Bermulalah hariku yang macam takde bini. Selalunya aku bangun pukul 7.30 pagi tapi hari ini boleh pulak bangun pukul 11 pagi. Nak sarapan pun tiada mood. Aku pun ambil telefon bimbitku yang berada di atas meja solek dan bukanya untuk melihat notification baharu.
Rupa-rupanya Inspektor Hashim sudah menelefonku sebanyak 7 kali berturut-turut tanpa disesari olehku. Aku terus menekan call untuk menelefonnya kembali.
"Hello, inkspektor. Saya nak minta maaf banyak-banyak sebab saya tak perasan yang inspektor call saya tadi. Saya tidur mati", terangku kepada Inpekstor Hashim.
"Takpe, saya faham yang encik penat. Saya harap encik dapat datang ke dewan hari ini. Saya rasa encik perlu lihat sendiri apa yang kami sudah jumpa".
"Baiklah, inspektor", aku mematikan perbualan dan terus masuk ke dalam bilik air. Aku tidak sabar untuk melihat klu yang seterusnya.
....Aku dengan segera meluru masuk ke dalam dewan yang telah mencatat sejarah hitam dalam hidupku. Aku dengan serta merta pergi ke atas pentas untuk bertemu dengan Inspektor Hashim,
"Ouh, selamat pagi,encik", inspektor menghulurkan tangan untuk bersalaman. "Perkara apa yang inspektor mahu tunjuk kepada saya?", tanyaku ringkas.
Inspektor mengambil sesuatu di dalam beg sandangnya dan berikan kepada aku. Aku pun terkejut dan terus mengambilnya daripada beliau.
"Ini rantai emas isteri saya", jawabku sambil membelek rantai tersebut. "Adakah Puan Siti memakainya semasa awak membuat persembahan?", tanyanya sambil mengambil buku catatan beliau.
"Ya, dia sentiasa pakai rantai emas ini dan dia tak pernah menanggalkannnya", jawabku tanpa melihat muka beliau. Aku terus membelek rantai biniku.
"Saya tak faham. Apa yang manusia durjana ini nak daripada isteri saya. Kalau dia betul-betul mahu merompak isteri saya, kenapa perlu tanggalkan rantai ni". Air mata aku mula berlinangan ke atas pipiku yang bersih daripada jerawat.
"Saya pun tidak pasti. Saya pun rasa yang ini bukan perkara yang dibuat oleh manusia", jawab inspektor. Aku melihat mukanya sambil mengerutkan dahiku.
"Jadi, takkan hantu pulak nak culik bini saya. Agak-agaklah, inspektor", bentakku dengan agak marah kepada inspektor.
"Saya hanya mengikut firasat saya sahaja. Jangan risau. Kami akan terus mencari isteri encik sehingga dapat". Dia pun berlalu pergi dan meninggalkan aku seorang diri bersama rantai emas yang baru dijumpai oleh mereka.
Aku pun membelek rantai itu semula. Semasa aku membelek rantai tersebut, aku menjumpa satu lorekan tulisan yang berada pada buah hati emas tersebut. Tapi ia tertulis dalam bentuk bahasa Cina. Aku dengan segera mencari anggota polis yang berketurunan bangsa Cina. Akhirnya aku jumpa.
"Encik, ouh encik", panggil aku dengan agak lantang. Dia pun menoleh ke arahku dan segera datang kepadaku.
"Ya, encik. Ada perkara yang boleh saya bantu?", tanyanya dalam pelat cina. Aku tunjuk tulisan yang berada di atas buah hati tersebut. "Boleh encik translatekan tulisan ini tak?", tanyaku dengan sopan. Dia mengambil rantai tersebut dan cuba membacanya. "Ia tertulis bù hòuhuî", jawabnya sambil meneliti tulisan tersebut.
"Apa maksudnya?", tanyaku. "Maksudnya, jangan menyesal", jawabnya sambil memandang ke arah mukaku. Aku membeliakkan mata dan terus merampas rantai tersebut. Aku campaknya sejauh mungkin.
"APA SEMUA NI HAH!!! PULANGKAN BINI AKU, SIAL!!!"

YOU ARE READING
Pentas
HorrorTidak ku sangka bahawa pertunjukkan kali ini menjadi kisah terburuk dalam kehidupan aku ini... Sudah menjadi rutin harian aku untuk menghiburkan penonton tetapi kali ini telah menjadi sejarah hitam dalam hidup aku dan mungkin menyebabkan hidupku mer...