Bab 1 - 3

99 3 0
                                    

Penonton sudah mula memenuhi isi perut dewan. Aku pun sudah memakai baju kemeja putih jenama boss dan juga blazerku yang berwarna hitam. Aku sudah tidak sabar untuk membuat pertunjukkan terakhir ini. Selepas ini, aku akan berpindah ke England untuk meneruskan hidup bersama isteri tersayang.

    "Dah sedia ke belum sayang", muka biniku seperti ketakutan. Tiba-tiba aku terbayang perkara yang sama seperti di dalam kereta tempoh hari. Aku melihat muka isteriku seperti keresahan. Aku pun membuang jauh-jauh perasaanku ini.

    Aku mengambil topi hikmatku dan berdiri di belakang tirai pentas bersama biniku yang sejak tadi mendiamkan diri. Aku memberikan isyarat kepada Bob supaya menaikkan tirai pentas. Dengan perlahan-lahan tirai pentas naik ke atas dan kelihatan beribu-ribu penonton yang sedang menunggu kami untuk membuat persembahan.

    "Apa khabar semua?. Hari ini saya mahu memperkenalkan orang yang berada di sebelah saya ini. Inilah buah hati saya dan juga merangkap kekasih sehidup semati, Siti Nur Maisarah. Selepas saya memperkenalkan diri biniku, tepukan gemuruh diberikan kepada kami dan juga bunyi siulan daripada penonton.

    "Saksikanlah keajaiban ini", saya memberikan isyarat kepada biniku untuk berdiri di atas tanda yang telah ditandakan oleh aku sebelum pertunjukkan bermula. Biniku dengan perlahan berdiri di atas tanda tersebut dan memandang ke arah diriku. Pandangannya agak berbeza. Seperti mahu menangis pun ada. Aku mengerutkan dahiku dan biniku terus memalingkan mukanya ke arah penonton.

     Aku menghiraukannya dan mengambil kotak besar dan menolak perlahan-lahan ke arah biniku. Sampai sahaja kotak itu berdiri gah di sebelah biniku, aku membuka pintu kotak tersebut. Aku menyuruhnya untuk masuk ke dalam kotak tersebut.

    Dia dengan perlahan-lahan memasuki kotak tersebut. Aku pun menutupnya dan dengan serta merta aku mendengar suara bisikan manusia yang berbisik "jangan menyesal". Aku terus memandang sekeliling dan bulu romaku di tengkukku mula berdiri tegak. Aku dengan serta merta membuka pintu kotak tersebut.

    Aku seperti mahu pengsan. BINIKU SUDAH LESAP. Aku menjerit namanya. Aku ingatkan penonton mahu menghulurkan pertolongan tapi sebaliknya. Mereka memberikan tepukan gemuruh tanpa henti. Aku dengan perasaan geram," hoi sial, bini aku hilang betul-betul. Tolonglah cibai" aku meruntuhkan  kotak itu dan menjerit namanya lagi. " Siti, Siti! Mana awak, sayang. Janganlah main-main".

    Cik Regina pun mula mendapatkan diri aku yang dah macam orang gila. "Sabar Aliff, kita cari slow-slow", dia mengusap belakang badanku. Aku mula menangis. Aku tidak sanggup kehilangannya. Dialah satu-satunya orang yang aku paling sayang. Aku pun menjerit sekuat hati," SITI!!!!".

PentasWhere stories live. Discover now