Bab 35(last)

33.4K 846 26
                                    

Dah 4k read !!! Masyeh 😉😉😭💕.. makin mangat author nak taip 💞 .. Okayh ni last part 😢😢 don't be sad .. insyaallah author buat sec story 👌😘

********
Awak nampak barang saya jatuh tak?

Barang apa?

Barangkali saya terjatuh cinta

Ciaaa 🙈💞💕

*********

Dalam perjalanan mereka pulang, tiba-tiba Raisha bersuara " awak, sakit" dia mengenggam tangan Daniel sekuat yang mungkin.

"Eh, kenapa ni?" Daniel cuak melihat Raisha

"Sakit" sepatah je dijawab oleh Raisha

"Nak bersalin ke? Ok kita pergi hospital" Perasaan Daniel takut ditambah gembira kerana anaknya bakal dilahirkan.

Sampai sahaja di hospital, Raisha terus dimasukkan ke bilik bersalin. Daniel pula memberi semangat kepada Raisha.

"Puan, push! Push lagi" kata Doktor
Raisha mengambil nafas dalam meneran, digenggam tangan Daniel sekuat yang mungkin. Daniel baru tahu pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan seorang anak. Tidak dapat digambarkan perasaan dia ketika itu. Habis sedaya upaya Raisha meneran sehingga seorang anak lelaki dilahirkan. Sedikit demi sedikit mata Raisha tertutup kerana penat dan banyak kehilangan tenaga.

Daniel yang berdiri sebelah Raisha mengazankan anaknya. Dikucup dahi anaknya itu. "Alhamdulillah terima kasih Allah" Daniel lega dikurniakan seorang anak yang comel. Rambutnya tidak terlalu lebat, mata yang sederhana besar, kulit yang putih,hidung yang mancung dan yang paling penting cukup sifatnya.

Daniel mengucup dahi Raisha yang masih tidak sedar.

"Awak" Raisha bersuara

"Awak dah bangun" Daniel lega.

"Saya nak anak kita" Raisha senyum melihat bayi mereka yang dikendong oleh Daniel. Daniel menyerahkan anaknya kepada Raisha perlahan-lahan.

"Comelnya dia" Raisha mengucup anak lelakinya.

"Mestilah tengok daddy dia lah" Daniel menjongkek keningnya beberapa kali

"Mummy dia lah" Raisha membulatkan matanya

"Hai" Hana terus bersuara sesudah masuk wad vvip yang diduduki Raisha. Semua keluarga datang melawat Raisha.

"Wah comelnya cucu mama" Puan Aishah mengambil alih mengendong cucunya.

"Ikut mak cik dia lah" sampuk Hana

"Eh tak ikut nek ma dia lah" Datin Ina pula bersuara.

" eh tak da, tak da ikut saya" kata Puan Aishah

"No! Ikut Hana lah cuba tengok pipi dan hidung dia" Hana cuba untuk menang

"Haih dah la korang ni, comel macam mak ngan ayah dia lah" Dato' Faez cuba meleraikan pergaduhan mulut itu. Encik Ahmad hanya ketawa melihat gelagat mereka semua.

"Tah comel ikut daddy ngan mummy dia lah" kata Daniel

"Hmmm" serentak puan Aishah, Datin Ina dan Hana.

"Ha! Apa nama baby ni" soal Encik Ahmad

"Ha'a lah Raisha pun tak terfikir lagi, awak ada?" Soal Raisha kepada Daniel pula.

"Saya dah fikir, emm nak letak nama Danish Haikal " jawab Daniel yang sudah lama terfikir untuk meletakkan nama itu.

"Sedap juga tu Danish Haikal" Raisha tersenyum

Mr.Kidnapper, My Husband [Completed]Where stories live. Discover now