Done. (baekmi)

193 15 0
                                    

(No one pov)

"Jap eh aku call dia." Chanyeol mula mendail nombor telefon Eunji.

"Yeobseyo, Eunji yaa. Datang kat pondok sebelah makmal komputer kejap. Ade bende nak cakap" kata Chanyeol.

"Fuyooo sekarang dah ada nombor Eunji. Ada apa-apa ke ni?" Kata Suho sambil menyimpan bukunya di dalam beg.

"Nombor telefon je pon. Kalau dapat bende lain lagi best hahaha" Chanyeol ketawa.

"Eh kira untung dapat nombor telefon tau. Masatu aku mintak nombor telefon Chorong tapi dia bla macam tu je. Aku rasa macam kena reject je time tu. Kau tau tak" Panjang Suho bercerita.

"Kau beraninya Suho." Kata Baekhyun.

"Kebetulan dok aku jumpa dia kat library lepastu dia keluar bila nampak aku. Aku kejarlah. Dahlah aku jarang nak nampak dia kat kampus ni." Kata Suho.

"Hahahhahahaah kesiannya. Kau ni agak-agaklah dia tu ratu. Kita ni setakat popular je tak bagi kesan pon kat dia." Kata Chanyeol.

"Aku tau lah. Aku cuma nak cuba jadi kawan dia. At least dengar suara dia kat telefon pon jadilah." Kata Suho.

"Tak dapat langsung nombor telefon dia ke?" Tanya Baek.

"Tak. Cakap pasal nombor telefon. Masa haritu jugak kan ada orang tampalkan nombor telefon dengan nama instagram dia kat tingkap kereta aku." Kata Suho sambil mengeluarkan sticker note kepunyaan Chorong.

"Hmmm 'parkcr' siapa lagi ha nama keluarga Park kat kampus ni selain aku?" Kata Chanyeol.

"Kau dah try bukak ig dia?" Tanya Baek.

"Belom. Takde masalah aku nak on instagram. Kau bukaklah." Kata Suho lalu Baekhyun mula search di instagramnya.

"Private lah wey. Aku follow jap." Kata Baekhyun.

Masa itu juga Eunji tiba di pondok mereka.

"Ada apa Chanyeol?" Tanya Eunji.

"Aku nak tanya pasal pertandingan yang sempena Cnblue nak datang tu." Kata Chanyeol.

"Kau berminat ke?" Kata Eunji.

"Haah. Kitorang bertiga so nak ajak kau masuk. Nak?" Kata Chanyeol.

"Wahhhhhh mestilah nak. Siapa lagi sorang budak perempuan?" Semua terdiam dan Baekhyun dan Chanyeol berpandangan sesama sendiri.

"Hmmm kau takde kawan-kawan yang suara sedap ke? Haa yoona ke?" Kata Baekhyun.

"Entahlah. Aku tak pernah dengar dia nyanyi. Yang selalu aku dengar dia nyanyi Bomi je lah." Jawab Eunji.

Mata Baekhyun membulat dan mengukirkan senyuman hingga menampakkan giginya.

"Haaaaaa BOMI!!! Aku pernah dengar dia nyanyi jugak. Suara dia sedap gila wey!!" Kata Baekhyun teruja.

"Eh kau beria pulak." Kata Eunji.

"Dia ni memang beria." Kata Suho.

"Ha nak aku panggil Bomi sekarang ke?" Kata Eunji.

"Ha call dia sekarang. Alang-alang tu bak lah aku nombor dia." Kata Baekyun.

"Eh kau banyak cantik." Kata Eunji yang sedang menunggu panggilannya dijawab oleh Bomi.

"Yeobseyo, Bomi? Kau free tak sekarang." Kata Eunji.

"Aku tengah study lah kat library. Penting sangat ke?" Kata Bomi.

"Penting ke tak? Emm." Kata Eunji yang mengangkat keningnya bertanya kepada mereka bertiga.

Chanyeol dan Baekhyun mengangguk.

"Haa penting. Kau datang kat pondok sebelah makmal komputer. Eh alang-alang kau lalu cafe kan. Beli kan aku hazelnut latte (chanyeol menunjukkan jarinya angka tiga) Haaa beli 4 kalau kau nak ha belilah 5." Kata Bomi.

