Aku berjalan-jalan di keliling pentas tersebut. Rantai emas kepunyaan isteriku diambil semula lalu digenggam kemas di dalam tanganku. Aku semakin buntu atas perkara yang sedang aku lalui ini.
Tiba-tiba kaki aku seperti terpijak sesuatu yang agak berlendir. Aku mengangkat kakiku dan cuba mengenalpasti apa yang baru sahaja aku pijak sebentar tadi. Lendir itu berwarna merah kehitaman dan mempunyai segumpal kertas di dalamnya. Aku menarik keluar kertas tersebut dan meneliti kertas itu sepenuh perhatian. Aku membuka gumpalan kertas itu dan baru aku sedari bahawa ada satu mesej yang bertulis kumlayu bak njuyagujakuhi bay fartu na
"Bahasa apa pulak ni?" bermonolog aku sendirian. Aku pun membaca ayat itu satu persatu dengan pelatnya. Seusai sahaja aku membaca ayat tersebut, keluar satu percikan api daripada lantai pentas seiring dengan suara meminta tolong.
Semua orang yang berada disitu berasa terkejut dengan situasi yang berlaku. Tiba-tiba<suara garau menjerit dengan nyaringnya,"Jika kau mahu bini kau semula, kau mesti korbankan anak dara seramai 3 orang dan minum darahnya...HAHAHAHA". Suara itu ketawa dengan gerunnya dan hilang begitu sahaja. Api itu juga hilang tanpa kesan sedikit pun di atas pentas.
Semua yang berada di situ berasa sangat takut termasuk juga dengan inspektor dan Cik Regina.
'Apa yang baru sahaja saya dengar, inspektor"kata Cik Regina dengan takutnya. Dia pergi ke arahku dan memelukku dengan erat sekali.
"Tolong saya, abang. Saya takut duduk dengan makhluk-makhluk ini. Saya dah tak sanggup."kata Cik Regina kepada aku. Aku berasa pelik dengan perangainya. Aku melepaskan dakapannya dan merenung matanya.
"Awak dah kenapa, Cik Regina. Makhluk apa yang awak maksudkan dan kenapa awak panggil saya abang." tanyaku dengan pelik. Tiba-tiba, dia pengsan dan bajunya terselak sehingga menampakkan dadanya. Dadanya seperti diguris dengan sesuatu yang tajam yang bertulis Siti sayang abang.
"Nampaknya Cik Regina dirasuk sebnetar tadi"kata inspektor. Polis yang lain mengangkat Cik Regina ke kerusi dewan dan cuba menyedarkan dia. Aku semakin buntu. Mata aku pun rasa berpinar-pinar lalu aku pun jatuh pengsan.
"Encik, encik!"inspektor jerit dan lari dapatkan aku. Pandangan aku semakin kabur dan terus menjadi gelap gelita.
YOU ARE READING
Pentas
TerrorTidak ku sangka bahawa pertunjukkan kali ini menjadi kisah terburuk dalam kehidupan aku ini... Sudah menjadi rutin harian aku untuk menghiburkan penonton tetapi kali ini telah menjadi sejarah hitam dalam hidup aku dan mungkin menyebabkan hidupku mer...