Bab 1.4

83 3 0
                                    

Sambil imaginasi Din bekerja kuat membayang satu persatu gadis yang mungkin disyaki, tangan kirinya memulas gandar volume pada radio.

"Berhembus angin malam.. mencengkam... menghempas, membelai wajah ayu.. itulah kenangan yang terakhir dari mu..."

Din menyanyi bersama-sama rakaman audio Broery Marantika yang diputarkan deejay radio. Hilang terus ingatannya nak mencari orang yang mengenakannya nasi tangas. Jarang anak muda meminati lagu-lagu semi klasik begini, menghafal bait-bait liriknya apatah lagi, Din anak muda yang berbeza.

Din memegang perutnya, ada bunyi-bunyi keroncong menandakan tiub ususnya perlu dilalui sekurang-kurangnya sekeping roti canai. Din mengambil keputusan untuk singgah ke warung Jenal Keli yang terletak tak jauh dari bengkel Ah King. Sampai disatu simpang tiga, transmisi gear diturunkan mengikut kesesuaian yang tepat sebelum Din menala batang kemudi signal memberi isyarat ke kiri.

Bersusah payah Din memaut steering insani manual untuk menegakkan semula posisi tayar sesudah dia parking di perkarangan warung Jenal Keli.
Din kembali memperlahankan volume radio, enjinnya dimatikan. Dia terus berlalu masuk dan mendapatkan meja paling luar, senang dia memerhati Mira kalau-kalau keretanya itu bertindak nakal dengan bergerak sendiri misalnya.

"Ai Din, jauh menung ke kereta tu, takda orang mahu curik kereta buruk kamu tu"
Tegur Jenal Keli yang memeranjatkan Din.

Jenal Keli memintal-mintal hujung misainya yang terputus dua di bahagian tengah itu, mungkin sebab itulah orang menggelarnya Jenal Keli.

"Eh! bang Jenal. Kereta ni memang orang tak mahu bang, tapi rim sukan aloi minilite 12 inci klasik tu yang orang mahu, abang apa tahu, pakai viva pun sportrim standard perodua"

"Banyaklah kau, aku ada teringin juga nak sarungkan rim sukan, tapi bini aku tu tak bagi, tak zuhud katanya"
Balas Jenal separuh berbisik sambil memuncungkan mulut kearah bininya yang berdiri atas meja sedang fokus menarik teh susu, cawan satu lagi diletak dekat lantai.

"Nak makan apa Din?"
Sambung Jenal sambil tangannya bersedia dengan pen dan buku nota.

"Roti canai satu, bagi kari kambing, sambal taknak, air bagi teh tarik, tarik macam bini abang tu tarik tau."

"Oke! Siap!"

Jenal Keli terus ke dapur menyiapkan order. Din menoleh semula kepada Mira untuk memastikan kereta tersebut masih ada empat biji tayar. Dia menyeluk poket seluarnya dan dikeluarkan sehelai bandana yang renyuk teruk. Din membentangkannya di atas meja lalu dirapikan menggunakan telapak tangannya dengan penuh sabar.

"Bandana ini lah simbol keimanan rock yang utuh, kalau tak ada bandana ni, mana mungkin Michael Matijevic boleh tarik lagu She's gone sampai 6 oktaf."
Bisik Din dalam hati, sebelum dia mengikat bandana pada kepalanya sambil tersenyum puas.

Sebaik menyarung bandana, Din teringat dekat Milah anak Pak Cik Kadri.

"Aku rasa budak tu lah, dia je satu-satunya gadis dalam seumur hidup aku yang puji aku kacak, yang lain tak pernah pun berterus terang! Ciss! Jadi kacak ni memang tak menenangkan!"
Otak Din bergeliga cuba memfitnah Milah, terus mengaitkan Milah dengan nasi tangas.

Warkah Kasih Mat RockWhere stories live. Discover now