Sampai sahaja di rumah, aku mengambil tuala yang di sangkut di ampaian dan mandi. Hanya memakai boxer, aku membersihkan segala kekotoran di badanku. Walaupun aku tengah mandi, fikiran aku bercelaru dan memikirkan benda lain. Bagaikan fikiranku berterbangan di tempat lain.
Seusai sahaja mandi, aku memakai pakaian tidur dan melompat ke atas katil king size. Biniku sudah tewas dengan kekuatan ngantuknya. Dia terus tidur tanpa mandi atau menukar baju. Aku mencium dahi biniku dan mula diulit mimpi yang indah ataupun sebaliknya.
....
"Hello, Aliff. Harini awak datang tak untuk persembahan malam ni", tanya Cik Regina kepada aku. "Sudah semestinya datang. Harini merupakan persembahan terakhir saya. Takkan saya tak datang pulak", jawabku. "Bukan apa, Rina tak dapat datang sebab dia terpaksa balik ke kampung. Mak dia sakit tenat". Aku yang mendengar penerangan Cik Regina terus menyemburkan air kopi yang baru sahaja aku hirup. Biniku dengan segera memberikan air kosong kepadaku. Habis bersepah meja akibat air semburan tadi."Kalau dia tak datang, macam mana saya nak buat persembahan malam ni". Rina merupakan pembantu aku dan dia akan membantuku untuk membuat pertunjukkan di atas pentas.
"Takpe, saya akan cuba cari jalan penyelesaian", jawabku dan terus menamatkan perbualan kami di telefon.
"Kenapa bang?. Ada masalah ke?", tanya biniku. "Rina takleh datang malam ni. Dia amat penting buat malam ni. Malam ni baru nak buat pertunjukkan hilangkan orang dan Rina ialah orangnya", jelasku.
Biniku dengan tiba-tiba tersenyum. Aku pun pelik. Aku tidak buat sebarang lawak pun tadi. "Awak ni kenapa? Tersenyum sorang-sorang. Saya tak buat lawak pun tadi". Biniku dengan semangat menjawab, "Saya rasa saya boleh tolong awak buat persembahan. Saya boleh gantikan tempat Rina".
"Mana boleh, saya tak sanggup hilangkan awak. Cinta saya bersama awak tidak boleh hilang selama-lamanya", jawabku sambil malu malu manja. Dia terus mencubit paha kananku. Aku menjerit kesakitan dan mengusap tempat yang kena cubitan berbisa itu. "Awak ni, saya tengah serius ni awak boleh main-main pulak", dia berdiri dan mula bercekak pinggang.
"Okay okay, saya tak kisah". Kami pun menyambung sarapan kami yang tergendala sebentar tadi.
....
"Yang, cepatlah. Dah nak pukul 8 ni". Aku dah menghidupkan enjin kereta tapi biniku tetap tak turun juga. Selang beberapa minit, biniku dengan berpakaian agak lawa keluar daripada rumah. Dia terus memasuki kereta selepas mengunci rumah. Aku dengan semangatnya menekan pedal minyak dan terus memecut keretaku.Kami mesti sampai ke sana sekurang-kurangnya pukul 9 malam kerana kami mesti mengambil persediaan awal sebelum membuat persembahan pada pukul 10 malam. Biniku hanya memandang ke luar tingkap dan termenung. Mungkin gementar untuk membuat persembahan malam ini.
Selepas menghadapi perjalanan yang cukup jauh, kami pun sampai ke destinasi. Kami pun terus meluru masuk ke dalam dewan yang besar itu. Kelihatan Cik Regina pun sudah sampai.
Seperti kebiasaan, biniku terus mendapatkan rakan baiknya yang sudah dikenali selama 2 tahun setengah itu.
"Kau serius ke nak bantu suami kau buat persembahan?", tanya Cik Regina kepada biniku. "Betullah. Lagipun aku kesian tengok dia. Apa salahnya membantu. Lagipun, aku pun nak terkenal macam suamiku juga". Mereka pun terus meledakkan ketawa. Aku dari jauh hanya memerhatikan tingkah laku mereka.

YOU ARE READING
Pentas
HorrorTidak ku sangka bahawa pertunjukkan kali ini menjadi kisah terburuk dalam kehidupan aku ini... Sudah menjadi rutin harian aku untuk menghiburkan penonton tetapi kali ini telah menjadi sejarah hitam dalam hidup aku dan mungkin menyebabkan hidupku mer...