Bab 1

295 9 1
                                    

Din, lelaki 20an yang berwawasan, bujang sepenuh masa, dan ada karier dalam bidang perusahaan pembekalan tenaga kerja dalam bidang menukang.

Beliau masih menetap di sebuah pekan tepian pantai yang mana penduduknya cukup teruja melihat bangunan merah KFC, itulah restoran sebulan sekali bagi mereka, kerana majoriti penduduk meraih gaji sebulan sekali, kalau gaji sebulan dua kali, jadilah restoran sebulan dua kali, itu bagi golongan minoriti cuma.

"Din, pinjam rokok sebatang"
Pinta Ghani, teman karib Din yang dah dikenalinya lama dah.
Din yang leka dengan tarian asap John yang bergemalai bergelumang dari bibirnya menghulurkan sekotak rokok.

"Nah..ambil sebatang cukup!"
Ghani bersenang hati menarik keluar sebatang dari kotak.

Din yang tadi duduk bersila meregangkan kakinya kedepan, kini kedua-dua kakinya melunjur pada atas pangkin kayu. Batang rokok yang cekap membara dibiarkan tersua pada bibirnya. Sesekali angin berufuk merasuk asap yang dungu masuk meraba biji matanya.

Sepasang biji mata Din dikuburkan dengan kelopaknya, alis matanya mekar menjadi nisan yang paling setia. Dia memejam mata tanda menikmat dalam-dalam.
Tindakannya diperhatikan Ghani, dah lama dia tak nampak Din setenang itu.

Kini seorang antagonis yang berahikan filsuf perang, Khan Genghis merafak ketenangan terbaik sejak beberapa musim kebelakangan. Imaginasi Din mula menerawang, dia membayangkan dirinya sebagus Eddie Van Hellen yang jarinya lincah menguis tali-temali gitar Kramel di atas pentas agung.

"I wanna know..have you ever seeennnnn the rain.. I wanna know...."
Setakat itu sahaja lirik yang dihafal Ghani, nyanyiannya dimulakan dari korus dan terhenti di korus juga. Seraya itu, lamunan Din tersentak, dia membuka matanya semula, bara rokok yang hampir mencacah puntung dijentik jauh-jauh.

Warkah Kasih Mat RockWhere stories live. Discover now