Bab 2 - 3

111 3 0
                                    

          "What you give, you get back"
                           Malik Bumi.

Aku tidak tahu apa yang terjadi pada diriku. Bagaikan Allah mahu membalas segala kesalahan yang pernah aku lakukan semasa aku mengalami zaman bujang. Apakan daya, hidup zaman bujangku sentiasa dipenuhi dengan dosa-dosa daripada asukan syaitan durjana.

     Aku melabuhkan punggungku atas kerusi di tepi pentas dan mengambil telefonku dari poket seluarku. Aku mula merenung gambar-gambar kenangan bersama isteriku tersayang. Satu persatu gambar yang direnung olehku. Air mata aku juga mula mengalir.

    Aku seorang yang jarang mengalirkan air mata. Tapi kes ini telah berjaya menumpahkan air mata aku yang sukar dikeluarkan ini. Aku pun tidak tahu bagaimana mahu menceritakan hal ini kepada keluarga Siti. Ujian demi ujian singgah dalam hidupku. Aku hanya mampu memanjatkan doa kepadaNya supaya ujian ini ada hikmahnya.

Sambil aku membelek gambar, ada mata yang memandang perbuatanku ini. Cik Regina hanya menggelengkan kepala sebab kesian atas masalah yang dihadapi olehku.

"Macam mana kes ini, inspektor", tanya Cik Regina kepada Inspektor Hashim.

"Tadi kami sudah menjumpai rantai milik isterinya tapi kami tak tahu kenapa dia baling rantai tu. Dah teruk saya tengok Encik Aliff", Inspektor Hashim memandang muka Cik Regina sambil menulis sesuatu atas buku notanya. Mungkin laporan harian.

"Saya harap dia bersabar dengan dugaan ini". "Insya Allah, cik", inspekor pun berlalu pergi. Cik Regina datang menghampiriku dan nenepuk bahuku yang agak sasa itu.

"Haih, buat terkejut je. Bagi salam tak leh ke?", suara aku cuba untuk diperlahankan. Aku tidak mahu kerana kes ini, aku berlaku biadab pada pengusaha aku yang bertungkus lumus membuatkan aku berjaya.

"Awak ni, asyik termenung je. Bersabarlah. Pasti ada hikmah disebalik dugaan ini. Saya tak mahu awak asyik kelihatan sedih. Muka hensem tapi asyik nangis je", Cik Regina cuba untuk menghiburkan hati aku. Akhirnya aku tersenyum tawar.

"Dialah satu-satunya orang yang saya sayang. Dialah penyeri hidup saya", air mata aku hampir tertumpah. Ouh, shit. Aku ni tak habis-habis nangis daripada tadi. Buat malu je.

"Kalau awak nak apa-apa, beritahu saya. Saya akan sentiasa membantu awak", Cik Regina melemparkan senyuman yang jarang aku lihat. Cantik rupanya Cik Regina ni.

Cik Regina berlalu pergi dengan sopannya. Aku hanya melihat cara pergerakannya. Tiba-tiba terdetik satu perasaan. Aku cuba buang perasaan itu. Aku tak nak sesiapa pun yang menggantikan tempat Siti. Hanya Siti yang boleh bertakhta dalam hati aku.

TIADA SIAPA

PentasWhere stories live. Discover now