Bab 25

3K 196 32
                                    

STPM hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar ini gigih belajar sebaik mungkin. Kecuali 6 Ixora.

Ariana mengeluh tanpa sedar. Dalam dia sibuk menjaga dan menanda kertas peperiksaan akhir tahun pelajar menengah rendah, pelajar kelasnya tidak sedikit pun dilupakan. Rasa risau menggamit hatinya.

"Kelas, awak tak risau ke? STPM around the corner. But you guys macam tak kesah je ni?"soal Ariana didepan kelas.

Namun seperti biasa soalannya dibiarkan berlalu tanpa dijawab. Ariana mengeluh perlahan. Wajah pelajarnya dipandang satu persatu. Rata rata pelajar kelasnya tidak lagi berperangai seperti dulu, namun belajar dan buku masih lagi belum berada dalam kamus hidup mereka.

Mata Ariana melabuh pada Adam yang tidur dibelakang kelas. Ni lagi sorang. Haih lah manusia~ Ariana tahu Adam gigih meningkatkan usahanya kebelakangan ini. Jika tidak belajar bersendirian, Adam akan menyertai Ariana dan kumpulan Naim diluar waktu sekolah.

"Hurm. Now self-study eh? Since kita pun dah habis cover semua chapter. Kalau ada pape soalan, boleh tanya saya kat depan"ujar Ariana sebelum melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Senyuman dilemparkan pada enam sekawan yang tidak putus memandang wajahnya sedari tadi.

Habis saja waktu sekolah Ariana memandu tenang keretanya keluar dari perkarangan sekolah. Teringatkan perbualannya dengan Adam beberapa hari yang lepas, Ariana tersenyum sendiri. Perlahan kepalanya menggeleng beberapa kali.

Adam yang memandu tenang disebelahnya dipandang sekilas sebelum matanya dilarikan memandang pemandangan diluar tingkap kereta yang meluncur laju membelah jalan.

Lagu yang bermain diradio langsung tidak menarik hati. Hanya celoteh DJ radio yang mengisi ruang kereta. Kaca mata dilucutkan dari batang hidung. Sekejap jemarinya memicit batang hidung.

"Ariana.."

"Hmm?"

"Penat?"

Ariana menguntum senyum kecil. "Penat lah jugak. Tapi it's okay. Tak adalah penat sangat. Kenapa? Awak nak pergi memana ke?"tanya Ariana dihujung ayat.

Ariana akui badannya mudah terasa letih kebelakangan ini. Barangkali tidak cukup tidur.

"Tak ada lah. Tanya je"

"Ouhh okay"

Sejenak sepi kembali menemani. Sebelum suara Adam kembali kedengaran.

"Nanti lepas saya habis paper, kita tunang nak tak Ariana?"

Ariana tersentak. Soalan Adam sekali gus menyentak penat yang terasa. Sekelip mata tawanya terburai. "You're kidding kan Adam?"

"Nope!"

"Haha so my answer is also no. Kita muda lagi lah Adam. Awak masih muda, saya pun masih muda lagi nak fikir benda benda macam ni. For now, better awak dan saya fikir pasal futures. Perjalanan awak masih jauh lagi Adam. Saya pun sama"jawab Ariana panjang lebar.

"Awak tak sudi ke?"tebak Adam

"Bukan tak sudi. Tapi macam saya kata tadi. Perjalanan kita masih jauh lagi. Kita pun baru je nak kenal hati budi. Kita masih baru Adam. Awak pun mesti ada future plan kan? Further study contohnya?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now