(Suho pov)
"Siapa yang dah baca risalah yang cikgu tampal kat papan kenyataan pagi tadi?" Soal Mr. Ki joon.
"Dah dah" Pavlova sangat teruja di hadapan tu. Mungkin diorang dah baca kot.
"Ok bagus. So untuk maklumat selebihnya, pihak university akan mengadakan pertandingan sempena kehadiran Cnblue ke kampus kita. Kumpulan yang memenangi tempat pertama akan berpeluang untuk spend time dengan Cnblue seharian dan membuat persembahan penutup dalam konsert Cnblue di kampus kita. Kriteria yang diperlukan untuk sebuah kumpulan ada dalam borang yang ada pada Mrs. Soo ah. Hanya 15 kumpulan sahaja yang boleh menyertai dan tempat adalah terhad. " Panjangnya cikgu ni bebel. Ada yang berminat ke?
"Tarikhnya bila cikgu.?" Tiba-tiba Chanyeol bersuara. Cop! Jangan cakap dia berminat.
"Cnblue akan hadir seminggu selepas minggu exam pertengahan semester tamat dan pertandingan akan diadakan dua hari selepas hari peperiksaan. Jadi pandai-pandai kamu lah nak bahagikan masa untuk berlatih bersama kumpulan kamu. Ahli kumpulan 5 orang sahaja. 3 lelaki dan 2 perempuan. Ingat. Borang original hanya 15 helai sahaja. Borang salinan tidak akan dilayan serta merta. Sekian pengumuman hari ini. Anda boleh bersurai." Sebaik sahaja cikgu habis bercakap semua pelajar keluar dari dewan manakala aku masih meliar mencari Baekhyun dan V.
"Bunny, apa lagi?" Chanyeol menyenggol lengan aku dan mengangkat keningnya.
"Apa kau?" Aku soal Chanyeol balik.
"Ala buat-buat tak tau. Masuk lah apa lagi." Sementara Baek dan V menuju ke arah kami.
"Jangan nak merepek lah capang pagi-pagi ni. Baik aku fokus exam lagi bagus" Sambil tarik telinga Yeol.
"Hoi bunny hahaha asal kau tarik telinga si capang ni? Kang dah tak rupa orang kawan kita ni. Ada rupa yoda." Kata Baek.
"Ni ha dia merepek. Ada ke ajak aku masuk pertandingan tu?"
"Ok apa. Kan yeol kan?" Baekhyun pulak support Si yeol ni.
"Ah dah-dah kalau korang nak masuk ajak lah Si alien ni"
"Alien ni?! HAHAHHAHAHAHA suara pon haus" Dengki Baek.
"Hoi bekon! Kau cakap baik sikit eh. Aku pernah menang pertandingan karok tau" Kata V.
"Yelah menang.." Kata Baek.
"MENANGUNG KEKALAHAN HAHAHAHAHHAHAHAHAHA" Chanyeol dan Baekhyun ketawakan V berdekah-dekah. Kesian pulak aku tengok.
"Haahahaha woi tak baiklah. Dahlah jum masuk kelas."
💋💋💋
(No one pov)
"Sedapnya suara awak Suho. Saya suka sangat orang yang suara merdu ni." Kata Chorong tersipu malu.
"Hehe terima kasih Chorong." Suho juga malu-malu menggoyangkan badannya.
GEDEBUKK!!
Suho jatuh katil.
"Aduh pinggang aku! Apa tadi tu? Aku mimpi je ke? Ish ingat kan betul-betul. Tapi... Takkanlah sebab suara aku sedap Chorong boleh suka aku and cakap macam tu depan aku. Impossible" Lalu Suho menyambung tidurnya kembali.
💋💋💋
(Chanyeol pov)
Aku takut borang habis so aku pon pergi jumpa Mrs.soo ah setelah habis kelas untuk meminta borang. Masuk tak masuk tu belakang cerita. Yang penting borang ada.
"Nasib baik awak cepat Chanyeol, borang tinggal 3 je lagi" Kata Mrs.Soo ah.
"Cepatnya habis cikgu. Baru semalam kot pengetua buat pengumuman." Aku mengerutkan dahi.
"Maklumlah idol. Cnblue pulak tu. Siapa yang tak teruja. Awak pon kan."
"Hahaha saya masuk sebab suara saya sedap cikgu." Aku saja buat kelakar.
"Sedaplah sangat" Mrs.soo ah berlalu pergi.
Aku terus mencari Bekon.
"Bekon, aku dah ada borang"
"So?" Bekon membulatkan matanya.
"So apa lagi. Pujuklah bunny."
"Alaaaa dia tu payahlah. Lagi-lagi dah nak exam lagi melarat kemalasan dia tu nanti nak join kita." Kata Baekhyun.
"Kita cuba lah cakap dengan dia dulu."
"Yang kau beria sangat nak masuk ni kenapa?"
"Aku nak ajak Eunji masuk. So nanti bolehlah aku rapat dengan dia ish kau ni." Aku memuncungkan mulut aku.
"K fine. Sebab member eh aku tolong. Aku tau lah suara aku merdu" Kata Baekhyun.
"Ha ye merdu merdu"
Kami berdua pergi mencari Suho. Setelah jumpa Suho di pondok sebelah makmal komputer kami menyapanya. Kemudian datanglah sekumpulan pavlova ke arah kami.
"Apa kau nak?" Aku tegur mereka.
"V mana?" Tanya Irene yang matanya meliar mencari V.
"Entah. Study kot." Jawab Baekhyun.
"Ohhh ala macam mana ni Taeyeon kita nak discuss pasal group kita?" Kata Irene.
"Apa kena mengena dengan V?" Aku mengerutkan dahinya.
"Pasal group kita nak masuk pertandingan tu lah. Kan aku, Seohyun, kau, V dan Baekhyun 😊" Tersengih-sengih Taeyeon menjawab.
"HA?! Bila masa aku masuk kumpulan kau? Aku ada kumpulan sendiri lah." Aku jawab dengan kasar.
"Bising lah. Aku nk study pon tak boleh. Korang boleh pergi tak. Kacau ketenteraman aku je" Suho bersuara tegas.
"Ish sebok je lah ulat buku ni. Ok nanti kita bincang lagi eh Baekhyun heeee." Kata Taeyeon lalu berambus dari sini.
"Akhirnya. Aman dunia." Kata Baekhyun.
"Kau cakap kau ada group sendiri Chanyeol?" Suho tanya aku.
"Ha'ah. Kau, aku dengan dia ni."
"Aku?! Jangan nak memandai-mandai lah" kata Suho.
"Alaaa bolehlah Bunny. Jomlah masukkkk." Baekhyun mula memujuk Suho.
"Kalau aku masuk pon siapa lagi budak dua orang perempuan?" Kata Suho.
"So kau masuk eh? Betul ni?" Aku mula teruja.
"Aku masuk kalau ada budak perempuan lagi dua. Jangan nak tanya aku siapa eh. Aku tau semua lengkap. Aku masuk je. Siapa budak perempuan lagi dua tu?" Suho tanya.
To be continued
YOU ARE READING
Beautiful
FanfictionBomi baru berpindah ke University sama dengan Baekhyun. Cita-cita Bomi untuk jadi Doktor pakar bedah. Matlamatnya hanya belajar, belajar dan belajar tanpa fikirkan apa-apa. Sampailah di U, Baekhyun cuba menarik perhatian Bomi dan menguratnya. Adak...