Bab 26

26.1K 750 33
                                    

Bab ni ada orang baru datang nak tahu siapa? Opkos la kena baca dulu 😉.. Lepasni mesti korang geram sebab macam-macam yang akan ganggu rumah tangga Raisha dan Daniel, kesian dia baru nak rasa bahagia dah ada orang baru datang 😢..

"Nama you Airin eh"
"Ehh bukan lah"
"Sebab ARINDU you"

Chiaaa chiaa 🙈❤

*********

Sudah empat bulan Raisha dan Daniel sebagai suami isteri.Daniel masih 'bersweet talker' dengan Raisha.

"Hari ni saya hantar awak kerja jom" ajak Daniel

"Boleh je tapi make sure ambik saya tepat pukol 5" ugut Raisha.Mana taknya pernah sekali dia menunggu hampir sejam lebih. Dia tidak mahu perkara itu berulang lagi

"Ok dah sampai, take care kerja tu nanti kita lunch sesama?" Soal Daniel sebelum Raisha membuka langkah keluar dari kereta

"Oh sure pukol 12" balas Raisha.

"Hye Raisha, aku just nak ingatkan kau jauhi Daniel cause Daniel is mine" tiba-tiba Raisha menerima massage dari nombor yang tak dikenali.Hati dia mula takut, baru sahaja dia merasakan bahagia tiba-tiba terima massage ugutan.

"Wuit menung apa you, tengok telefon tu tak berkelip langsung mata" tegur Damia yang baru sahaja mengambil kopi.

"Ha? Eh nothing" Raisha hanya senyum.Walaupun disebalik senyuman ada sesuatu yang dirisaukan.

"Awak saya dah sampai" massage dari Daniel.

"Oh okay saya turun office jap" balas Raisha

Sampai di cafe, Raisha memesan nasi lemak dan air jus oren."jus oren tu bagi masam sikit tau"

"Eh awak nak makan nasi lemak tengah hari macam ni? Dengan Air jus oren lagi?" Soal Daniel pelik. Risau isterinya dah kenapa memesan makanan lain dari lain. Selalunya lunch ni makan nasi berlauk ke ni mintak nasi lemak.

"Entahla tekak ni rasa nak makan nasi lemak lepastu nak minum air masam-masam" balas Raisha sambil mengusap-ngusap lehernya.Daniel hanya melayan sahaja Raisha.

"Awak.. ermm sebenarnya saya nak cakap tadi kan" tiba-tiba kata-kata Raisha terhenti.perlu ke dia beritahu Daniel? Tapi dia risau apa-apa berlaku pada rumah tangganya, pelbagai soalan bermain di kepala Raisha.Dia memutuskan untuk mendiamkan dahulu perkara ini.

"Eemm nothing la" Raisha memberikan senyuman.Dari pandangan Daniel pun dia sudah tahu ada perkara yang Raisha hendak bagitahu

"Just tell me" pinta Daniel

"Ok actually saya nak chocolate boleh?"Raisha menukar topic kerana tak nak Daniel risau.

"Alaa tu je ke, susah sangat nak bagitahu" Daniel menggelenggkan kepalanya.

"Ok la jom makan" ajak Raisha

Sesudah makan, mereka berbalik kepada kerja sehinggalah tamat waktu pekerjaan.

Malam sebelum Raisha tidur dia masih teringat tentang massage itu.Akibat serabut kepala memikir akhirnya kelopak matanya ditutup secara perlahan.

"Awak! Jangan tinggalkan saya! Awak! Awak!" Kelihatan Daniel pergi bersama seorang perempuan wajahnya tidak jelas.

"Awak! Awak kenapa ni?" Daniel mengoncang sedikit perlahan badam Raisha

"Awak!" Terus Raisha tersedar dari tidurnya.

"Kenapa ni?" Soal Daniel

"Awak jangan tinggalkan saya tau"Raisha memegang tangan Daniel

"Eh apa cakap macam tu dah la mesti awak mimpi bukan-bukan ni" terus Daniel memasukkan Raisha dalam dakapannya sehingga Raisha tertidur.

Keesokkan pagi,Raisha pergi ke kerja seperti biasa menaiki Hijo kesayangannya.Bau dalam keretanya sendiri pon dia tidak tahan. Terus disinggah kedai perfume dan menukar perfume baru.

