Hidupku bagaikan diputarbelitkan oleh masalah yang aku sedang hadapi ini. Aku buntu untuk mencari jalan penyelesaian. Bagaikan ini adalah sejarah paling hitam dalam diari hidupku.
Polis berusaha untuk mencari di sekeliling kawasan atas pentas dan juga sekeliling dewan yang agak besar itu. Aku hanya termenung dan duduk di hujung penjuru bagaikan mayat hidup. Air mataku kembali berlinangan. Aku tidak percaya bahawa aku akan kehilangannya dengan cara begini.
Aku merasakan inilah titik noktah dalam hidupku. Aku bagaikan hendak sahaja pergi ke atas bangunan tinggi dan terjun ke bawah. Tetapi apakan daya, orang yang membunuh diri tidak akan dapat cium bau syurga. Aku hanya redha kepada Allah jika inilah pengakhiran hubungan yang terjalin antara kami.
"Encik Aliff", panggil Inspektor Hashim yang terlibat dalam pencarian isteriku. Aku pun terjaga daripada lamunan aku sebentar tadi."Ye, inspektor",aku pun dengan serta merta menyahut panggilan inspektor dan datang menghampirinya.
"Berdasarkan pencarian kami, kami tidak jumpa sebarang kesan atau bukti kehilangan isteri encik", terang Inspektor Hashim. Aku berasa hairan. "Encik ada perasan perkara yang aneh tak sebelum encik memulakan pertunjukkan sebentar tadi?", tanyanya lagi. "Ade inspektor. Saya macam ade terdengar suara bisikan manusia yang berbunyi "jangan menyesal" sebelum saya menutup pintu kotak tadi. Saya pun tidak pasti dari mana suara itu muncul. Bagaikan suara bisikan tersebut berada betul-betul di sebelah telinga saya", jelasku dengan panjang lebar.
"Mungkin suara itu ada kaitan dengan kes ini. Saya rasa", jawab Inspektor Hashim yang dalam lingkungan 30 tahun itu. Aku pun mengeluh. Aku seperti mati akal. Aku sudah tidak mampu untuk berfikir lagi. Hanya mampu memanjatkan doa supaya isteriku selamat daripada manusia durjana tersebut.
Aku pun berlalu pergi dari beliau. Tidak ada gunanya berbual benda yang tidak dapat dikesan. Semasa aku jalan menghampiri kotak yang telah melesapkan biniku itu, aku ada terhidu satu bau yang sangat pekat baunya. Baunya seperti lendir. Aku pun buka pintu kotak tersebut. Alangkah terkejutnya apabila aku melihat tulisan yang menggunakan lendir berwarna hijau itu.
Tulisan itu sangat buruk dan sukar untuk dikesan tetapi selepas ditenung beberapa kali, rupa-rupanya tulisan itu mengatakan "don't regret". Ayat itu sama didengar pada telinganya sebelum persembahan tetapi ia ditulis dalam bahasa inggeris. Aku pun tidak pasti apa kaitan ayat ini dengan kehilangan isteriku tetapi aku pelik, bagaimana penjenayah itu sempat menulisnya di dalam kotak tersebut tanpa diketahui olehku.
Aku pun memanggil anggota polis yang terlibat. Mereka yang mendengar jeritan aku tadi terus meluru ke arah aku. Aku pun terus menuding perkara yang aku baru lihat tadi.
"Apa kaitan tulisan ini?", tanya Inspektor Hashim. "Entahlah, inspektor. Bagaikan misteri", aku menjawab sambil mengangkat kedua bahuku. Inspektor Hashim terus memakai sarung tangan dan mengambil sedikit sampel lendir tersebut untuk membuat uji kaji.
"Beginilah Encik Aliff, saya rasa encik better pulang ke rumah dahulu. Biar pihak kami yang menyelesaikan kes ini. Jika kami menjumpai sebarang bukti baru, kami dengan serta merta menelefon encik". Aku pun mengangguk faham dan akur atas perintah Inspektor Hashim. Mereka lebih expert dalam perkara seperti ini.
....
Aku tidak dapat melelapkan mataku. Aku hanya termenung dan memandang siling di bilikku. Tiba-tiba aku teringat kenangan indah bersama isteriku. Aku teringat cara kami start bercinta, kisah pernikahan kami dan lain-lain.Aku juga teringat kenangan yang tidak dapat dilupai selamanya oleh aku. Pada hari yang indah, terdengar raungan perempuan yang menjerit akibat kesakitan. Suaminya hanya dapat menenangkan isterinya yang mahu melahirkan anak pertama mereka. Itulah kami.
Raungan isteriku sangatlan kuat kerana memperjuangkan segala tenaga dan nyawa demi melahirkan anak yang kami usahakan selama 1 tahun itu. Tiba-tiba, doktor berkata bahawa bayi tersebut tidak dapat diselamatkan akibat tidak cukup sempurna untuk hidup di dunia ini.
Aku hanya mengalirkan air mata selepas mendengar berita pahit tersebut. Suara isteriku masih lagi berlegar-legar di telingaku. Aku tidak percaya bahawa aku telah kehilangan dua orang yang sangat aku sayang. Aku menangis dan menangis sehingga lena menguasai diriku.

YOU ARE READING
Pentas
HorrorTidak ku sangka bahawa pertunjukkan kali ini menjadi kisah terburuk dalam kehidupan aku ini... Sudah menjadi rutin harian aku untuk menghiburkan penonton tetapi kali ini telah menjadi sejarah hitam dalam hidup aku dan mungkin menyebabkan hidupku mer...