Bab 30

21.4K 718 30
                                    

Dah 3k 😭😭😭 thanks.. korang komen la sket bagi semanget den nak menaip 🙈 btw bab ni Ilya srs kejam haish apa lagi lah minah tu nak 😠...
*****
Awak tahu tak beza awak dengan bulan?

Tak.kenapa?

Bulan jatuh ke riba, tapi awak jatuh ke hati.
Chiaaaa!
******

"Hari ni aku tahu semua plan jadi!" Kata Ilya kepada dua orang 'body guard'nya

Body guard nya hanya mengangguk"Ok boss" jawab salah seorang.

Waktu pulang dari kerja Raisha rasa seperti ada yang memerhati langkah-langkahnya. Keretanya pula diparking belakang pejabat kerana penuh.Kawasan itu tiada orang lagi mudah kerja 'bodyguard' untuk mengkap Raisha.

"Pulp!" Salah seorang 'body guard' Ilya menutup mulut Raisha sehingga dia tidak sedar.

Sejam kemudian Raisha tersedar. Dia hanya melihat shiling bilik.Kepalanya berdenyut-denyut, penglihatannya pula kabur.

Ilya menepuk kedua tapak tangannya sambil mendekati tubuh Raisha yang diikat pada kerusi."Dah bangun! hei perempuan aku dah cakap jauhkan diri dari Daniel tapi kau tak nak kan" Ilya mengusap pipi Raisha menggunakan pisau.

Raisha terkaku, dia tidak boleh bertindak apa-apa kerana 'body guard' Ilya betul-betul di sebelahnya.

"Kau dengar tak?" Ilya menjerit sekuat-kuatnya, sakit pula gegendang telinga Raisha.

"Tapi dia suami aku! Aku tak boleh jauh dari dia!" Balas Raisha dengan nada sedikit jerit.

"Ohh okay sekarang kau nak dekat sini atau sini ha?" Ilya mengugut Raisha menggunakan pisau di kepala kemudian di perut.

" please, please jangan apa-apakan baby aku" kata Raisha dengan merayu.

"Oh baby? wah dah ada baby! Sepatutnya baby ni aku dengan Daniel punya bukan Kau!" Jerit lagi Ilya

"Hey perempuan kau dengar eh, Ni last warning aku bagi jauhkan diri kau dengan Daniel!, aku akan buat lebih teruk kalau kau still rapat dengan dia" Ilya mencengkam dagu Raisha sekuat-kuatnya

"Macam mana aku nak jauhkan dari dia, kau faham tak dia suami aku?" Satu-satu perkataan keluar dari mulut Raisha.

"Aku tak peduli macam mana kau nak jauhkan diri dari dia,kau fikir sendiri.Kalau tak mati baby ni" ugut Ilya

"Korang gi hantar perempuan ni balik, menyampah aku tengok perampas ni" terus Ilya beredar dari tempat itu

Bukan Ilya sahaja menyampah tengok muka Raisha tapi Raisha lebih menyampah tengok muka Ilya.Tak sedar diri siapa rampas siapa. Ilya yang tinggalkan Daniel ada pula Raisha digelarkan perampas. Sakit hati Raisha.

9.00 p.m

"Awalnya balik sayang" tegur Daniel kepada Raisha yang baru sahaja melangkah masuk ke rumah.

"Ermm saya terserempak dengan kawan lama, lepastu saya borak-borak la kat cafe" jawab Raisha yang berdiri di sebelah tangga sebelum mengatur langkahnya.

"Kenapa tak call?" Soal Daniel

"Battery phone habis" Raisha menunjukkan telefon bimbitnya yang mati itu.

"Saya naik dulu la penat" sambung lagi Raisha

"Jangan lupa solat" kata Daniel sebelum Raisha menaiki tangga

"Ye" sepatah sahaja dibalas Raisha.

Sebelum tidur, dia menung kemudian memusingkan badanya ke kanan dan kiri. Serabut kepala Raisha memikir kejadian tadi.Daniel pula nyenyak tidur disebelahnya." Baby, mummy tak tahu nak buat apa sekarang ni.Takkan mummy nak tinggal papa? No! Mummy tak boleh" Raisha mengusap perutnya. Penat memikir, akhirnya dia terlelap.

Hari-hari berjalan demi hari, sekarang kandungannya berusia 12 minggu. Hari ini pula, Daniel dan Raisha pulang ke kampung untuk memberitahu tok ma tentang kandungannya.

