Bab 3 - 2

19 0 0
                                    

Aku terjaga daripada tidur. Kepala aku sentiasa berdenyut sejak tadi. Seperti sesuatu bergerak di dalam kepala aku. Tetapi aku biarkan saje.

Aku terasa kesunyian di dalam diri aku semakin membuak-buak. Kehilangan isteriku ini amat memedihkan hati aku. Kenapa Tuhan memberikan aku dugaan sebegini berat. Apakah dosa yang telah aku lakukan??

Inspektor membantu aku berdiri semula. Aku masih teringat kejadian yang baru terjadi pada diriku. Mata aku masih terkebil kebil memandangkan lampu pentas yang bersinar menerangi dewan. Tiba-tiba aku mendengar sesuatu bunyi yang aneh. Seperti bunyi bisikan yang halus. Tapi kelamaan bunyi tersebut semakin kuat dan nyaring.

Bunyi tersebut makin lama makin kuat, menyebabkan telinga aku hampir pekak. Aku menjerit kesakitan. Sakit yang aku alami bukan sakit yang biasa2. Semua orang yang ada dalam dewan datang ke arahku dan cuba menenangkanku.

Bunyi tersebut pun hilang. Dengan sekelip mata, bayangan isteriku muncul di hadapan ku. Keadaannya sangat menakutkan. Rambutnya yang PANJANG dan tidak terurus menutup wajahnya. Pakaiannya juga sama seperti malamnya isteriku hilang tetapi dipenuhi darah yang berwarna merah kehitaman.

Isteriku mengangkat kepalanya dan merenung tepat ke anak mataku.

" Abang, tolong saya bang. Saya tak sanggup duduk kat sini lagi. Abang, saya takut. Abang. Abang. ABANG!!!"

Anak matanya kelamaan menjadi besar. Kepalanya ditumbuhi tanduk yang sangat panjang. Kukunya menjadi panjang dan tajam. Mukanya dengan sekelip mata berubah menjadi setan, jauh lebih buruk, jauh lebih menakutkan daripada yang biasa kulihat di kaca televisyen.

"KALAU KAU NAK BALIK BINI KAU, KAU KENA BUAT YANG SUDAH AKU PINTAKAN. AKU BAGI KAU 3 MALAM SAHAJA!!! KALAU TIDAK, DARAH BINI KAU AKAN KUSUAPKAN PADA ANAK CUCU KAMI!! HUHAHAUAHAHA"

Lampu dewan terpadam.
Suhu dalam dewan semakin hangat.
Bunyi dengungan seperti bunyi api yang marak semakin jelas.
Dengan tetibanya, dewan sekarang dijilat api yang tidak tahu mana datangnya.

Aku semakin buntu. Cemas. Mati akal.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PentasWhere stories live. Discover now