Sampai di kerja Damia menegur Raisha "kenapa muka you macam pucat je better you balik rehat" risau Damia melihat keadaan Raisha

"Eh sokay tengok la after lunch kalau I tak larat sangat I balik" Raisha memicit-micit kepalanya yang berdenyut itu.Entah kenapa sejak seminggu dua minggu ini dia kerap pening.Tiba-tiba dia terasa nak muntah terus ke tandas.

"Raisha you balik je lah, jangan degil please balik je tau" Damia mengarahkan Raisha untuk pulang dengan keadaan Raisha macam tu.Dia mengambil keputusan untuk menghantar dia pulang.

"Thanks Damia you banyak tolong I" kata Raisha

"Sokay dah rest kayh" -Damia

"Hye" seseorang menegur Daniel dari arah belakang ketika itu Daniel sedang lunch bersama rakan officenya.

"You Ilya? Kenapa you datang balik?" Soal Daniel

Ilya ialah bekas tunang Daniel. Suatu hari ni Daniel pergi ke rumah Ilya nak menjemput untuk ke butik pengantin, yang membuka pintu rumah ilya bukannya dia tapi seorang lelaki yang hanya memakai tuala.Selepas lelaki itu membuka pintu,Ilya muncul di belakang lelaki itu dengan mesranya dia memanggil 'baby'. Patah hati Daniel ketika itu. Sejak hari tu Daniel meninggalkan Ilya dan benci tengok muka dia.

Sekarang perempuan itu muncul semula selepas dua tahun menghilang.Kalau boleh nak sahaja Daniel menampar Ilya tetapi tempat itu terbuka.

"Tak I saja tengok bakal husband I" selamba sahaja Ilya menjawab dengan tangan bermain rambutnya

Dengan sekasarnya Daniel menarik Ilya ke tempat yang kurang orang boleh lihat.

"You dengar sini baik-baik eh, you jangan kacau I. I dan bahagia dengan orang lain"ugut Daniel sambil menunjukkan jari telunjuknya.

"Wau bahagia? Dengan siapa Raisha!" Soal Ilya

"Yup I bahagia dengan dia, you boleh blah la I tak nak tengok muka you dah" Daniel menengking Ilya

"Oh I don't care I akan buat ape sahaja until you be mine bye sayang" Terus dia beredar dari situ

"Argh!!!! kenapa mesti kau datang balik. Aku dah lupakan kau !!" Daniel serabut. Dia paling risau kalau Ilya apa-apakan Raisha.Lagi-lagi perangai Ilya yang saiko itu.

Raisha di rumah hanya baring, layan drama.

"Hye Raisha, wah bahagianya You dengan Daniel, ingat! aku akan buat rumah tangga korang HANCUR"

sekali lagi Raisha menerima massage itu.Dia rasa tak sedap hati apabila teringat tentang massage itu.

Ting tong~

Bunyi loceng ditekan.

"Awalnya balik?" Soal Daniel apabila melihat Raisha terlebih dahulu di rumah.Memang selalu Raisha balik awal tetapi hari ni Daniel pun terfikir untuk pulang awal.Tak sangka juga Raisha pulang awal.

"Saya pening dekat office so saya balik la awal" jawab Raisha dengan mengatur langkah sebelum dilabuhkan punggungnya di atas sofa

"Kereta tak da pun kat luar?" Soal Daniel kali ke dua.

"Damia tolong hantarkan takkan saya nak drive pening-pening kan" jawab Raisha lagi.Daniel hanya mengangguk beberapa kali tanda faham.

Selepas Daniel mandi membersihkan dirinya, dia turun ke bawah untuk melihat isterinya di ruang tamu.Terus Raisha menutup hidungnya sesudah Daniel melabuhkan punggungnya.Daniel memandang heran kenapa isterinya menutup hidung. Bau busuk ke dia?

"Sayang dah kenapa tutup hidung?"Soal Daniel heran

"Busuk la awak, dah mandi ke belum?"

"Dah la"

"Awak pakai sabun apa ni?" Tanya Raisha yang masih lagi menutup hidungnya

"Sabun yang selalu saya pakai la" jawab Daniel sambil membau pakaiannya itu.Heran juga selalunya okay sahaja dia memakai sabun itu.

"Malam ni pergi kedai beli sabun yang awak pilih k?"-Daniel

Raisha mengangguk laju-laju.Raisha pun heran kenapa dia tidak boleh terbau bauan yang biasa sebelum ini.

P/s: kenapa Raisha sejak dua menjak ni perangai lain eh? Ha? Teka-teka rasanya semua tahu kan?

Mr.Kidnapper, My Husband [Completed]Where stories live. Discover now