" mesti Tok ma gembira kan dengar berita ni" kata Raisha kepada Daniel yang sedang memandu.

"Mestilah dia nak sangat cicit dari saya" balas Daniel.

Raisha mengusap belakang Daniel.Dia tahu Daniel penat memandu dari Kuala Lumpur hingga Johor.Daniel pula senyum gembira kerana Raisha sangat ambil berat tentangnya.

"Assalammualaikum tok ma" Daniel memberi salam.

"Sampai dah cucu tok ma" kata tok ma sesudah membuka pintu.

Daniel meminta untuk rehat di dalam bilik sebelum mereka berborak. Raisha pula seperti biasa sampai sahaja di kampung lepak di pondok.Tenang hati dan fikiran bertambah lagi tiupan angin yang kuat.

Pada sebelah petang pula, mereka berborak di ruang tamu. Air teh panas dan biskut gula dihidangkan.

"Sebenarnya kiteorang datang ni ada berita nak bagitahu" Daniel memulakan sesi perbualan

"Apa dia?" Soal tok ma sambil tangannya sedang mencicah biskut dengan air teh panas.

" kiteorang ni datang bertiga" kata Daniel.Matanya pula memandang Raisha. Raisha hanya senyum.

"Mana lagi sorang? Tak nampak pun ke tak sampai lagi?" Soal lagi tok ma

"Ada je tok, dekat badan Raisha" sampuk Raisha

"Korang ni main-main dengan tok pula" Tok ma mengerutkan keningnya.Tidak faham apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh Daniel dan Raisha

"Ada tok, dalam perut ni dah dua belas minggu" terus terang Raisha.Nak tunggu Daniel beritahu sampai kesudah tok ma berfikir.

"Alhamdulilla, kenapa susah sangat nak bagitahu kamu ni Daniel" Tok ma memukul bahu Daniel

Daniel pula tersengih menampakkan gigi tangannya pula membuat 'piss'

"Ha! Tok Ma! dua orang sekali tau yang keluar nanti" kata Daniel

"Kembar?" Soal tok ma memandang Raisha.

"Ha'ah" jawab Raisha

" jaga elok-elok, kamu sekarang jaga dua nyawa" pesan tok ma dengan mengusap lembut kepala Raisha

"Baik la Tok ma sayang" balas Raisha

"Daniel pun tengah jaga nyawa gak, Raisha nyawa Daniel tanpa Raisha tak tahu apa jadi dekat Daniel ni" Daniel sengaja menyakat tok ma

"Emm dah mula dah budak ni berjiwang" kata tok ma

"Hahahhahaha" terbahak-bahak Raisha ketawa

"Aip cover sayang" kata Daniel semasa Raisha gelak terbahak-bahak

"Aduh aduh!! " Raisha memegang perutnya.

"Kenapa? Kenapa awak? Awak okay tak? Nak bersalin dah ke? Eh belum masa lagi la, baby..baby nak keluar dah ke" cuak Daniel. Dia meletakkan sebelah telinga di perut Raisha

"Hahahhahhaa, tahu takut mana adalah saya gurau je" Terus Raisha menepuk tangan Daniel yang mengusap perutnya.Kemudian sambung ketawa melihat muka cuak Daniel.

"Amboi kenakan saya ehh, tak nak kawan" Daniel sengaja marajuk

"Tak pe lah, baby ni nak kawan dengan saya. Saya ada geng tau dua orang lagi" kata Raisha

"Tok ma!!!!! Tengok Raisha ni" Daniel bergerak duduk di sebelah Tok ma

"Tok pun tak nak kawan kamu" Tok ma pun join Raisha menyakat Daniel

"Baby, tak payah kawan daddy tau" Raisha mengusap perutnya sambil mengangkat kening kepada Danie

"Tak aci!! Tak de seorang dari baby tu mesti kawan dengan daddy dia.Awak ambil seorang saya pun seorang" Daniel cuba untuk menang

"Tak pe lah, saya tak nak keluarkan diorang biar je diorang duduk dalam perut ni jadi geng saya" Raisha membalas semula

Daniel mengetapkan kedua-dua bibirnya. Geram melihat Raisha yang menang sahaja.Tok ma pula hanya memerhati gelagat cucunya itu.Dah besar panjang pun masih seperti budak-budak

Mr.Kidnapper, My Husband [Completed]Where stories live. Discover now