"Yelah. Nanti aku beli ye." Kata Bomi.

"Ok dah, nanti dia datang. Korang cakap eh. Aku taknak cakap. Dia dahlah pemalu so aku tak sure 100%." Kata Eunji mengangkat bahunya.

"Ha ye nanti biar aku yang cakap." Kata  Baekhyun.

Selepas 10 minit, Bomi akhirnya tiba.

"Hmm patutlah suruh beli sampai 5 air. Rupanya ada hero-hero kita di sini. Hehehe. Nak cakap pasal apa sebenarnya ni?" Kata Bomi.

(Baekhyun pov)

Aku lah hero dia tu hehehe.

" Bomi , awak nak masuk pertandingan tu tak?"

"Pertandingan yang pengetua cakap tu ke?" Kata Bomi.

"Ha'ah"

"Ala malulah. Suara saya tak sedap pon." Kata Bomi.

"Kepala hotak kau lah tak sedap. Yang kau nyanyi setiap masa setiap jam setiap saat tu apa." Kata Eunji.

"Eh kau. Tak semestinya aku nyanyi setiap masa tu suara aku sedap." Kata Bomi.

"Eh betullah Eunji cakap. Sedap lah. Ah tak kira masuk jugak." Aku memaksa Bomi.

"Fine. Saya masuk." Kata Bomi.

"Ha macam tulah Bomi." Kata Baekhyun.

Chanyeol ingin mengisi borang.

"Eh baekhyun pinjam pen kau jap. Aku nak isi borang." Kata Chanyeol.

"Ala aku malaslah nak bukak beg." Sambil aku meraba-raba poket baju dan seluar aku. Okk ada pen yang aku jumpa kat kelas masa tu.

(Bomi pov)

"Nah." Kata Baekhyun sambil menghulurkan pen.. Cop! Pen tu. Pen aku!!!

"Baekhyun, mana awak dapat pen ni?" Aku cuba tanya pada Baekhyun.

"Ohh saya jumpa kat sebelah meja saya masatu. Saya amiklah." Kata Baekhyun.

"Kenapa awak amik hak orang?" Aku mengerutkan dahi.

"Laa saya takut ...."Baekhyun terdiam.

"Takut apa? Awak tau tak ni pen siapa?" Aku mula emosi. Alamak kenapa aku macam ni. Kira ok Baekhyun yang jumpa kalau orang lain mungkin aku takkan jumpa lagi pen ni.

"Pen awak?" Kata Baekhyun dan dia terus pandang Chanyeol.

"Apa? Kau yang nak amik pen tu kan. Bukan aku." Kata Chanyeol.

"Haaa emm haaaaa. Cane nak explain eek. Ermm ala sorrylah saya takut... Aduh saya tak tahulah." Baekhyun gagap.

"Hmmm takpelah. Terima kasih lah sebab jumpa pen ni. Saya pergi dulu. Kalau ada latihan or apa-apa ke pasal group kita, awak cakap dengan Eunji eh. Nanti Eunji akan bagitau saya." Aku harus ke library balik sebab Yoona tengah tunggu aku kat sana.

(No one pov)

"Tulah kau. Sedap-sedap je amik barang orang." Kata Eunji.

"Dahlah benda dah lepas." Kata Suho.

"Eh bolehlah aku nak nombor telefon Bomi. Nak cakap sorry dengan dia lagi. Kan nanti dia marah lagi kat aku macam mana?" Kata Baekhyun.

"Haa yelah nantilah balik aku mesej lah kau." Kata Eunji.

"Eunji, kau ada semua nombor telefon budak sekolah ni ke?" Suho tanya.

"Hampir semualah. Yang hot-hot tu semua aku ada. Kenapa?" Kata Eunji.

"Kau tau tak ni nombor telefon siapa?" Suho menghulurkan sticker note.

"Ini....." Lama sticker note itu ditenung. "Hmmmm Park Chorong punya nombor lah." Kata Eunji.

"CHORONG?!!" Suho terkejut beruk. Dia memandang Chanyeol dan Baekhyun yang turut membulatkan mata mereka.

To be continued

BeautifulWhere stories live. Discover now