairanan. Dahinya berlapis dengan kerutan.

"Ehh Ana tak tengok lagi ke?"tanya Sarah. Cawan ditangannya dihirup perlahan.

"Tengok apa?"

"Result dah keluar harini. Ana lupa ya?"

"Ya Allah kak! Ana lupa! Patutlah ramai student kat board bawah tu
"kata Ariana lalu meraup mukanya. Rambutnya yang sudah kering diikat kembali.

"Haha. Tak apa lah. Nanti Ana tengok lah ya. Akak nak balik tempat akak. Sekali lagi tahniah"kata Sarah sambil tersenyum lebar. Lalu berlalu pergi dan menghilang dibalik dinding.

Lantas Ariana melarikan tetikusnya membuka portal sekolah sebaik sahaja Sarah hilang dari pandangan mata. Jarinya menaip ID staff dan kata laluan. Dengan dada yang berdebar lantas Ariana klik pada "Keputusan Ujian II". Nama kelasnya dicari dan ditekan dua kali sebaik jumpa '6 Ixora'. Bismillahirrahmanirahim...

Ya Allah! Bulat mata Ariana memandang skrin komputernya. Bergenang air ditubir matanya. Pantas mulutnya ditekup. Terasa seram sejuk tubuhnya. Bibirnya tidak berhenti menguntum senyum. Ya Allah, rasa nak nangis!; jerit Ariana dalam hati lalu dia ketawa sendiri.

Mata Ariana meliar memandang kesekeliling bilik guru itu. Sudah hampir ramai guru yang telah tiba kesekolah. Skrin komputernya dipandang lagi. Senyuman Ariana masih tidak lekang dibibirnya. Mahu saja dia menjerit gembira sekuat hati biar orang tahu kelasnya itu tidaklah teruk mana.

---------------

"Hai miss!"

"Ehh hai. Korang tak ada kelas ke?"tanya Ariana sebaik wajah Khairani, Sabrina dan Nabilah yang menyapanya terbiaa dipandangannya.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now