Bab 1 - 1

327 6 6
                                    

"Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan pertunjukkan ini",aku memegang sebatang tongkat dan menghayunkan tongkat tersebut di atas topi hikmat ku.

    Sambil membaca sebuah mantera, aku menterbalikkan topi tersebut dan keluarlah beberapa ekor burung merpati dan mula terbang bebas di udara dalam dewan yang dingin tersebut. Persembahan yang baru ditunjukkan oleh aku telah membuatkan penonton di dalam dewan tersebut kagum dan mula memberikan tepukan yang paling gemuruh.        

    Tirai pentas pun mula turun dengan perlahan dan mula menutupi ruang atas pentas. Aku membuka blazer yang sudah dipakai selama sejam dan mencampaknya di satu sudut ruang yang mana menempatkan blazer aku yang lain.

    Dengan tiba-tiba teman istimewa ku datang menerkamku dan mencium pipiku. Aku mengurut dadaku tanda terkejut dengan tindakannya tadi. "Awak ni, buat saya terkejut je. Bagi salam tak boleh ke?", marahku dengan manja. "Alah, saya nak manja-manja dengan suami saya je, salah ke??", isteriku mula memuncungkan mulut seperti itik dan berpaling muka dariku.

    Aku memeluknya dan cium dahinya dengan penuh kasih sayang. Almaklumlah, my love can't be measure by other people. Aduhhh, terlalu sweet hubungan kami.

    Okay,sampai lupa nak kenalkan diri aku. Okay, nama aku Aliff. Aku seorang ahli silap mata. Aku pun tidak pasti kenapa aku boleh terjebak dengan kerja ini. Nama isteriku pula ialah Siti Nur Maisarah. Nama dah cantik, orangnya mestilah cantik juga. Dia pun ada kacukan British-Melayu,so muka pun alah-alah orang putih sikitlah.

    Telefonku bergetar dan mula memainkan lagu "History" yang dinyanyikan oleh kumpulan Btitish-Ireland itu. Aku mengambilnya di dalam poket aku dan menekan butang hijau.

    "Hello, siapa ni?", tanyaku dengan sopan. "Hello, it's me, Amanda". Rupa-rupanya mak mertuaku menelefonku tetapi buat apa dia nak telefonku pula.

    "I just want to ask about my daughter". Suaranya tersekat-sekat. Mungkin disebabkan line yang tidak berapa elok . "Ouhh, your daughter's fine, don't worry", aku terdengar bunyi degusan nafas di corong telefon. Mungkin bunyi nafas lega. "I just asking because yerterday, I had dreamed something bad about my daughter", katanya. "Don't worry, your daughter will always fine. I will take care of her like I take care my own life". Aku cuba untuk menenangkan hati orang tua isteriku. "Okay, I need to go, bye". Dia mematikan perbualan.

    Aku mula tertanya-tanya kenapa dia bermimpi seperti itu. Hati aku mula berasa tidak senang. Tapi aku buang kesemua perasaan aku ini dan cuba berfikir secara positif. Aku mendapatkan biniku yang sedang berbual dengan pengusaha aku, Cik Regina.

    "Hye yang, seronok berbual. Dah pukul 11.30 malam. Lagi setengah jam nak pukul 12. Nak balik pukul berapa ni?", aku tanya biniku yang rancak berbual dengan pengusaha aku. Maklumlah, Cik Regina seorang yang rendah diri dan boleh dianggap sebagai rakan baik biniku.

    "Alah, awak ni. Baru nak gosip pasal drama 'dia semanis honey' dengan Gina. Sebok je dia ni. Oklah, Gina, kita sambung esok jelah. Cik suami dah memanggil dah tu". "Yelah, makcik Siti". Mereka pun mula ketawa. Aku yang menyaksikan perbualan mereka pun tersenyum.

    Isteriku datang ke arah ku dan mendakap tangan kananku. Kami pun keluar dari Dewan Putera Iskandar melalui pintu belakang dan menuju ke kereta Mini Cooper S yang berhabuk walaupun baru sahaja hantar ke kedai cuci kereta.

    Keadaan dalam kereta sunyi sepanjang perjalanan pulang je rumah. Rumahku agak jauh juga dari dewan dan memerlukan sekurang-kurangnya satu jam lima belas minit untuk sampai ke teratak kasih kami. Isteriku pun sudah diulit mimpi di sebelah tempat dudukku. Aku hanya mendengar lagu yang dimainkan oleh radio untuk menghilangkan rasa mengantuk yang mula menguasai mindaku ini.

    Tiba-tiba mindaku terbayangkan perkara yang buruk tentang biniku. Aku menekan brek sehabis boleh. Kepalaku hampir berlaga dengan stereng kereta. Aku mula tercungap-cungap. Biniku terjaga daripada tidur. Dia terus menenangkan aku yang tercungap-cungap macam orang yang baru lemas.

    "Kenapa bang, pergi belok kereta ke tepi jalan. Jalan dah jem kat belakang ni". Aku pun mula menekan pedal minyak perlahan-lahan dan belok ke tepi jalan. Hon yang berpanjangan yang dikeluarkan daripada kereta lain makin berpanjangan akibat kecuaian aku tadi.

    Biniku mengambil air mineral dan memberikan kepada aku. "Kenapa bang, abang nampak hantu ke tadi? Tiba-tiba brek kat tengah jalan. Sikit baik kereta kat belakang bawak slow-slow. Kalau tak, dah mati dah kita", marah biniku yang sememangnya kuat membebel sejak kami berkahwin.

    "Abang terbayang perkara buruk tentang sayang. Abang takut. Tadi mak awak pun telefon. Dia pun kata dia mimpi perkara buruk pasal sayang". Biniku memandang mukaku yang mula berpeluh dan berkerut itu. "Abang beristighfar banyak-banyak. Syaitan ni memang suka menganggu keturunan Nabi Adam ni. Insha Allah, Allah akan sentiasa melindungi hamba-hambanya". Dia memelukku dan mengusap belakang badanku.

     Aku pun mula berasa tenang. Aku menarik brek tangan dan mula memandu ke rumahku. Aku terfikir bahawa betulkah apa yang baru aku terbayang tadi. Adakah perkara itu hanya perasaan aku sahaja atau perkara yang mungkin berlaku ke atas biniku. Aku pun tidak pasti.

PentasWhere stories live. Discover now