Bab 1.9

53 2 0
                                    

Walaupun rasa John dan Winston tak jauh beza, Din lebih optimis soal prestij yang Winston boleh tawarkan. Selepas 15 minit, Mashoor datang menghidangkan sepinggan mee udang dan dua gelas teh tarik.

"Macam ni lah Din hidup, kau sentiasa tersekat dengan pilihan, kau kenalah bijak memilih, kalau kau lembap, jadilah macam udang ni, tewas di tangan pemancing, pemancing pulak tewas ditangan peraih, padahal dia boleh je ternak udang ni sampai beranak pinak dalam kolam, dah tak payah lah hari-hari dia bersusah payah turun memancing udang.."
Jelas Radhi sambil mencucuk udang bersaiz dua jari telunjuk menggunakan garfu.

Din mengerutkan dahi. Perumpamaan Radhi begitu dalam nak difikirkannya. Dia mengeluarkan sebatang rokok dari kotak dan disuakan pada bibirnya, begitulah klimaksnya dalam situasi fikirannya yang tegang. Dia memerlukan nafas yang memberangsangkan, mungkin sedikit motivasi dan galakan akan mengghairahkan semula semangatnya. Satu persatu hela nafasnya ditemani keluar masuk asap rokok. Radhi yang galak meratah mee udang langsung tak mempedulikan Din, fokusnya terarah penuh pada makanannya.

"PAP! AHHH! DI! AKU JANJI DI AKU AKAN BERTARUNG SAMPAI TITISAN DARAH AKU YANG TERAKHIR DI. AKU JANJIIIII!!!!"
Teriak Din yang menepuk meja lalu berdiri dan bercakap dengan nada lantang yang memeranjatkan Radhi.

Orang ramai di kedai mamak tersebut memandang ke arah mereka berdua, termasuklah Mashoor yang sedang sibuk membuat origami menggunakan kertas yang sepatutnya digunakan untuk mencatit order di meja kaunter. Radhi pantas melepaskan sudu dan garfunya, dia bingkas bangun untuk menarik Din duduk semula.

"Woi! Malu kat orang woi!" Radhi separuh berbisik. Dia memerhati sekeliling sambil tersenyum kering dan mengangkat tangan tanda meminta maaf.

Din duduk semula, dia dapat merasakan ada semangat baru dalam dirinya yang datang membelai melalui angin, wajahnya ada sinar-sinar harapan yang bercahaya segar.

"Mamak! Kira semua!"
Din mengeluarkan sekeping not RM 10. Mashoor datang memicit kalkulator.

"8 ringgit bang."

"Nah! Keep the change."

Mashoor tersengih menampakkan barisan depan giginya. Dalam hati Mashoor, dia berharap ada beratus-ratus lagi pelanggannya pemurah macam Din. Pantas dia dapat membayangkan dirinya di tanah suci Arab sedang naik haji, dan selepas itu orang memanggilnya dengan gelaran Haji Mashoor, reputasinya pasti dipandang tinggi dengan gelaran tersebut.
Bolehlah dia mengaji depan air kosong dan meniaga air tersebut nanti, jarinya diletak pada kalkulator, cuba mengira keuntungan yang bakal diperolehnya kelak hasil penjualan air tersebut.

"Di, jom! Aku nak balik dan siap-siap apa yang patut untuk perjuangan aku ni." Ajak Din selepas melihat Radhi selesai menghabiskan segelas teh tariknya.

"Ni kau nak lagi tak?" Tanya Radhi sambil menunjuk pada teh tarik Din yang masih ada setengah gelas berbaki. Din menggelengkan kepala. Radhi terus menghenjut dan sedawa panjang sesudah itu.

Radhi mencapai kunci kereta dan mereka berlalu keluar dari situ. Pemergian mereka langsung tak disedari Mashoor yang masih sibuk membuat kira-kira.

Warkah Kasih Mat RockWhere stories live. Discover now